Kali ni nak cerita pasal kedai BBQ Chicken dekat Auto City ni. Ni pun last week punya cerita la kan. Kebiasaannya hari Jumaat hari aku off day dari masak sebab hari tu biasanya aku submit semua order perabot-perabot yang customers order dekat aku. Oh ya, aku memang jual perabot Scandinavian di ig ya. Boleh follow ig aku: @scandi_scandu ya.

Dan macam biasa la bila Jumaat juga biasanya aku lebih suka chill dengan husband and anak-anak lepak-lepak makan. Well..spend quality time gitu. So untuk that time kami pilih yang dekat rumah ja, maka moh le ke BBQ Chicken ni. Ala aku tau soalan yang bermain kat kepala otak korang kan...halal ke dak kan...of course la HALAL. Check sendiri kat website dia ok!

Disebabkan dia antara yang baru buka dekat Auto City ni of course la memang tertarik sangat-sangat nak try kan. Since last year kot nak try tapi tak tertry try pun.

Konsep kedai ni kedai makanan Korea la ye. So ada la makanan-makanan Korea. Moh la tengok-tengok gambar ye.


Credit to google. 
Ni lah dia BBQ Chicken dekat Auto City ye. Memang luas n spacious ya.


Suka interior dia. Kedai pun selesa, spacious n bersih. 


Dah jom tengok nak makan apa ya.




Nak makan yang mana satu? Alamak tak reti pilih.


Nasib ada yang combo..so boleh rasa semua kan..




Ni pulak rice selection.


Pilih apa tu sayang....


Kesian anak mama dah lapaq sampai dah makan tangan sendiri😂😂😂

Jeng jeng jenggggg

Here comes the food......






  
Ni husband kita punya... apa grilled ntah. Ok la not bad. Ada nasi dengan seaweed, chicken grilled n vegies



Mushroom soup ni sedap! Creamy n thick!


Ni aku punya beef bulgogi. 



Beef bulgogi hot stone rice ni rasa dia pada aku so so saja. Maybe sebab aku tak pernah makan beef bulgogi dengan nasi ni..boipren lama i hyun bin ngn junki xpernah ajaq makan ni...so aku macam tak reti nak makan and bagi komen sedap ke tak. Selalu kalau makan bulgogi yang dekat Seoul Garden tu sedap je kan dengan salad tu. Who knows ada lagi sedap dari ni ka kan.




Ni yang quadruple combo tu. Ok la dapat rasa semua ayam goreng korea kan. Bagi aku yang ni sedap! Ada yang satu tu pedas nak mam. 

Masa penyediaan bagi aku nak kata lama tu x la lama sangat kan tapi Aishah pun boleh start buat perangai la kan. Sampai ada sorang apek kekwat ni muda lagi aku rasa dari aku duk kalih-kalih tengok bila Aishah duk bising tu. Dua tiga kali duk kalih tengok and buat muka aku terus angkat kepala tanya kenapa. Ekeleh kekwat nak mampus. Ni mesti sejenis kiasu ingat dunia ni dia yang punya saja n revolve around him saja. Jarang aku nak cari pasal dengan orang tapi kalau dah sampai annoying macam tu and kau taknak bising langsung pergi la makan dekat fine dining ok. Kecoh gila makan dekat BBQ Chicken je kotttt. Eh ter-bawang dan ter-halia pulak dekat sini. Maklumlah hangin-hangin banyak ni kena la makan halia lebih kan.

So orang-orang Penang kalau nak try rasa ayam-ayam goreng Korea tu hampa boleh la try makan dekat sini ya. Ayam goreng dia memang wonderful bak kata Bimbi....makanan-makanan lain tu hampa rasa la sendiri kena ngan tekak hampa ka dak. And please jangan tanya aku lagi HALAL ka dak tau..sebab aku dah mentioned awai-awai tadi kedai ni HALAL ya. Hampa was-was hampa punya pasaiiiii...hahahha

Cari alamat kat internet tak jumpa pulak. So aku petua ja lah ya. Hampa cari KFC Auto City, BBQ Chicken ni setentang ja dengan KFC and sebelah ja dengan Old Town White Coffee Auto City. 

Oklah...chowwww