Seperti yang dijanjikan... Kali ni nak cerita pasai cottage cun yang kami stay dekat Batu Kurau, Perak lepas kami ke Cameron Highland hari tu.
Apa yang menarik pasal chalet ni adalah.. Dia ada jeram /sungai depan chalet dia. And chalet dia ada unit-unit yang menarik. Ada reka bentuk cottage.. Ada reka bentuk rumah biasa yang cute miut.. And yang paling penting warna warni dah tersangatlah instagramable. Apa la guna kalau tak instagramable khennnnnz...
Ini lah dia cottage comel yang kami stay hari tu. Comey kan.. Dalam cottage ni boleh duk up to 6 persons per cottage.
Ni pulak chalet dekat opposite side. Yang penting semua bilik menghadap jeram. Yang that side ada bilik utk couple and small family. Yang small family tu tak silap aku ada pakej dapoq sekali dalam tu... Bestttt
Ni cottage yang kami stay. Suka sangat sebab cantik... Warna warni.. Mcm dekat Holland pulak. Acah2 betui la kan
See.. Cun kan.. Ni the other side... Dekat tempat parking kereta. Memang cuns kan.
So ni kira view dari pintu belakang yang menghadap parking tu. Kiri kanan tu toilet n showee dia.
Shower dia.. Sempit skit.. Untuk orang yang claustrophobia maybe hampa akan rasa cemas skit macam aku ni. Mandi cepat2 sebab rasa erghhhhh.... Ayaq dia pulak.. Ada time slow.. Ada time ok...
Dekat bawah dia.. Ada katil queen and single. And wing chair. Depan wing chair tu ada tv and the other side tempat letak lugage and sangkut baju. Tapi aku lupa nak amik gmbaq that side.. Apa daaa
Ni pulak dekat atas. Komen aku.. Tangga dia ni curam. Aku pun seriau. Not recommended anak2 kecik or orang2 tua duk kat atas ni. Kami pos Adriana, Usu and Makngah tidur dekat atas ni. Kami (me, maktok and Ecah tidur kat bawah)
Ni view dari beranda kt atas. Ada katil queen n satu katil single dekat belah lagi satu.
Time kami check in tu hujan rintik2 tapu nampak gaya sebelum tu hujan lebat.. Hence why ayaq macam teh tarik tu😅
Esoknya bangun ayaq dah crystal clear.... Syiok weiiii.
Ecah awai2 lagi bangun ajak makngah dia pi mandi. Aku time ni kalut duk prepare bfast merangkap lunch.. Tau dah satgi lepas mandi nanti anak2 aku kompem lapaq punya lahhhh.
Lepas ja siap prepare apa yang patut.. Maka aku pun turut sama join mandi kat jeram ni. Ayaq dia syiokkk.. Sejuk gilaaa... Yang kawasan depan cottage kami stay ni banyak batu and ayaq agak deras skit. Kena turun pi ke depan skit ada depa tadah and landai skit kawasan dia.. Sesuai la nak berendam lama2 dengan anak2 kan.
Rate bilik dekat sini bermula dari RM150-RM350. Masa kami stay dekat sini dulu ada special discount untuk frontliner. So makngah awal2 lagi redeem discount tu.
Overall.. Tempat ni memang best gila. Weekn ni aku akan repeat balik 4 beranak kami. But of course la kali ni kami xduk la yang cottage sebab cottage tu besaq kot. Tak berbaloi la nak amik setakat kami ja kan.
So kepada sesiapa yang berminat nak stay dekat sini boleh la usha-usha dekat :
Facebook
Alamat
Lot 6836A, Jalan Buah Manggis,
Kg Air Hitam,
34500 Batu Kurau,
Perak