Sekarang ni rasanya semua orang yang celik IT pasti suka shopping online atau shopping atas talian. Rasanya lama gila dah kot aku ni start shopping online.
Dulu-dulu susah jugak nak shopping online lagi-lagi dulu takda sistem online banking macam sekarang. Senang cerita quite complicated la jugak kan.
Mengikut pengalaman aku ni, benda pertama yang aku beli online adalah baju. Ya lah, seronok kot tengok baju lawa-lawa. Pantang tengok lawa sikit nak beli. Time tu fames mini dress pastu pakai dengan cardingan tu. Pastu pakai pulak skinny jeans kan...pastu rambut pulak kepuk-kepuk...alaaa zaman jahiliah dulu-dulu kan. Seronok la kan time tu bila dapat shopping online. It was 2007 and my 1st online shopping item was mini dress. Happy gila wei bila dapat barang from seller. Rasa macam dapat hadiah. Hahaha. It was full of joy moment๐๐๐
Gambar from Google.
Zaman tu dapat pakai mini dress dengan cardigan n jeans pun rasa dah cun gila dah. Batak gila perangai time tu. Sandal macam gitu pun aku ada dulu. Siap pakej rambut kepok-kepok. Tapi jahil-jahil aku dulu pun setakat kejap on off tudung tu rambut tak karat la. Nanti susah nak bawak semayang oii.
Dulu-dulu tak macam sekarang, banyak seller yang menjual guna medium blog. Yes gigih tau sellers update blogpost untuk baju-baju baru yang trending. Who still remember that era? Dah lama da sampai lupa dah nama-nama blogshop yang aku selalu duk stalk , window shopping and shopping dulu.
Normally, i love to shop online things such as cloth, bags, perfumes and gadget. As long as the seller is trusted one la kan.
Why i love online shopping? Salah satu nya jimat masa, sambil baring-baring pun boleh widow shopping and compare price. Kedua, lebih banyak pilihan dan boleh buat pilihan berdasarkan review orang lain terhadap sellers. Tak payah nak pusing satu mall untuk cari satu barang and kena tawaf sampai melecet just sebab nk compare punya pasal. Ketiga hassle free, tak payah nak susah-susah hadap jem, bayar tol and minyak / bayar uber atau grab just sebab nak beli satu barang ja.
Dan sempena Lazada Online Revolution ni aku memang da aimed satu gajet yang aku sangat perlukan untuk tujuan blog aku dan online bisness aku. Tak lain tak bukan new notebook.
Kalau boleh nak kaler rose gold. Perghhh da berangan dah new workstation aku dengan new notebook rose gold gitewww. Yang aku gila bayang nak beli sangat Asus Transformer Book in Pink Gold.
Perghhh murah gila wei. Hari tu duk survey masa tak Online Revolution Sales ada yang jual RM1199 tau. Sekarang ni tak sampai RM1000 kot kan. Memang kena grab la sebab murah kan.
Ok korang bayangkan aku nak letak notebook aku ni dekat wormstation aku yang aku akan decor ala-ala gini nanti.
Sumber Pinterest.
Sumber Pinterest.
Korang dapat bayangkan tak bertapa cun melecunnya kalau Asus Transformer Book in Pink Gold tu muncul di celah-celah workstation aku yang dihias ala-ala gini nanti? Boleh bayangkan tak lagi sweet dari Fazura nanti cerita dia wei.
Selain dari notebook dari Asus tu aku pun tengah aim jugak Huawei Nova 2i tu as second handphone aku. Tengok iklan huawei yang Hana Delisha tu terus jatuh cinta wei. Tu belum lagi duk tangkap gambaq guna Huawei P10 Plus laki aku wei. Arghhh stress gambaq lawa nak mampusss. Tapi P10 Plus tu beyond my budget la kan. Yang Nova 2i ni gmbar lawa harga stil reasonable kot kan.
Mostly aku duk survey memang harga dia RM1299 ja. Tapi yang ni kira cheap la kan.
Selain dari dua items di atas, aku jugak duk aim Tefal Air Fryer. Kata nak healthy lifestyle gitu kan. So kena aim la yang ni. Nak goreng pun pakai minyak satu sudu jek kan.
Mintak kat boss asyik tak approve ja. Mana tau kot2 Lazada nak bagi free kan...ehhhhh
Hampa kalau nak usha barang-barang yang best-beat jangan lupa tau pi ke Lazada Online Revolution. Sales dah bermula tu. Jangan lupa tauuuu.
Oklah, aku nak sambung cuci mata kt Lazada sat. Hampa jangan lupa join aku sekali tau. Babai.