Showing posts with label Fremantle
Holaaa...lama tak bersiaran. Rasa lembs betul jari-jari ni nak menaip sepatah dua kata. Haaa giteww. Bukan writer's block pun tapi kesibukkan melanda al maklum lah baru lepas raya haji kan. Pastu cuti sekolah pulak. Bila cuti sekolah mama pun sebuk jadi mak singa| tarzan| jungle book | mak kepada Mowgli! Hakhak.
Ok la kita bersambung terus la ya dari entry yang dulu k. Kalau ikut iti asal hari kedua nak ke Lancelin Sand Dunes dengan The Pinnacles tapi disebabkan hujan plan kami berubah. So kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Perth sahaja. Ya lah last time mai ke Perth banyak shoot keluar dari Perth sampai tak sempat pun nak jalan-jalan di Perth. Kali ni kita banyak main dekat Perth gitewwww haa.
So lepas ja breakfast dekat hotel (hotel sediakan simple breakfast macam bread & cereals), maka kami pun gerak la ke Fremantle or lebih dikenali sebagai Freo di kalangan Perth peeps. Fremantle ni adalah port atau pelabuhan terbesar di Western Australia. Dari Scarborough Beach ke Freo.tak jauh mana sebab dua-dua dekat tepi pantai ada la dalam 20minutes macam tu. So sepanjang dari Scarborough Beach to Freo, memang akan lalu coastal road. Aduhhhh cantik wei. Pagi-pagi dah nampak laut terbentang luas dan biru di depan mata. Tenang ja rasa!


Sampai ja di Freo kami terus ke E Shed untuk membeli souvenier apa yang patut kan. Kat sini ada 2 kedai souvenier, satu kedai Uncle Simon , Megabes satu lagi Aussin (owned by Indonesian). Korang compared sendiri la yang mana murah kan. Sebab ada sini murah..sana mahal skit. Tapi kedai Uncle Simon Megabes da tutup ya dekat Eshed, last bulan 5 hari tu diorang operate dekat Eshed and diorang fully operate dekat Fremantle Market. So korang kalau nak ke Megabes lepas ni boleh ja terus ke Fremantle Market. Open daily, tak macam kat Eshed ni hanya buka time weekend saja.






Ni souvenier yang aku beli untuk self reward. Pesan Uncle Simon dekat aku..buy something nice for yourself first. You yourself should get the reward first for your achievement to come all the way to other country. Dia pun ada cerita pasal masa dia start migrate ke Perth dulu. Memang inspiring la kan. Bestnya kalau dapat idea nak buat bisnes apa kat Perth tu kan.

Lepas ja setel shopping apa yang patut kat sini masing-masing perut dah lapar gila kan so kami pun terjah la untuk makan di sini. Jangan tak tau kat dalam ni ada HALAL food tau. Korang boleh makan kt kedai TEMASEK ni. Makanan sedap...food portion is quite big. Makan kenyang-kenyang senang nak jalan kan.



Then jalan-jalan sikit kat area Freo and terus ke Kaili's for their famous Fish N Chip. Makan ramai-ramai berebut-rebut sedap gilos kot lagi-lagi pulak sejuk-sejuk kat luar tum bit beware of seagull ok. Kalau korang biar makanan korang nanti habis la dia mai makan n hampa gigit jari la nanti kan.


Anak-anak dara we'ols.


Adudu sedapnya ingat balik. Yang prawn cocktail dia tu sedap gila kot.


Maktok dengan cucu-cucunya.




Jangan lupa mai makan Fish n Chip kat Freo ni na. Boleh pilih nak makan kt Cicerello or Kailis. Aku suka dua2. Hahahhah



The girls.


Time ni da start mendung. Right after that start hujan dah.


Lepas ja makan kat Kailis kami ingat nak tangkap la gambar kat area Freo dulu tapi sebabkan hujan kami pun ke next destination iaitu Watertown Factory Outlet. Gila kemain lagi second day duit da habis beli souvenier dengan shopping kat sini. Sampai lupa la nak bergambar dekat sini.
Tapi yang pasti murah gila la..mak aku beli kasut Adidas kt sini dalam $33 ja. Laki aku beli kasut New Balance pun $55 ja. Laki aku kan susah nak cari kasut kat Malaysia sebab kaki size orang2 Aussie sangat. Aku beli Levi's pun offer half price dari $60..so aku angkut yang half price dengan yang $60 tu satu...kat Malaysia nak dapat Levi's RM180 jangan harap la.


Hasil cekauan dia Fossil Outlet. Memang murah gila lah.
Ada juga beli tshirt Cotton On Kids dekat budak-bidak ni tapi tu la masa aku pi tu choice da tak banyak. Baik kat Design Village Outlet lagi banyak  choice.
Lepas ja sesi menghabiskan duit di sini kami pun pi ke Kings Park untuk makan bekal makanan kami. Untuk bekal nya aku cuma masak sambal udang(paste sambal dah bawak dari Malaysia, udang size XXL beli di Spudshed malam sebelum tu 1kg $15), rebus telur dan sambal hijau mak aku dari sini qnd nasi of course la kan. Syahdu wei sejuk-sejuk makan menghadap pemandangan Perth CBD dari sini.



