Jalan-jalan Bawak Bekal

by Alia Farhan, 10:32 AM

 Sebenarnya malas nak masak. Tapi bila nak jalan-jalan tu kadang auto jadi rajin masak utk family. Bukan sebab apa, lagi-lagi kalau check in hotel. Nanti lepas anak-anak berkubang nanti mula la mama lapaqqqqq!

So sebagai persediaan mental dan fizikal mamanya..kita hadap la masak yang simple-simple pun jadiklah kan. 🤪🤪🤪


Ni hari tu masa check in dengan maktok dekat Gurney Drive di Evergreen Laurel Hotel


Haaa meriah. Makan lah sampai kenyang. Budak-budak ni dapat bath tub pun mau berendam sejam setengah jugak. Keluar-keluar lapaq. Makan la apa yg ada.


Haa yg ni bwak masa check in Hard Rock Hotel Penang kelmarin.  Guna tiffin mcm ni senang nak basuh. Kalau jenis tupperware tu  seksa lah nak cucinya ok. Tapi sebab dah ada yg tupperware tu kita guna ja lah. Kang tak guna menangis tupperware tu nanti kat kubur kena seksa pulak sebab tak guna and buat pameran ja kan🫣


Aku buat ayam berlado ja. Nasi goreng tu yg pagi tadinya. Tak habis so aku tapau la sekali untuk makan kt hotel. Nasi putihnya masak siap-siap seperiuk kecik and masukkan dalam bekas aiskrem biru yg selalu org kena tipu ada ayam or ikan beku dalam tu😂 shooi shenang…




 
Sebabnya ank2 aku berendam dekat 2 jam lebih petang lepas check in tu maka haruslah kesemua makanan licin. Ehh bukan anak2 ja, papa n mama pun sama naik lapaq nya😝 



 Mandi sampai kaki cramp oiiii. 

Sekian sahaja la cerita aku mak2 yang suka masak bagi anak-anak makan ni. Dah makin mcm mak aku. Hahhaha. Bukan apa budak2 ni kalau depa dah penat n lapaq nanti mula la depa buat perangai. Bayangkan nak bersiap2, nak cari kedai nak makan, nak order and tunggu order siap pun amik masa. Nanti mula la mood da spoiled mngamuk-ngamuk. Kang mula la pak ngn mak pun nak jadi hijau jugak . Nak order makanan kat hotel bukannya murah noks! Aku pulak bukan adik beradik Tengku Zafrul ka Kak mah ka🤪🤪🤪

So to be safe, mana yang boleh prepare kita prepare la dulu. Memang la makanan tak panas and agak sejuk tapi bila dah pakat lapaq ni semua jadi sedap. Panaskan ja lah dalam perut masing-masing. 

And for those yang bawa makanan ke hotel pun make sure la lepas makan tu buang elok-elok jangan buar bersepah-sepah kan. So that orang nak cuci pun senang. 



Nak jugak buh muka sendiri dekat blog ni takut hampa semua dah lupa rupa mak lampir ni macam mana. Tetap maintain gojes walaupun kaki lepas cramp. Cepat2 keluar dari kolam and pi jalan-jalan dekat pantai. As gojes as usual💁🏼‍♀️

Ok baiiii







SHARE 2 comments

Add your comment

  1. bagus kak alia bawa bekal..jimat duit sama..makanan luar pun boleh tahan mahal skrg kan

    ReplyDelete
  2. dok nampak kena bawak bekai dh.. hahaha. memang jenis lapaq lps mandi.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS