Avillion Cameron Highland

by Alia Farhan, 9:36 PM

 Hai semua

Lamanya tak update blog ni kan. Makin lama makin sendu la blog ni. Apoo alia! Tu pun kemain tau niat di hati nk rajin update content dkt ig la tiktok la blog. Last-last semua ke laut🤪 

Ni cerita pasal Avillion CH ni berapa lama dah duk kt draft ja. Teruk nauuuu perangai. Kadang-kadang tu bukan xda benda nk update kat blog ni. Banyak tapi tu la malehhhhh😅

Tapi takpa, sis cobahhhh ok. Kalau nak ikutkan malas tu memang la malas tpi biarlah dicoret dekat blog ni as kenangan untuk diri sendiri kan.


Untuk Avillion CH ni dia terletak di area Tanh Rata. Ala dekat area Starbucks n station bus tu. Memang cantik tempat dia. Aku suka. Kalau nak tau bawah dia mall apa ntah. Atasnya hotel. Tepi bangunan ni ada astaka/ food court Tanah Rata ni. So bab makanan tu takyah risau la memang senang In Sha Allah nak makan tu.


Lobby hotel dekat tingkat 3 bangunan ni. Spacious n modern touch


Si kakak.


Ni satu level dengan lobby tu. Kami dapat bilik level ni. Syok sebab ada balcony and boleh ke garden hotel ni yang ada playground jugak.

Jom layan pokok-pokok bunga di garden sat





Suka gila ok! 
Meriah bunga dia. Rasa macam ada kt oversea gitu

Ahhh dah jom kita tengok biliknya pulak ya










Overall bagi aku, bilik dia sangat luas dan besar untuk kami berempat. Design bilik pun semua cantik dan modern. I love how the style the room. Lepas tu sofa tu pun boleh tidur kalau ada anak ramai. Si kakak tidur dekat sofa yang dekat tingkap tu.

Bilik air dia aku lupa nak tangkap gmbaq. Cantik dan bersih. Aa shower dan barang kelengkap lain yang biasa hotel sediakan. Iron n iron board pun semua ada disediakan di setiap bilik. Kettle semua pun ada. Cuma hotel ni takda la aircond ya. Ada kipas. Pasang kipas no 1 pun dah gigil bhaiiii. 

Next time boleh repeat lagi kalau rate semua ok. Sebab serius suka dekat sini sebab everything walking distance ja. Tempat steamboat viral yang sedap tu pun walking distance ja. Yang tu nanti kami share ok.

Apa pun memang kami recommended sangat Avillion Cameron Highland ni untuk hampa-hampa yang berfamily anak kalau 4 orang pun ok lagi ni. Boleh bawak tilam angin pastu bagi ja tdoq dekat bawah tu. In Sha Allah tak penuh lagi bilik sebab spacious kan. 

Rate bilik berapa? 
Kami dapat bilik ni utk 3 hari 2 malam dalam RM490 dekat www.trip.com . Dekat tempat lain semua rate dah RM580 ke atas time tu. Oh lupa kami pi ni hari Khamis so the next day tu da masuk rate weekend la kan. Tapi ok la bagi kami harga tu sebab hotel ni ok masih baru and masih cantik. 

Tapi next time teringin nak try Zenith pulak. Tengok rate hari tu mahai nauuu🤣 nanti la kalau ada rezeki n rate murah boleh lahhhh😬

Ok la korang. Chowwww










SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS