Since we had promised Adriana to bring her to the hotel for her birthday celebration. So here we are. And kebetulan sekolah dia cuti hari Isnin.. Sebab cuti ganti.. Sabtu tu ada hari sukan kan. Balik dari Hari Sukan.  Terus pi ke kelas ganti kumon. Kes demam tak pi ke kumon.

Balik dari kumon. Kemas-kemas pulak untuk pi ke Lexis Suites Penang. Dekat-dekat ja lah bercutinya lagi.

Pukul 3.30 petang kami gerak dari Juru. Poyo kan. Mentang-mentang ka dekat kan. Masa sampai ke Lexis Suites Penang kami naik la parking dekat atas. Selalu kalau mai review pun tak pernah la aku park kat ataih kan. Ni haa full house wei.

Nasib la aku booking awai. Sebab satu aku guna voucher yang VVIP yang husband aku sign up dekat Lexis Penang ni. So ada la dapat 3 keping FREE STAY at premium pool suites ya. Dekat Lexis Suites Penang ni ada 2 rooms types which are Premium pool suites dengan Executive pool suites. Untuk Premium Pool Suites ni hampa akan dapat bilik yang FULL SEAVIEW ya.

While untuk Executive Pool Suite pulak akan dapat PARTIAL SEAVIEW.  But stil nampak view laut and boleh jugak ferfeeling ok.

So jom lah aku tunjuk dulu gmbar dalam bilik dia macam mana ok.


Dari pintu masuk akan nampak ni dulu ya. 


Coffee and tea corner la kan. 


Tea banyak pilihan. .aku sukaaa



Dari kopi kornerr tadi nampak la bilik dia. 


Dia pun kemain nak koya2 habis  


Toilet dia


Toilet macam besa ja ada pancoq semua. And being typical Meleis.. Mesti la toilet kena basah kennn. Aku stil don't get d idea how toilet dekat Fremantle Market yang banyak gila orang keluaq masuk yang takdak satu pancoq tu bersih and paling penting tak hancing wei. Sekali dengan aku la main selet2 dengan wet tissues. 😆😆😆



Ni dari toilet tadi nak ke shower /bath tub kat hujung tuu haa. 


Koya sat depan cermin



Ok la. Macam biasa typical hotel mewah.



Bath tub ni win.. Aku mmg menitik beratkan kehadiran bath tub kalau nak pilih hotel. Mak nak me time oii


Very the bommm


Haa ni view dari shower /bath tub room tu. Haramisss besaq dari bilik masterbedroom rumah aku😆😆😆



Hotel mewah takdak ni kira lekeh la kan. 


Fuyooo screen tv kt dalam dinding. Perak buihhh sat tak pernah tengok lagi. Kahkah


View blik dari pintu balcony



View balcony dari bilik. 




Dah lapaq kan. Sebelum mandi kita makan dulu bekal. Aku masak nasi minyak dengan kari udang fav laki aku. Rakus semua kelaparan.


Cantik viewwww..  


Masa untuk berendam


Seronok la dua orang budak ni. 


Yang sorang ni sat naik atas. Sat nak masuk pool balik. 

Pics dekat pool ni semua were taken sebelum aku dapat tau tok aku meninggal. Terdiam sat aku dalam pool tu sorang2. 

Ralat dalam hati sebab aku cakap nak kol tapi aku tak kol tok. One of the reason sebab aku tak tau nak cakap apa dengan tok. Satu sebab aku memang tak rapat sangat dengan tok. Tapi aku ada la pay visit masa ujung bulan 2 tu. Tipu la kalau cakap tak sedih. Sedih kot sebab tok kan. Mak arwah abah aku. Of course aku terasa jugak. 

Whatever it is, she's in a good hands now. May Allah grant her Jannah. 


Al Fatihah. 

After dapat message tu malam tu kami terus gerak balik ke Kedah. And lepas habis urusan pengebumian kami terus balik ke Lexis. Malam tu pulak Aishah demam panas. Aduhhhh. Kesian dia. 

So untuk breakfast buffet kt Lexis Suites Penang memang aku tak rasa la ok ka dak sebab aku cover balik tdoq aku yang tak cukup sebab Aishah asyik2 terjaga malam tu. Laki aku ngn Adriana ja pi makan kat bawah. Aku nak tdoq. Breakfast don't care. 

Tapi mengikut track record aku duk mai review dengan Lexis Suites Penang  makan depa selalunya tak menghampakan. Cuma dari segi makanan apa yang disediakan tu aku tak tau la kan ok ka dak ka. 

Komen aku tentang bilik kat Lexis Suites Penang ni adalah:

1. Bilik spacious nak mampoih. 2 katil queen size. Kalau anak ramai hampa bawak toto pi bentang kat bilik sebelah.  .read-->laluan in between toilet nak pi ke shower /bath tub. Gila spacious kot. 
2. Pool dia seronok la sebab privacy kan. Hari last aku buat gila konon2 nak rendam2 kaki ja kan.. Sekali aku buat gila terjun dengan baju kelawaqqqqqq. Kahkah. Sapa nak mai halau hang kalau hang nak bogel sekalipun..hang bayaq untuk privacy hang kan. 
3. Pool dia agak kecik untuk keluarga yang mempunyai umat yang ramai. Kami anak 2 pun laki bini masuk rasa macam sesak dah pool ni. Lepas tu masa aku duk feeling2 mandi ngan baju kelawaq sambil apungkan bdan tu tengok2 dah kena hujung pool. Tolak pi tengah skit. Pap satgi kena lagi dinding pool. Hehhhhhh sakit. Pulak hati akuuu. Tak boleh nak compared dengan Lexis kt PD sana sebab x pernah stay kat sana. 
4. Bath tub dia best. Best sebab bentuk dia lain dari bath tub hotel2 yang aku pernah li sebelum ni. Feeling2 mcm Adele bila duk berendam dalam tu. 

Hmmm tu ja lah kot. 

Eh satu lagi.. Sounds proof dia mcn xberapa ok skit. Aku boleh dengaq orang kt koridor duk berjalan2 and sembang2. So hampa-hampa yang suka duk buat aksi2 teruk tu kalau boleh jangan la duk buat sound pelik2 sangat. Takut satgi orang kat luaq dengaq pulak. Satgi tak pasai2 viral kat Penang Kini. 

Sapa nak pi try Lexis Suites Penang ,aku rekemen hampa mai la tang ni. Best jugak. Asyik duk Ferringhi pun semak gak sana. Sini ok la outskirt la skit. Tapi best jugak. 


Lexis Suites Penang, 
28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-628 2888