Assalamualaikum semua,
Selamat berhujung minggu korang semua. Sihat tak tu? Harap semua sihat la ya. Just a quick update sebab ada yang tanyakan resipi ayam berlado daun kesum ni kan.
Actually sambal berlado daun kesum ni masaknya sama ja macam ayam berlado biasa tu , tapi yang ni ada additional daun kesum ja korang. Ni pun sebab nak cantas daun kesum dalam pasu kt balcony sebab nak bagi nakk merimbun kan. Tapiiii rasa dia tak tipuuuu memang terangkat habis la kan😋 maybe sebab aroma special dari daun kesum tu kan. Or maybe sebab daun kesum tu pun ada rasa dia yang tersendiri kan. So apa lagi hampa kena cuba ok🫠
Tengok gmbaq pun rasa sedap kan. Bila makan masuk mulut apatah lagi ka . Sedap sungguh. Makan dengan timun pun dah on ya. Buat ni habuan brunch kami( me, husband n aishah), bekal aishah ke sekolah petang, lunch kakak balik sekolah. Harapannya bertahan la lauk ni hingga ke malam kan. Tapi tak ya, kean tambah lagi additional protein😅
Ok jom tengok bahan-bahan2 ya korang
Bahan-bahan:
Ayam
Kunyit
Garam
* Cili besar merah
*cili padi
*Bawang besar
* bawang putih
Asam keping
Meggi cukup rasa
Gula
Minyak
Daun kesum
1. Gaulkan ayam dan garam. Aku guna air fryer ja untuk mgoreng ayam. Set air fryer 180 deg C untuk 15 minit. Jangan lupa kalih ayam and spray minyak skit dekat ayam untuk dapatkan effect ayam goreng.
2. Blend kesemua bahan yang bertanda *.
3. Dalam kuali panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
4. Jangan lupa masukkan asam keping dan daun kesum dan masak sehingga pecah minyak. Boleh tambah air kalau nak ada kuah2 skit.
1. Gaulkan ayam dan garam. Aku guna air fryer ja untuk mgoreng ayam. Set air fryer 180 deg C untuk 15 minit. Jangan lupa kalih ayam and spray minyak skit dekat ayam untuk dapatkan effect ayam goreng.
2. Blend kesemua bahan yang bertanda *.
3. Dalam kuali panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
4. Jangan lupa masukkan asam keping dan daun kesum dan masak sehingga pecah minyak. Boleh tambah air kalau nak ada kuah2 skit.
5. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa dan gula.
6. Dah pekat or capai consistency kuah yang hampa nak... Boleh la masukkan ayam yang digoreng tadi.
7. Kacau-kacau ayam and kuah berlado sampai mesra and ready untuk dihidangkan.
7. Kacau-kacau ayam and kuah berlado sampai mesra and ready untuk dihidangkan.
Malamnya kena tambah lagi telur rebus goreng 4 biji sebab ayam tinggal 7 ketul size sederhana ja. Ni mama pair kan dengan sayur pucuk manis kutip dekat kebun komuniti dekat bawah. Cukup dua mata.
Alhamdulillah kenyang tersandar kami. Walaupun kami sekeluarga jenis xla makan nasi dalam kuantiti yang banyak. Suku2 separuh la katakan. Tapi kami memang akan pastikan kami sekeluarga dapat protein yang mencukupi untuk elakkan bantut dekat anak2. So ni la cara kami, sumber protein yang masih termurah adalah telur ayam dan daging ayam kalau nk dibandingkan dengan ikan, udang, sotong mahupun daging lembu
Kadang-kadang bukan tak teringin nak makan udang, tapi dah la mahal. Makan rasa macam tak puas pulak macam makan ayam ni kan. Sebab ayam ni kot mana pun portion n kandungan protein dia lebih tinggi dari udang ka ikan ka. So memang terpaksa la stick with ayam. 😅
Apa pun ok la korang.
Have a bless weekend with your loves one❤️
Add your comment