Assalamualaikum,
Hai korang. Sihat ka tu? Kali ni nak cerita pasal percutian kami ke Melbourne pada hujung bulan Ogos yang lepas. Masa kami pi tu time cuti semester anak-anak. Tapi kami terpaksa lajak cuti dua hari dari cuti sekolah.
Untuk ke Melbourne, of course la kami amik Air Asia ja. Tak mampu lah nak beli last minutes flight ticket MAS ka🤪 Beli ja lah AA kan. Lepas tu beli la seat yang best-best sikit kan. For records, kami purchased flight tickets ni lepas visa dah granted. Sebab kang beli ticket beribu kang visa tak granted, matilamaknakkkkk
Once visa dah granted , baru la kami laki bini search ticket AA. Nak kata murah tu tak la murah sangat kot. Kalau promo maybe boleh dapat murah lagi kot. Tup tap tup tap ticket kami 4 beranak sekali luggage, seats n meals semua sikit lagi nak capai 9k jugak lah😂 be prositive ja lah time tu kan sebab kalau MAS pergi saja sorg 3k. Hahahhaha koserrr makkkk
Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Melbourne mengambil masa lebih kurang 8ja. Memang kebas la bontot2 tu😅 dah la flight masa pi tu leg space dia agak kecil pastu aku pulak x boleh nak lena. Lagi la tak senang duduk aku time tu. Flight kami dari KUL pulak pukul 6.30 petang. And sampai dekat sana pukul 4.30pagi macam tu. And fyi, waktu/jam di Melbourne dua jam lebih awal dari kita. Kalau di Perth, time zone sama dengan kita.
So bila da sampai semua, selesai urusan di immigration n custom diorang kami pun pi la solat and then makan dulu di Noodles. Noodles dekat situ Alhamdulillah Halal ya. Lepas makan semua kami pi refresh n shower dekat toilet depa. Dekat sini ada shower room.
Kebetulan masa kami tu, penghujung winter season so memang masih sejuk ya. Boleh tahan la jugak sejuknya. Selepas urusan pick up rental car di Bargain Car yang terletak tak jauh dari Tullamarine Airport ( Air Asia akan turun di sini), kami akan gerak ke Apollo Bay yang terletak di Great Ocean Road.
Tapi before that, kami ke Coles yang nearest dekat airport tu untuk beli stock makanan. Sebab kalau dekat Apollo Bay tu as my sister told me susah sikit nak dapat beras ka halal chicken ka. And price will be slightly expensive dekat outskirt area ni.
Add your comment