Assalamualaikum korang
Baru-baru ni aku ada share gambar pak choy petik sendiri dekat balcony untuk letak dalam mee goreng aku kan. Ramai kagum macam mana boleh tanam dekat balcony kan. Actually kalau ikutkan tu, pak choy ni kategori sayur yang mudah hidup jugak la. Orang kata senang tumbuh jugak la.
Ok la untuk sekali makan and letak dalam mee goreng kan.
Actually aku pun tengah nak on going buat another balcony project untuk tambahkan sayur yang aku nak tanam. Dengan harga barang sekarang yang makin naik ni, so ni la salah satu cara untuk aku overcome dis matter kan. Nanti la aku share progress and update dekat blog pasal balcony edible garden aku ya.
Buat masa ni aku plan nak tanam sayur-sayur yang aku suka makan ja macam pak choy, kangkung,salad and sawi. So maybe akan ada rotation untuk tanam sayur ni. Lepas tuai satu dua jenis sayur akan grow or seeding sayur lain pulak. So kalau menjadi In Sha Allah bekalan sayur tu akan ada ja kan. Tak melawak ya beli sayur pun kadang-kadang dah cecah RM20 ya😓
Korang yang ada ruang dekat rumah tu maybe dah boleh start tanam apa yang patut. Yang simple-simple macam daun bawang ka. Daun bawang sekarang pun harga taknak kalah ya mesti RM2 ke atas. Tu baru daun bawang belum yang lain lagi kan😥 . Nak gunanya tu sikit ja. Tapi nak beli kena beli 3 batang kadang-kadang tu. Last-last rosak pulak😰 so bila tanam ni kita boleh ambil ikut banyak mana yang kita nak ja. Lepas tu daun tu akan regrow balik and kita pun ada never ending supply. Best tuuu.
Good supplies. Tak payah nak beli banyak-banyak. Kerat setakat yang nak ja. Jimat belanja dapur kan.
Ok la korang. Dah mengantuk ni. Nanti aku story lagi pasal balcony edible garden aku ya
tu lah rasa geram pulak tengok harga sayur sekarang. Beli banyak pun tak boleh sebab tak tahan lama. tak sampai seminggu pun dah rosak. Tengah plan nak tanam bayam dengan daun kucai. daun bawang dah start tanam haritu
ReplyDeletetulah sayoq pun xlama harga kayangan.nk makan sikit ja
ReplyDelete