Showing posts with label DIY /DECO
Ruang dapur antara ruang kesukaan para wanita. Apa taknya kat situ la kita nak bersilat sediakan makanan untuk si suami dan anak-anak tersayang kan..
Tapi boleh jadi moody kalau ruang dapur tu tak memenuhi citarasa mata kita kan.
Ya aku la tu. Gigih! Selagi tak kena mata aku, selagi tu la aku akan sakit hati dan benci nak masuk dapur! Kalau masuk pun cepat2 masak n chowww. Hahahahah...hoverrr gilaaa.


Ni antara ruang yang menyesakkan pemandangan mata aku! Ni pakai rack ikea ja..Albert  kaa apa ntah nama dia. Rasa mcm bukan Albert sebab Albert tu macam kecik skit RM59 kan..yang ni RM99 ti..gigih beli hangkut dari Ikea Damansara masa mula-mula kawen dulu sampai senget-senget la kena letak dalam kereta. Ehh kenangan sangat kan! Da 4 tahun pakai stand still gitewww...nak buang???sory yer..sayang oii.

Disebabkan ruang ni antara ruang yang agak menyakitkan mata hatiku ini. Maka last week kan p KL antaq Angah bertugas lagi musim haji ni kt Mekah...harus la ke Ikea kan. Aku memang da target nak beli Variera yang macam shelves tu.

Tu haa yang warna putih tu. Yang buat additional shelving rack tu utk organize kan dalam almari ke rack ke hapa ke.

Haaa mcm-mcm kegunaan dia. Sebelum ni ada gak beli utk letak dalam kitchen cabibet n susun pinggan Kate Spade kesayangan aku tu. Ada pernah buat entry tu kat SINI

Haa okey da semenggah dah nengok nyaaa!
Penting boleh utilized and maximized kan  penggunaan ruang yang ada. Tak ke bijak skit namanya???



Da siap dah!!! Tak la sakit mata sangat nak nengoknnya kan. Kalau tak,sakit ja mata hati pankreas semua ada!

Korang pulak macam mana korang organize n maximize kan pengunaan ruang daput korang???

Oklah, nak p makan sat. Lapaq nyaa


Hai kali ni meh nak share projek DIY untuk rumah. Ya lah, nak raya ni kan for sure ramai gila nak tukar sarung bantal la nak tukar cadar la nak tukar curtain la bla bla bla. Ada tu yang nak tukar rug/ carpet dah tak perlu pening-pening sebab meh nak share DIY Rug cantik, murah tapi nampak mewah gituuuu haaa.

Ya hampa perlukan tempat lap kaki ni ya. Beli dekat Mr DIY ada. Size sederhana RM7.90. Besar punya RM9.90. Yang pengelap kaki kat bilik ayaq ni size besar ya.


Macam yg ni guna yang size sederhana tu ya yang RM7.90 sekeping tu. Memang aku beli colourful sebab aku nak effect ceriaaa gitu utk rug aku. Bila rug ceria automatic ruang kat sini pun nampak ceria dan tak dull.

Oh ya apa yang hampa perlu buat cumalah merajinkan diri jahit jelujur ya. Macam aku yang tak reti menjahit ni boleh jahit jelujur takkan korang yang terer tak boleh nak wat kot kan.

So apa lagi boleh la buat sendiri rug untuk hari raya kan. Aku pernah ternampak rug ala-ala gini. Colorful mcm ni harga dia seriban lebih. Huwaaaa ja lah kalau nak beli. Buat sendiri maciam ni pun aku dah puas hati. Nampak hasil kerja aku sendiri. Walaupun banyak lagi ruang kat rumah ni yang aku tak puas hati lagi. Takpa la slow-slow kan.

Nanti kalau ada lagi apa-apa yang aku DIY aku akan share lagi kat blog. Sekarang tengah pikir nak DIY amenda pulak la lepas ni for projek hari raya.
Wah make over dapoq haaa. Tajuk nk wowww.
Wowww la sangat kan. Sebenarnya kan cuma make over skit ja pun. Tapi impact dia tu agak lain maciammm tu yang suka sangat-sangat tu.

Used to be ruang yang sangat membencikan dan menyampah sangat.
Actually this one guna 3 tiers wooden rack tu ja, drilled n attached kan dekat dinding dapoq. Serius memang benci sangat tengok dia sebelum ni.

Selepas dicat dengan kaler kuning. Nampak la kemeriahan berganda di situ. Kalau tak haihh la nyampah nauuu nak nengok nya. Bagi korang yang nak cat perabot/rack yang selain warna putih; dinasihatkan untuk undercoat dulu ya dengan cat warna putih. Then baru la cat dengan kaler pilihan masing-masing ya noks.

Ada lagi beberapa rack dalam perancangan untuk cat kaler lain bagi nampak ceria skit. Kadang-kadang a little change in color can make a huge different to our home. Tak percaya? Try la sendiri.

Ok la, nak bersiap nak masak untuk berbuka pulak ni.

Babai.
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS