Assalamualaikum  semua,

Masih dalam mood raya kah? Kami masih dalam mood raya lagi. Kuih raya masih terhidang di meja kopi di ruang tamu. Baki kuih raya pun masih banyak di dapur. Seronok bila makan kuih raya sambil santai-santai di depan tv dengan suami and anak-anak. 


Cakap pasal kuih raya, masa balik ke Kedah hari tu memang aku bawak balik kuih raya banyak gila. Tak sangka by the time hari khamis tu kuih raya dah tinggal habuk. Jarang berlaku ya. Maybe sebab umat and kaum kerabat ramai. So asyik mengunyah ja. 

Hari Sabtu, aku balik ke Penang dengan anak-anak; husband aku dah balik hari Khamis tu sebab dia balik malam raya dengan motor dia. Konon-konon plan hari isnin tu hari last puasa nak ronda-ronda malam raya naik moto la pekan Jitra tu alih2 Isninnya tu raya.hahahaha.  

Berbalik kepada cerita balik ke Penang tu, malam tu sebab penat melayan kereta banyak dekat hiway so aku request la sampai Penang nak dinner nasi briyani fav aku. Tak lain tak bukan Nasi Briyani Kapitan Signature di Solaria Square, Penang.


Masa kami sampai dah agak lewat. So banyak menu yang dah habis. Briyani ayam da takda tak sure la dah habis or memang ayam xda time tu sebab kecoh kan ayam kat Malaysia takda masa raya hari tu. So kami amik la yang kambing ni. Yummyyy2 sangat …

Husband time tu dah kenyang tapi nak order gak so dia order la roti canai dengan chicken masala ka apa ka. Tapi lupa nak snap gambaq time tu. 


Ni gambar makan sebelum-sebelum ni.  Kuah dia tu power sangat. Lepas tu roti canai tu gebu-gebu gitu.. rasa flaky-flaky gitu. Kalau orang yang suka garing maybe tak suka kot roti canai macam ni. Kalau yang jenis duka roti canai gebu-genu macam roti bom tu mesti suka roti canai depa ni.


Last time makan chicken briyani dia..sedap and power. Sapa tak makan kambing makan lah hat ni
Surrrr karewaleeeee


Ni pun nasi briyani gak. Tapi sory tak tau la nama briyani apa hat ni..hat tadi pun xtau briyani hat mana.. nama depa canggih-canggih sangat sampai aku tak ingat. Tapi kalau antara dua ni..aku suka yang sebelum ni lagi. Hat ni ataih dia tu macam roti pastu kena pecahkan and makan ada nasi and kuah dalam tu……

Selain dari Indian cuisine..kat sini ada gak jual spaghetti. Ni Aishah try aglio olio dia. 

Nampak macam biasher-biasher aja kan. Tapi percayalah rasa dia sedap jugak. Pastu ayam banyak gila buh.puas hatiiiii..


5 bintang untuk kedua-dua ni..

Ni untuk personal preference, aku memang prefer nasi briyani dekat Kapitan lagi dari hat lain-lain yang fames dekat Penang ni. Cuma dekat Kapitan Signature ni kedai dia macam another level of Kapitan Keling tu la. Masakan dia macam another level sikit la.. kalau hampa suka dekat Kapitan Keling tu..aku gerenti hampa akan pas hati jugak dekat sini. 


Pastu kan, kedai dia pun macam sempoi2  ada air cond bagai. Pastu macam hipster2 cafe skit. Kiranya bukan pesen2 macam kedai-kedai mamak kapitan hat lain la. Ni kira betul-betul another level la kan. Sebab tu la nama dia Kapitan Signature.

So hampa cepat la pi try.. tobat puaih hatiii kot

Kapitan Signature,
2-G-13A ,
Medan Rajawali,
Solaria Square,
11900 Bayan Lepas,
Penang

0102217011
















SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Nanti badan dah stabil nak pi Penang, lama dah nak balik Penang sejak tahun lepas tak pi pi haha... juju save entry ni, nanti nak pi makan sini... terliuq tgk briani dia... surrrrrrrrrrrrrrr bak kata alia haha

    ReplyDelete
  2. Ini tak sama dengan Kapitan Chulia tu kan..ada "signature', level mesti lain2 ni.. nak kena try nanti..beress!

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS