Hari tu masa aku upload gmbar aku repost dr ig ni yang ada gmbar aku ni kt ig ada kawan aku tegur... Dah seroh skit badan aku. To be frank.. Aku tak perasan sangat pun menda ni. Sebab rumah aku ni penimbang pun xdak... Sejak2 pindah hari tu xtau buang mana dah.
Nak kata xtreme diet tu idok ler... Makin aku nak diet2 strict2 bagai ni.. Makin aku stress. Bila makin stress. Makin aku makan banyak... Tambah kalau masuk group diet tu... Lagi stress.. Kita upload makan apa.. Nanti kena kondem π€£π€£π€£ stressnya lahai... Lantak situ... Sejak dari tu.. Aku diet ikut cara aku la... Yang paling berkesan dengan aku... IF... Suku-suku separuh and deficit kalori. Yang lain2 tu memang kirim salam lah...
Big steps yang aku amik dalam nak konon-konon "healthy lifestyle" ni.. Yang penting dalam nk loose weight ni 80% adalah pemakanan.. And another 20% adalah exercise.. Nak jogging so not me... Brisk walk swimming ok.. But sekarang MCO.. Swimming pool kat bawah pun x bukak lagi... So BIG THINGS aku change rice grain/beras and gula aku. Kalau dulu aku memang suka makan beras Siam yang cap umbrella tu...ya lah.. Dulu kan selalu masuk Siam.. So rajin la angkut beras Siam buat stock kan... So start MCO hari tu.. Aku change terus kepada basmathi parboiled.
Salah satu sebab aku pilih basmathi ni sebab basmathi ni beras dia low GI...GI tu apa pulak... GI tu glisemik indeks.. Low glisemik indeks ni pendek kata bagus la untuk control gula dalam badan kita especially kalau orang yang ada potential untuk diabetic.. Serammmm oiii... Meh la tengok kelebihan basmathi parboiled ni
KELEBIHAN BASMATHI PARBOILED:
1. Tinggi Khasiat dan Lazat:
a. Beras yang direbus/”parboiled” diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya beras rebus/parboiled. Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus/non parboiled basmati rice.
2. Kandungan Amylose Tinggi yang membantu diet:
a. Beras basmati ini memiliki kadar 'amylose' yang tinggi. Amylose ini adalah sejenis karbohidrat yang tidak mudah untuk dicerna. Dengan kata lain, bila makan basmathi, lambatlah rasa lapar. Ini menyebabkan kita tidak makan lebih dari sepatutnya. Dengan kata lain, memang cunlah process menjaga portion makanan kita. Otai2 diet suku-suku separuh kata tak penting pun tukaq beras ka apa ka.. Janji jaga portion.. Ya aku setuju part jaga portion tu..tpi aku rasa kalau betul nak change for better and healthier option boleh la change to basmathi ni.. Especially yang parboiled ni... Bayangkan.. Hang da jaga portion cun dah.. Pastu hang dapat cut pulak gula yang wujud dalam basmathi parboiled ni yang dah tentu2 GI dia rendah.. Wehuuu
3. Baik Untuk Pesakit Diabetis:
a. Tahap glycemic index yang rendah membuatkan basmathi menjadi makanan ruji terbaik untuk pesakit diabetis. Makna taknya, GI rendah maknanya kurang gula. Untuk yang dok jaga fit level pun benda2 yang low GI ni mmg bagus ye.
4. Menjaga Jantung Anda:
a. Basmathi ni sebenarnya sangat terbaik ya untuk jantung. Kandungan serat yang tinggi membantu dalam menangani masalah kolestrol tinggi. Sebab tu ia dapat mengurangkan kadar serangan sakit jantung. Power kan.
5. Mencegah Kanser:
a. Hah, bila banyak serat, maka proses nak membuang tu senang. Tak delah masalah usus tu bekerja terlalu kuat ke. Dah usus tu kerja dengan smooth, risiko kolon kenser pun kurang. Remember sugar is toxic to our body... N sugar is the best feed to cancer cells... So by taking basmathi parboiled that contain low sugar level.. We can minimise the risk of getting cancer.
See banyak kan benefits basmathi parboiled ni. Kadang-kadang tu aku campurkan jugak dengan beras biasa yang ada dekat rumah ni.. Sebab kadang-kadang aku beli jugak beras biasa untuk buat makan hantar ke surau etc. So beras tu ada lebih.. And aku nak kena habiskan rather than membazir bagi kutu beras makan kan. But seriously memang lain wei bila da totally changed to basmathi parboiled ni.. Memang makan nasi dia sikit pun rasa da full. Dats why aku suka ❤️
Another things yang aku change... Adalah.. Sugar... Instead of using white sugar.. Aku memang totally changed to brown sugar. To be precise aku tukar ke jenama CSR Better Brown sebab depa claimed depa punya sugar low GI.. about 55 n below which is in a lower range of GI value. Aku ni bukan jenis makan menda-menda manis sangat. Bukan sejenis yang suka dessert sangat. Hari-hari kena makan kek ka kuih ka.. Apa ka.. Dats not me.. Tapi aku ni memang suka minum teh o.. So one of the way aku nak enjoy teh o aku.. Aku kena letak gula skit.. Bagi ada rasa manis2 ni.. So the choice yang aku ada adalah amik CSR Better Brown ni sebab gula dia claimed as Low GI.. n hopefully apa yang dia claimed tu betul lah kan. Nak cut out sugar terus pun memang tak boleh jugak aku ni.. Kang mngigil macam apa ja. Kenapa tak guna stevia? Ada orang tanya aku... Sebab aku dengar sekarang banyak stevia ni yang synthetic.. Taknak lah aku..kang lain pulak jadiknya...
So banyak la lagi aku da change skit demi sikit.. Kalau dulu aku tak suka bahagian dada ayam. Now aku da start makan bahagian dada. But stil bukan sketul besar macam tu. Mesti kena potong-potong marinate ka apa ka. And baru-baru nk aku tertarik dengan ayam yang ada dekat Jusco ni.. Ada ayam nanas and ayam jagung.. Satu lagi tu ayam apa ntah... Ayam dja bebas dari suntikan dan free range.. Makan nanas or jagung macam tu la cita dia. And ayam dia tak besar pun.. Kecik halus ja. Ya lah sebab tak inject pun kan... Seriously aku memang tertarik nak cuba. Tunggu la stock ayam dekat rumah ni habis dulu. In Sha Allah lepas ni boleh cuba ayam tu pulak