My bubbly daughter!



Bff goal. Berguling sakan mak2 budak kat padang ni. Adriana da macam nustan dah..berguling2 macam tenggiling pun ada dah. Mentang2 la hijauuuu and sejukkkk ja kannnn.. cuba kat Malaysia dia pun xkoserrr..


Mama with Anena n Nuna.


Bikoi sisterhood!


Adik beradik Bikoi.


Selesai bergolek-golek kat padang maka jom cari port nak makan pulak.


Sapa tengol Rahsia Hati Perempuan mesti perasan pondok ni ada masa part Mika kena tolak dengan Ari pakai wheelchair tu kan. Haa kat sini la kami berhenti makan and lepak sat.
Dari pondok tempat kami makan tu boleh nampak view-view ni.


 Sebelum gelap.


Breathtaking Perth view.














View Perth CBD at night from Kings Park

Lepas makan kat sini and lepak2 and menikmati view dekat sini sat maka kami pun gerak la balik ke hotel untuk berehat. Esoknya nak meneruskan perjalanan jauh ke Busselton pulak.

Ok la stay tune naaa.
Untuk entry first day di perth boleh refer SINI,  Travelog Perth (Western Australia) -Day 1

Untuk tempat-tempat Instagrammable di Perth Western Australia jangan lupa baca di SINI,  instagrammable place wajib pi di Perth/ Western Australia 
Hai bersambung balik ya.
Lepas dari p ke airport utk tukar simcard bagai tu kami terussss ke Fremantle. Fremantle ni kiranya town yang ada port /pelabuhan tu ya and tepi pantai.

Sampai2 area Fremantle ni melopong jap tengok buildings kat sini. Mak aih lawanya.
Perak buih sat org kedah kata.

Dari airport nak ke Fremantle lebih kurang dalam 45mins macam tu. Ya, of coz pandu ikut halaju ok. 50km/hr pun follow ok! Sanggup ke nak byar saman Aud300? Heee

Sampai2 serang Kaili's. Lapaq wei. Time tu kul 10.30am. Lunch terusss laaa.

The famous Kaili's.

Fish n Chip!

Barramundi grilled! Mine...

Overall, rasa ok la. Tapi yang tak bestnya diorang tak makan dengan sos2 ni. Kalau nak sos cili ka tomato ka kena beli ya. Menyesal pulak aku tak bawak sos cili peket tu, ada ja kat hotel tu. Yang disediakan tartar sos ja. Alahaiii kita ni spesis jenis nak pedas2...kalau letak sos tu selambak wei. Ni rasa susah pulak nak telan! Tapi lapaq2 n sejuk tu ikan tu memang setel la. Chips dia punya banyakkk wei. Tak abih. Kena tapau untuk budak kenit tu sebab dia tengah lena time tu.

Wajib la kan tangkap gambaq kat sini!


Bangun2 terus kejar seagull. Amboii kemain lagiiii.

Wajib selpie berlatar belakang kan kapai2 di belakang tu.

Bagi la chance nk sweet2 dgn laki den.

Selpie kat jalan depa yg super tenang.

See memang tenang gila kan!

Kenit da duduk dalam stroller. Ada anak kecik tu rajin2 la hangkut stroller skali. Kalau sanggup nk dukung ok je.

Cantik sangat-sangat view dia. Ni nampak ja panas. Tapi sekali angin tiup pakat duk gigil haa

Selpie agiii

Laki aku tu dah kenapaaa

Bagi chance la nak selpie laki bini. Anak takmau tangkap gmbaq. Nak duk dalam stroller ja.

Sambil tolak stroller sambil selfie laaa



Jalan-jalan kat area Fremantle port ni.

The famous icon for Cicerello's restaurant. Aku tak pasti kenapa lucahh sangat niii.

Pemandangan sekitar.

Cicerello's restaurant yang juga femes kat sini. Kat sini Kaili's ngan Cicerello mmg femes ya.

Ni haaa si Kaili's tu.

So kalau korang ke Fremantle boleh la makan kat salah satu tempat ni ya. Aku dua2 aku dah rasa. Len kali pulak cerita psal Cicerello's ya.

Kalau korang sempat boleh la singgah ke Fremantle Prison. Rasanya dia open for public kot. Aku tak sempat pi so aku takpi. EShed  market pun kat sni ya. Sebelah tu ja. Tapi since weekdays tak bukak la ya. Dia open on weekend saja. So kami p balik ke Fremantle untuk ke EShed Market masa weekend.

Next destination, Caversham Wildlife Park. Stay tune ok!

****hai type ni sambil rindu dendam yang teramat***

Sebab cerita ni la aku teringin gila nak ke Perth!











© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS