Hai hampa. Kali ni untuk segmen food review nak share satu tempat makan yang sedap dan murah for me dekat Ipoh.
Sejak dua menjak ni selalu jugak singgah ke Ipoh. Ada satu time tu saja-saja nak makan Dim Sum kat Greentown. Yang ni Deepavali hari tu kami terjah ke Kaison Aeon Kelebang Ipoh untuk beli some stuff untuk deco.
Bila da habis shopping tu memang masing-masing dah lapaq gila kot. So bila tanya orang Ipoh deme sajes makan kat cafe hipster katanya dekat Ipoh tu nama nya MIKER. Ye aterrr kate Peghok...miker miker la kan.
Miker ni terletak dekat padang apa ntah. Sory aku tak expert sangat bab-bab Ipoh ni sebab maklumlah jarang mai kan. Tapi kat padang ni macam.best la kan malam-malam orang duk lepak-lepak kat tepi tu. Tenang and chill ja lepak-lepak kat situ. And disebabkan kami time public holiday maka Miker tersangatlah full house wei. Udoh ler teman datang beramei-ramei. Nasib dapat port utk teman and d gang.
Disebabkan masing-masing kelaparan tahap nak mams...maka banyak gila kot kitaorang order. Konsep dia konon order banyak-banyak letak tengah untuk dibaham beramai-ramai, pakat rasa sorang sikit la kiranya kan.
And nak dijadikan cerita banyak jugak la makanan yang da habis. Nak order pun jadi jem la jugak. Tapi terus tanya apa yang special nya kat Miker ni..diorang sajes mee goreng, lamb chop and pizza.
Jom la jamu mata tengok apa yang patut dulu ya.
Me n Aishah pot pot.
Jemah clans
Lamb chop. Sedap and harga pun dalam belas2 ja tak silap.
Pizza apa tak tau. Tapi sedap. Wayyyy betterrrr than PH.
Pizza kampung style. Ada ikan bilis and cili padi. Suami aku tak tahan pedas. Aku ok ja makan pizza ni. Cabai melaka aku buat ulam kot.
Chicken grill cheese.
Kueytiaw goreng seafood-RM6.80. Portion besaq. Rasa not bad.
Other recommended food yang takdak dalam gambaq sebab da kena serbu sebelum amik gambaq adalah :
Mee goreng--> serius sedap namateyyyy
Nasi goreng sambal paru-->sedap..harga tak silap aku tak sampai RM9 kot. Sambai paru pun banyak gila wei.
Hampa kalau makan kat Miker ni sila la order food variety yang berbeza. Boleh rasa-rasa kan.
Untuk pengetahuan, harga makanan kat sini amatlah berpatutan. No wonder always full house wei. Kalau hampa nak tau kami order:
4 set lamb chop
2 nasi goreng sambai paru
1 nasi goreng ikan goreng
1 mee goreng
3 char kuey tiaw
1 nasi goreng special Miker
1 nasi goreng tomyam
Air ( tak ingat, macam-macam kot..air buah la air tu la..)
PRICE : RM160+
Pizza pulak kami order 3 jenis yang Large ye. Kalau tak silap dalam rm70+ ( yang ni kena bayaq asing ya) macam tu.
Bagi aku, makanan kat Miker ni stil consider as reasonable lagi la. Somemore quite big portion jugak kan.
So selesai ja makan kami pun feeling2 la jadi orang Ipoh. Lepak sat kat padang / dataran tu. Bagi anak-anak main sat kan. Tetiba aku rasa jatuh cinta kat Ipoh. Sebab satu best gila kot Ipoh ni. Tenang dan aman ja. Takdak la macam Penang ni mana hala pun reta bersepah-sepah.
Hampa kalau singgah kat Ipoh tak tau nak makan kat mana, boleh la try makan kat Miker ni. Sedap pun sedap. Murah pun murah kot.
Okla, chow sin chi.