Hai hampa..kali ni kami nak cerita psal homemade fertilizer kami untuk urban garden kami atau balcony garden kami.

Senang saja. Guna barang-barang waste dari dapoq saja.

Untuk buat ni kami cuma gunakan;

-kukit bawang besar , merah, putih, kentang ( yes kami himpun dalam bekas kuih penutup merah tu)
-bawang-bawang atau kentang busuk
- gula merah

Pastu gaulkan gula merah dengan bahan-bahan buangan tadi. Nisbah dia 1:1 . Let say berat total waste tu 100g,   so gula merah / brown sugar pun 100g.

Kenapa gula merah / brown sugar ?  Guna gula putih tak boleh ke? Bukan tak boleh ya. Boleh tapu brown sugar or gula merah ni tak go thru bleaching process semasa pembuatannya. Dalam kes ni kita nk feed kan bakteria untuk digest molasses dalam brown sugar ni dengan mudah.

For this aerobic fermentation process, the oxygen need to be fed to the microbe and untuk ni aku tebuk la lubang kecik kat penutup so dat ada udara boleh masuk sepanjang proses fermentasi ni.


Ni after one month peram / fermented ya. Bau dia bau bawang and a lil bit bau manis-manis. Kalau guna pisang lagi wangi.


After 1 month aku da boleh guna. Just filter. Amik 5ml of it or 1tsp dilute dengan filter water and spray dekat daun-daun pokok ya.


Ni lepas da filtered and diluted. Letak ja dalam botol with sprayer macam ni. Lepas tu spray ja kat daun-daun tu.


Jom kita tengok hasil-hasil pokok yg aku spray dengan FPJ ni.


After a month plus tanam pokok ni, dah keluar bunga wei. Cepat-cepat jadi kacang panjang ye.


Ni pun bunga first jugak untuk pokok kacang panjang renek aku.


Another pokok kacang panjang renek. Subur sangat-sangat.


Pokok selasih or thai basils.


Another kacang panjang renek.


Ni pulak pokok roselle. Gila nail daun baru. Cepat2 la gila berbunga and berbuah pulak ye. Boleh buat air roselle nanti




Ni pulak money plant. Sesuai gak as indoor plant. Aku letak dekat luar and spray FPJ ni bukan main gemok lagi lani.




Ni pulak ketumbar jawa or culantro pun cepat gak kluar daun baru.


Ni pulak pokok cabai besar. Kita tengok progress dia after 1 month ya nanti.

Kalau korang nak tau orang jual FPJ ni satu botol yang diluted tu tersangat lah mahal ye. Satu botol kecik 15ml/30ml macam tu lebih kurang RM15-20 ya. Itu pun da diluted berapa kali pun tak tau la ye. Buat sendiri pakai setahun pun rasa tak habis-habis ni.

Korang ada yang minat berkebun macam aku tak? Hopefully nanti murah la rezeki suami aku untuk beli rumah landed kat kami sekeluarga..boleh la senang hati sikit aku nak berkebun kan. For the time being i'm so happy with my balcony garden ni. Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan ye dak.