Assalamualaikum. 

Sihat tak tu? Hari ni yang mak2 tu hampa plan nak masak apa? Ok kali ni kami nak share satu menu simple ja untuk hampa semua. 


Menu macam gini simple ja tapi rasa dia walahhhh sangat
Tak perlu try hard sebab rasa dia memang padu dah
Ni aku beli stock Reduce To Clear angus beef dari Australia. Biasa part ni memang daging dia tak keras . Masak sat pun dah ok dah


And masak ni pun basically campak2 ja
Nak kena bagi resipi juga ka?

Bahan-bahan;

Bahagian daging yang lembut
Sos tiram
Bawnag putih diketuk kasar
Chili flakes
Halia
Cendawan
Cili padi merah diketuk
Daun bawang
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-cara;

1. Perap daging dengan sos tiram dan chili flakes selama 20 minit , lagi lama lagi sedap.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia. 

3. Masukkan daging yang diperap dan kacau, kemudian masukkan cendawan dan cili padi merah.
4. Perasakan dengan garam dan Maggi Cukup Rasa dan tabur daun bawang.
5. Kacau-kacau dah siap. 

Simple ja kan. Simple tapi sedap. Sesuai la untuk makan malam. Ada sayur sekali dalam tu. Dah lengkap. 


Ni kalau kedai kat dalam mall buat menu ala2 gini mau berbelas2 dah menu beef stir fried ni🥹

Buat sendiri makan puas hati haa. Daging pun banyak. Cendawan pun boleh letak banyak2. Nak jimat tak susah pun. Cuma kena rajin masak ja. And nak masak menu pun xpayah yang complicated pun. Cukup menu yang senang tapi sedap dah sudah. Menu susah2 ni kita masak time hari special mcm weekn ka hari jumaat ka. Baru la special sikit kekdahnya. 

Cakap pasal hari jumaat, tetiba rasa macam nak buat pulut kuning n gulai daging. Kalau rajin nk buat menu ni and bagi dekat jiran2 sama. Harap2 rajin tu timbui la kan😅Lama dah tak masak bagi jiran2 makan. Seronok masak and jamu orang makan ni. Rasa satu kepuasan. Tapi tu la harap jadi rajin la nanti😛



SHARE 1 comment

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS