Assalamualaikum
Sambil2 tengah keringkan mat yang besar gedabak dekat self service laundry ni boleh la kita update blog kan...
Actually dekat rumah aku ni.. Ada ruang kecik untuk laundry... Dan disebabkan aku tak guna balcony aku as tempat sidai baju... Maka dengan itu... Aku harus ada ruang laundry yang smart gitu. Smart tu sebab aku guna dryer and tak payah nak sidai2 sangat dah.
Sebelum ni dekat rumah lama ruang balcony aku lagi besar dari rumah sekarang ni. Tanam pokok pun... Boleh lagi nak sidai2 baju.. Rumah skrg ni balcony halus ja... Nak letak penyidai pun hmmmmm.
Sebab tu semua dry dengan dryer ja. Biar lah balcony aku tu penuh dengan pokok2 ja... Dari last time lagi aku ada cerita aku guna 2 in 1 washer/dryer LG. Yang loading dia 8/4kg..means..8kg wash loading.. And 4 kg drying loading...which is quite small drying load for our family la kan.
Dah la jenis 2 in 1 washer dryer ni concept dryer dia condenser.. Condenser ni amik masa skit drying dia.. Xsama mcm guna venting dryer. Aku ada cerita dekat sini.
So masa awal bulan 3 tu aku decide dengan husband aku untuk beli venting dryer utk add on lagi n stack dekat atas washer dryer kami tu... Kami beli dekat Lazada ja.. Sebab lebih murah berbanding beli dekat kedai.
And kami pilih yang ada free stacking kit. Yes stacking kit penting ya.. Xboleh simply buh atas dia without buh stacking kit ya. Takut lama2 nanti slip on or dryer korg lama2 rosak sebab vibration dr washer.
Kawasan laundry dekat rumah aku ni pun kecik ja. Dekat sini la letak cleaning things. Vacuum, steam mop, penyapu.. Etc... Memang cramp la cerita dia. Tak tau nak minimize mcm mana lagi dah. Takkan nak letak mop dalam bilik ya dak? 😅
Asal keadaan laundry area rumah aku mcm ni la.. Tapi ni rumah jiran yang tak diduduki lagi. Basically bila x renovate lagi macam ni la dia.
Macam rumah aku.. Dekat area ni laki aku dah letak sliding window semua... So dia jadi ruang tertutup and ada privacy la kan...
Yassss.. Crowded kan... Nak buat macam mana... Dah rumah memang kecik... Xkan nak letak semua cleaning tools ni dalam bilik pulak kan.. Lagi buruk rupa dia.
Yang dekat depan pintu tu aku letak rack hyllis ikea yang kecik tu dekat depan pintu. Dekat situ la letak bawang2.. Dekat situ letak baju2 busuk dalam bakul sebelum basuh baju...
Dekat rack lerberg kuning tepi pintu pulak letak barang2 cleaning.. Lundry detergents.. Multi purpose cleaning solution.. Etc.. Memang fully occupied bak kata org tua2. Biasa la rumah burung kan...
Bila dah biasa pakai dryer ni.. Memang rasa sedap ber dryer ja lah.. Baju pun wangi.. Takdak la bau kepam ka apa.. The best thing about using dryer baju crispy n smells sooooo gewdddd...
Paling best bila baju kluar2 dari dryer ni panas2... Pastuuuuuuu wangiiiii n bau fresh sangat....
Part ni dah best... Part melipat and nak susun masuk ke dalam almari masing2 tu stil bercinta. Tambah baju anak2 yang kecik tu. Baru anak dua pun baju dah banyak kena basuh.. Hahhahahah.
Oh lupa nak habaq.. Guna dryer venting type ni cepat kering ya... Tapi dia consume letrik lebih la dari yang condenser type tu...
So sapa yang ada ruang terhad ka.. Boleh la consider utk beli dryer ni.. Aku beli Toshiba 7kg...memang berbaloi la...
Ok la.. Chowww...