Susun Atur Ruang Dobi

by Alia Farhan, 8:58 AM

 Assalamualaikum,

Sebenarnya nak juga update dekat blog ni pasal susun atur ruang dobi yang sekangkang kera tu. Dekat sini la ada washer n dryer , dekat sini la sidai towel pakai hari-hari. Dekat sini la sembunyi barang-barang macam penyapu , berus, mop etc. Kat sini jugak la litter box and tempat makan Ivy n Jack. Kat sini jugak la tempat simpan stock beg2 cuci rumah, sabun dobi n semuanya. 


Nampak tak bertapa pentingnya ruang sekangkang kera ni and macam-macam function dia. Sebab tu la kena gunakan setiap inch dengan betul-betul.



Kecik ja ruang dia tu. Mula-mula ingat nk letak vinyl flooring tu..pastu pikiaq2 balik aku ni bukanlah rajin nau nk potong itu ini lekat sana sini..so aku beli ja tikar getah yg corak kayu mcm ni.. kira halal lah. Kalau ikut flooring asal dekat sini tiles biasa tu la. Letak tikar getah corak ni kira halal lah kan.
Dekat rack tepi tu asal boleh ja. Sakit mata gak nengoknya. Nanti la nak declutter lagi apa yg patut. Azam tahun 2023 nnt nak declutter n simplify apa yg boleh simplify hidup ni.

Dekat tepi ni guna penyangkut boleh laras gini utk sangkut towel yang pakai tu. X suka sidai dalam bilik nanti bau kepam. Lepas tu towel selalunya 2 hari sekali cuci. Lepas pakai hang dekat sini. 


Dekat bawah penyidai ada Xiaomi Air Purifier, memang khas untuk letak dekat sini utk elak bau2 yg tak best dari litter box ni. Makkum lah kami bela dua ekor kucing kan. So blower pulak mmg pasang yg paling laju utk serap bau2 yg x best tu. Automatic towel pun cepat kering sebab blower menghala ke atas🫣


Strategik betul kedudukan air purifier ni. Air purifier Xiaomi ni mmg bagus ya. Murah pun murah. Filter dia pun boleh tukar sendiri. Korang yang ada bela kucing or yg nak beli air purifier utk tingkatkan kualiti udara dalam rumah korang boleh la beli Xiaomi Air Purfier di SINI . Filter dia pun tak la mahal and boleh beli sendiri and pasang sendiri ja. Boleh beli dekat SINI



Dekat celah tepi sebelah washer n dryer ni kita sembunyi segala berus, spray mop, penyodok dan penyapu. 


Closed up skit. Hukalohhhh banyak nye brg2 cuci rumah. Tersorok skit janji org xnampak🫣



Kalau tadi sebelah kanan simpan brg2 nak cuci rumah. Yg belah kiri pulak brg2 pencuci segala mak nenek.


 Ada roda boleh tarik masuk and keluar kalau nak guna. 
Rack ni beli dekat shopee jugak. Murah pun murah. Janji meet the purpose. Mula-mula ingat nak beli yg ikea tu. Bila ukur tak muat. Nasib la jumpa yg ni kt shopee. Jimat duit. Korang boleh tengok dekat SINI


Ni gambar hari tu before pull out rack dari shopee tu sampai. Bila sampai tu terus pasang n susun brg2 pencuci2 yg beli buat stock tu. 


Ni keadaan bila da ada pull out rack tu. Fuhhhh memang semua ceruk digunakan ya. Atas dryer pun letak litter box yang da dicuci n minyak masak. Minyak masak tu pun nk kena transfer pi tmpt lain dah😅 beli stock banyak2 pastu pening nak letak mana pulak. Nasib la harga minyak skrg dah turun balik. 😅

Lepas ni xnak dah beli brg byk2 sgt buat stock. Kadang2 sakit kepala nak simpan dekat mana kan. Ni pun ada hati lagi nk beli set pinggan baru sbb berkenan. Ahh sudah la alia oiii. Nanti nk letak mana pulak dah🥴🥴🥴












SHARE 4 comments

Add your comment

  1. cantik dan kemas ruang dobi rumah

    ReplyDelete
  2. mesin basuh sama.. haha. memang kena pikiaq nk letak mana. kalau rak bertingkat jimat jugak kak lia

    ReplyDelete
  3. bestnya nak mendobi lepas ni.. ruangan kecil mcm ni pun cukup dh utk laundry area

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS