Kashmir Winter/Spring Trip-Srinagar

by Alia Farhan, 7:15 AM

 Assalamualaikum readers,


Pada tanggal 13-20March yang lalu, aku dan family besar aku telah ke Kashmir India untuk bercuti. Tujuan ke sana of course untuk bawak anak cucu Mak Jah bermain salji di Kashmir. 

Seperti yang sedia maklum, Kashmir walaupun terletak di India, tapi Kashmir mempunyai 4 musim, and sekarang ni peralihan dari musim sejuk ke musim bunga. Alhamdulillah kami berpeluang bermain salji dan melihat bunga-bunga mula mekar di sesetengah tempat.



Untuk pengetahuan, penerbangan ke Kashmir haruslah ke Delhi terlebih dahulu. Dan untuk ke Kashmir pulak; harus mengambil penerbangan domestik ke Sringar. Dari KL, penerbangan kami pada pukul 7.30 malam dan tiba di sana pada jam 11.00mlm tempatan di sana. Penerbangan mengambil masa kira-kira 5jam setengah. Dan untuk ke Srinagar pula fight kami ke sana pada jam 6 pagi. Bayangkan kami kena lepak dan tidur di airport DelhišŸ¤£

Manakala perjalanan dari Delhi ke Srinagar pula mengambil masa kira-kira sejam setengah. Badan memang dah penat sangat time ni tapi bila nampak pemandangan dari atas gunung-ganang yang diliputi salji. Terus rasa segar bugar mata ni. 


Bila nampak ni terus Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah ni. Beyond words.

Setelah touch down di Srinagar, di aiport ni dikawal ketat oleh tentera sebab Kashmir ni adalah wilayah yang bergolak dalam India. FYI, Kashmir ni nak freedom and taknak di bawah pemerintahan India. So bila ni memang every corner dekat Kashmir ni ada ja soldiers tu. 

Kashmir ni pulak population dia 96% adaah Muslim, sebab tu diorang taknak bawah India. And sebab tu jugak la wilayah Kashmir ni di-anak tiri kan oleh India ni. And diorang pun memang 100% bergantung kepada pelancongan. 

And dekat sini jugak kalau kormag beli simcard India pun korang xleh pakai pun internet ka apa ka. Husband aku memang free roaming from Celcom..dekat Delhi ja dapat. Enter Kashmir ja terus nada. Teruk sampai macam tu ya sekatan dekat diorang ni. Kesian sangat.

Masa kami ke sini, suhu dekat Srinagar ni salah satu bandar di Kashmir ni ada la dalam 11deg C mcm tu. Ok la just nice. Suhu macam winter kat Ausie gitu ja. Tapi kalau korang mai time bulan November ke January boleh capai negative ya and dekat Srinagar ni pun bersalji. Kalau dekat kawasan tinggi tu tak payah cakap la kan. 

So disebabkan kami pi dah nak masuk Spring, kami dapat la pi dekat Park diorang yang dah start berbunga tu. Actually dekat sini adalah tempat pokok badam. And tempat ni pun nama Badamwari. Bunga badam pun baru tengah keluar bunga. Cantik sangat. Feeling-feeling kt UK sangat. 



Sebelum apa2 singgah makan dulu, brunch terus senang perut ni nak jalan2


Rogen josh nama dia. Almost everyday makan. Sampai takleh tngok akušŸ¤£


Kambing apa ntah. Sedap jugak. Tapi kalau dha hari2 laik yg sama boleh muak gak la. I want masak lemak! Hahahha

Dah kenyang-kenyang boleh la pi jalan-jalan..so moh ler kita ke Badanwari…cantik tempat ni. Dari sini dapat tengok gunung-ganang diliputi salji



Cantik kan. Memang feeling2 UK sgt.


With my lil minion


She nailed it


Anak2 makjah


Tq maktok for this winter trip

Selepas ke Badamwari kami teruskan perjalanan ke Hazrat Bal atau Masjid Putih. Masjid ni dikatakan menyimpan rambut Baginda Rasulullah. Wallahualam. Masa dekat sini most of us dah flat so kami pakat2 lena dalam bus. Hahahha. Penat wei turun2 flight Srinagar letak barang ja dekat hotel xdapat nak check in lagi terus bersiar-siar. Battery semua pakat kong.


Credit to Google. 
Reka bentuk dari Persia/Parsi. 


Credit to Google.
Cantik kan bila time Winter. Berlatar belakangkan gunung2 penuh ice. Masjid ni actually terletak berdekatan dengan Dal Lake.


Jalan2 di sekitar Dal Lake setelah terjaga dari tidur. 


Berlatar belakangkan gunung-ganang. Cantik bukan!

Di sekitar ni ada macam pasar hari-hari. Tak pasti ada setiap hari atau tak. 


Cuci-cuci mata tengok kain.


Ni kalau dekat Malaysia dah lama aku beli balik letak dekat balcony ok.



Cantik pokok2  bunga yang jual pun. Dianthus tu ada dekat Cameron tpi bila turun bawah dah xnak berbunga ya. Geram ja nengok.


Pani puri satuuuu.


Yang ni tak tau nama apa dia. Bila kita tnya peniaga tu macam ayam dengan itik bercakap. Hahahah




Tempat bergolak kan. Macam ni la. Tu belum tentera merata-rata.

Dekat area sini gak aku jumpa sate kambing 3 cucuk 100 rupee bersamaan lebih kirang RM5 kita. Dekat sini kambing murah wei. Memang puas makan kambing dekat sini. Cover stock setahun mengidam nak makan kambing. Ko beli Pak Mat Western tu sepeket pun dah lebih RM40 sekarang. Menangisss šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­

Ok la bersambung next part pulak ya 

Bye




























SHARE 1 comment

Add your comment

  1. cantiknya bunga2 kt sana tp rasa mcm was2 lg nk pi kashmir ni

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS