Nak dekat bulan-bulan posa ni entry aku banyak berkisar pasal Ramadan Buffet la ya. Sila lah jangan jilat skrin kalau hampa tertengok blog aku ni. Aku bukan apa sebab yang tu selalu duk jadi dekat aku sendiri kot. Kahkah.

Untuk kli ni aku nak cerita sikit pasal Buffet Ramadan dekat Royale Chulan Penang ni. Bertemakan Sajian Nostalgia, aku pasti orang-orang yang sukakan masakan-masakan tradisi macam aku ni mesti akan cakap YES to this buffet.



Hidangan  seperti Sup Tulang Rawan Berempah, Rendang Tok, Kepah Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Batang Pisang, Asam Pedas Ikan Semilang, Telur Itik Masak Lemak Cilipadi dll. Terliur tak dengan menu-menu yang aku sebutkan tadi? Kalau terlioq hampa memang kategori sama dengan aku. Spesis tekak kampung dot com dot my gitu haaa.

Apa pun jom check out gambaq-gambaq makanan yang ada dekat Hotel Royale Chulan Penang ni.


I always have this good feeling whenever I came to this hotel. Satu sebab the hotel historical building itself. Satu lagi sebab oewangi depa Guna tu wangi gilaaa. Hahhaha


Spacious 😍😍😍

Jom tengok juadah-juadah yang ada dekat sini OK. 



Telur itik masak lemak cili api tu sedap gilos OK. 


Wei ikan perkasam pun adaaa..  Membangkitkan selera betul la. 



Sushi la semua ado. 


Rambang mata 


Aneka nasi minyak. 


Dessert. 


Kambing bakar and sotong goreng berempah. 


Cucur harimau menangis. Nora bagi 5 HA. 


Char kueytiaw and Aneka jenis pasta. 


Pudding roti.. Murtabak.. Apam balik Dan cucur harimau menangis



Look what I had for buka puasa. Nyummy


That cucur harimau menangis is da bomb.. Sedap wei. Pasta sedap jugak. 


And paling sedap nasi lauk kampung dia ni. Memang nostalgia hbis wei.  

Untuk pengetahuan hampa, buffet Alan bermula dari 7th May 2019 sehingga 3rd June 2019. Harga adalah RM90nett per adult dan RM50 nett utk warga emas dan kanak-kanak.

Untuk penjimatan, boleh la beli early bird pada harga RM72/adult Dan RM40/ Kid or senior citizen.

Untuk reservation:

Contact 6042598888


Royale Chulan Penang

No 1 & 2,Pengkalan Weld, 
10300 George Town, 
Penang