Assalamualaikum,
Rasanya dah lama tak update anything dekat blog ni. Aduhaiii. Kemalasan menjengah lagi. Forgive me, dear blog.
Oklah, back to our main story here; Day 2 of Bercuti di Melbourne Australia. So here we go ya. Untuk hari kedua; macam biasa la aku bangun awal pagi untuk masak breakfast and bekal untuk makan dalam perjalanan ke sana. Untuk breakfast kami makan makanan yang berat macam nasi and untuk bekal kami bawa maggi goreng dan sandwich saja makan di sana. Mind u dekat area situ agak susah ya nak cari halal/vegan food. So nak selamat kena masak la kan
Perjalanan kami ke tarikan di sepanjang Great Ocean Road seperti di 12 Apostles dari Apollo Bay mengambil masa lebih kurang sejam lebih ya.
Subhanallah. Breath taking scenario 🥰
Kami sangat beruntung sebab waktu kami pi ni walaupun awal2 tu hujan rintik tapi lepas tu kejap ja weather dah ok. Ada orang cakap masa diorang pi dah la drive jauh2 sekali berkabus and tak nampak langsung view dekat belakang tu😅 kira kami Alhamdulillah la untung dapat view terbentang gini punya woww
Serious rasa tak leh move on betul dengan keindahan view 12 Apostles ni
Sedikit penetangan mengenail 12 Apostles ni. How they are formed. Asalnya ada 12 tapi sekarang makin berkurangan sebabkan hakisan angin dan ombak
Ni pulak cerita pasal aquamarine life dekat area situ ya
Dia dekat sini memang xdak lah cafe ka apa ka. Dia just sight seeing place. Ada la kedai juai souvenir mcm gitu ja. So tanpa membuang masa kami ke second place iaitu Loch Ard George.
Ni masa dekat parking lot dekat sight seeing Loch Ard George tu kami makan2 dulu dekat kereta. Penting ya bawak bekal sendiri. Masak pun simple2 ja meggi goreng ja. Alhamdulillah lapik perut orang kata.
Kesian kalau anak2 lapaq nanti mesti cranky kan. So untuk menjamin kesejahteraan otak mak dan ayahnya. We need to feed them with food🤣
Dah habis makan jom la kita menapak tengok Loch Ard George pulak ya anak2.
Dekat Loch Arc George ni terkenal drngan ship wreck ya
“Loch Ard Gorge is named after the famous 1878 shipwreck on nearby Mutton Bird Island. Fifty-two people were lost from the Loch Ard and only two teenage survivors were fortunate enough to be washed into the only safe gorge on the coast”
On stormy night, a ship bammm to this rocky island and vanished into the deep ocean
Cantik sangat kawasan ni.
Dia ada gate boleh turun ke bawah tu. Tapi masa kitaorang pi tu diorang tutup n kunci gate tu. Maybe sebab stil in winter season it is dangerous untuk orang mandi kan.
Amazing sangat rasa dekat sini.
Lepas ke Loch Ard George ni kami ke London Bridge pulak. London Bridge ni actually bukanlah bridge pun tapi dia rocky island macam 12 Apostles dengan Loch Ard George ni jugak la. Tempat ni pun xjauh pun dari Loch Ard George ni. Tapi yang bestnya kami dapat explore kawasan2 cantik sekitar nak pi ke London Bridge di Great Ocean Road ni. Best sangat area sini banyak gila motel2 yang comel2. Teringat pulak dekat Albany , Western Australia masa kami kat area sini. The vibe is the same.
Belakang tu dua ketul tu nama dulu dia London Bridge, sekarang ni diorg renam jadi London Arc
Anak2 dah malas nak turun kereta. Diorang stay dengan maktok dekat dalam kereta. Maktok dah pernah sampai Victoria , Australia sebelum ni
Gambar credit to Google ya. Dulu both arc tu connected ya. Tapi sebabkan hakisan dah runtuh dah dia.
Gayat pulak mak tgk orang duk tengah2 bridge connector yang dah runtuh tu. Kome tak takut ke. Sini dah la angin kuat gila. Rasa melayang ja wei. Aku yang gemuk ni pun rasa mcm nak terhumbam ja dalam laut tu
😅😅😅
Ok la ni sejarah & facts pasal London Arc/ Bridge niya untuk korang ;
“London Bridge on the Great Ocean Road was formed by the gradual erosion of the shoreline’s soft limestone due to the extreme weather conditions of the Southern Ocean. The collapse of the impressive rock formation was also a natural process. Today LondonArc has become a popular tourist attraction”
Kemain cantik la aku amik gmbaq mamat poyo ni kan
Gambaq bini macam gini aja. Okla asal boleh ja kan😂
Lepas ja habis bergambar dekat sini maka kami pun segera bergerak ke Port Campbell yang terletak berdekatan ja dengan London Bridge/Arc ni.
Port Campbell ni pekan kecik ja korang. Ala2 pekan koboi tapi tepi laut yang tenang aman damai gitu. Dia macam ala2 Augusta kalau dekat Western Australia tu.
Biru ja wei air kat belakang tu. Fuhhhhhh cantik sangat wei❤️❤️❤️
Gitu punya tenang kan. Boleh baring la dekat tengah2 jalan dia
Lawooo ja laut depan mata ni haaa
Adik picking wild flowers
Kakak❤️
Memang best and tenang ja dekat sini. Cuma dekat sini macam limited la ko nak makan ka apa ka. Kalau masuk cafe tu takat2 nak layan hot choc n kupi tu boleh la kan. Kami dekat sini pun masuk Aldi sebab nak beli latte n choc drink n some chips utk makan.
Lepas ja lepak2 tepi laut ni kami pun gerak balik la ke Apollo Bay. Ada kami jumpa orang Malaysia juga diorang terus nak gerak ke Melbourne petang tu jugak. Fuhhhh kentang. Jalan kat sini bukan macam jalan dekat Malaysia bhai.
Kitaorang sampai dekat Apollo Bay balik pun rasanya time tu lebih kurang 4 petang dah kot. So kami terus la ke Apollo Bay Fisherman’s Coop. Nanti laaku sambung cerita ya part ni. Dah penat pulak type panjang2 ni. Kang panjang2 korang boring pulak.
Ok lah korang..aku nak tidur dulu
Assalamualaikum n take care❤️
Add your comment