Assalamualaikum,

Sejak bela kucing ni macam-macam benda kami kena ambil kira sekiranya nak tinggalkan rumah lebih dari dua atau tiga hari. Kucing kami Si Ivy ni pulak jenis yang clingy dan cenggeng. Kalau kena tinggal ja mesti dia stress and bulu dia banyak yang luruh. Kesian dia.


Sejak roadtrip kami bulan 1 yang lepas, kami memang tinggalkan dia di rumah. And my husband punya orang kerja akan mai bagi dia makan and change pasiaq dia. Tapi ya lah, bila balik tu perasan bulu dia kemain gugur haa. Stress kot rindu kat kami anak-beranak. Sejak dari tu, kami dah tinggal dia lama-lama. If more than 3 days kami akan hantar dia ke pet hotel or pet sitter. 




Kalau macam kami ke mana-mana yang tinggal rumah sehari dua, kami akan pastikan:

  • mandikan dia terlebih dahulu(untuk pastikan dia selesa)- supaya bila korang balik rumah nanti kucing korang takda la bau masam sangat bila kena tinggal.
  • berbual dengan dia dua tiga hari sebelum tinggalkan dia, believe me walaupun si Meow bulu kita ni suka berlagak diva and tak kesah cakap apa...biasanya diorang paham ja kalau nak kena tinggal. Kalau Si Ivy tu kalau nampak luggage bag kena keluar and isi baju dia da mula dah jiwa kacau.
  • makan minum dia semua letak dalam auto dispenser
  • letak 2 atau 3 litter box  yang penuh dengan pasir atau soy pallet (ikut jenis mana yang korang gunakan)untuk memastikan si bulus manja selesa untuk membuang kerana kucing indoor sangat la cerewet bab-bab kebersihan ni.
  • buka lampu, walaupun kucing boleh survive dalam keadaan gelap.Tetapi bila ada cahaya, si bulu tak terasa takut, terancam dan sunyi.
  • buka kipas - bukalah kipas di satu kawasan yang biasanya kucing berehat. Macam manusia, kucing juga akan berasa panas lagi-lagi kalau kucing jenis long hair ni...so untuk pastikan diorang berasa selesa, buka la satu kipas untuk memastikan si bulu selesa.
  • berikan si Bulu teman, macam manusia juga. Kalau sorang-sornag boring kan. Nak kena berkawan kan. Macam tu la jug dengan si bulu. Mereka pun ada hati nurani gitewww. Kalau lama nak tinggalkan di rumah and takut diorang boring sorang-sorang pilih ja untuk hantar ke pet sitter atau pet hotel yang berdekatan.
Last but not least, Si Bulu Meow2 kita ni adalah spesis paling manja di dunia...walaupun selalu perasan diva dan buat don't care ja dengan depa..tapi ni mudah sentap kalau ditinggalkan berhari-hari. Nanti mulalah bulu gugur, tak lalu makan etc. So nak taknak kita yang ambil keputusan nak bela diorang ni kena lah pandai jaga diorang walaupun kita takda kat rumah. Jangnlah musim-musim raya ni pi buang depa dekat market la kt kedai dobi la. kesian dekat depa.


Si Ivy kena hantaq dekat pet hotel. Merajuk ok..sory sayang kena tinggal sebab mama nak pi beraya sekinggu🤭🤭🤭



SHARE 1 comment

Add your comment

  1. haha dulu ada kucing tak boleh tinggai lama satgi merajuk buat perangai berak merata pastu nak kena peluk sedia padahal sebelum tu berlagak kemainnn

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS