Rasa macam dah lama gila aku tak update review makanan dekat blog ni kan. Haihhhh ke mana kah hilangnya mood nak blogging ni? Tenggelam timbui mood aku ni sebenarnya🤣 tapi xpa, i will try my best to update here. Cerita pasal Melbourne , South Korea pun tak habis2 update lagi. Haihhhh 😪😪😪


Cerita pasal staycation aku dekat hotel ni :

⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️


https://www.aliafarhan.com/2016/11/short-getaway-hotel-sentral-seaview.html?m=1


Kali ni aku nk cerita kt orang pasal Shell Out set di Hotel Sentral Seaview yang pada aku harga dia marhaen la. Aku pun dah lama x pi hotel ni. Rasa lepas covid hari tu ada 2x kot check in sini. And aku pun pernah update pasal hotel ni dekat blog aku dulu. Hotel ni antara hotel tepi pantai yang murah di Penang. And paling penting bilik dia selesa la. Tapi kali ni aku nk review pasal Shell Out depa pulak naa;




Murah kan, sebab satu set ni boleh makan 2-3 orang. And it’s just RM58 sahaja


Nindia hampaaaaa


Banyakkkk kannnn…


Puas hati kott

Apa yg aku suka pasal Shell Out ni adalah rasa dia yg pedas2 light and manis. Lepas tu udang, ketam, sotong n siput lala dia tu fresh2 ok. And paling penting tak overcooked and kecut. 
Lepas tu udang and ketam dia takdalah 2-3 kerul ja..ada berketul2 and sotong dia pun banyak gilaaa. Hahahhaha
Kiranya bila hang makan tu kan hang takyah la nak berebut-rebut sangat. 

Bagi aku sangat worth the price, lepas tu makan dalam air cond sambil menghadap sea view


Perghhhh view mcm ni tapi dalam air cond bhai. Mana nak dapat kan?

Korang kalau mai bercuti and duk area Tanjung Bunga ni ka Batu Ferringhi ka malas nak pi jauh2 boleh la pi makan kat sini. Atau orang2 Penang yg tak tau nak bawak family pi makan mana hujung minggu ka, boleh la bawak mai makan tang ni sebab apa, sebabnya selesa tempat ni. Tempat ni boleh accomodate seramai 200 orang pada satu masa. So kiranya memang spacious la kan

If hampa nak try n bawak family hampa makan boleh la pi try ok. Ni details utk hampa ;

Harga : RM58 (2-3 pax)
Hari: Setiap Hari (Sehingga November 2024)
Waktu : 11.30 am - 9.00 pm
Tempat : Horizon Cafe, No.555, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Hubungi : 012-3574055 (untuk tempahan)

Hampa boleh jugak usha page hotel;



Ciao hampa 🩷

SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS