Assalamualaikum
Kali ni nak share satu cafe best ni dekat area Tanjung..orang Penang kata. Kira kawasan dia dekat kawasan yang payah nak parking la jugak. Ikut time hampa pi la kan.
Aku sebenarnya suka kalau cafe-cafe ni ada Asian2 fushion ni rather than hanya hidangkan makanan Western semata-mata. Sebab tu aku suka gila cafe macam Irama Dining, Lagenda Cafe ni sebab depa ada konsep-konsep gini. Kali ni aku nak share satu cafe ni nama dia Aroma Eatery.
Photo credit to Aroma Eatery
Dah dua kali kami sekeluarga makan dekat sini. 1st hari tu masa bday Adriana n second one masa bday papanya baru-baru ni. Food dia harga berpatutan..pastu portion pulak besaq.
Nasi lemak rendang daging. Sedapppppp..
Mana la dia beli senduk tu kan..cantik betul plating dia
Ni steak kakak aku order baru-baru ni..ok la tapi aku prefer steak kt TGIF lagi sebab gravy macam ni typical gravy kt kedai2 western..sama ada black pepper or mushroom.
Prawn aglio olio dia. Big portion n sedap. Ni as usual fav ecah la kan
Pumpkin soup..aku mmg suka pumpkin soup so this is good.
Cucoq udang pun sedap
Smoked duck carbonara pasta.
Mee kari dia mmg sedap gilaaaahhhh.
Ni pulak laksa lemak dia…pun sedap gilaaaahhhh
Baru-baru ni pi confuse gila nak order mee kari ka laksa ni. Nasib baik laksa da habis so xdak la confuse nak order apa.
Smoked salmon bruschetta
Chicken chop dia besaq gilaa
Chicken parmigiana..ni fav my niece.
So overall memang puas hati makanan dekat sini sebab kebanyakkan dia sedap-sedap belaka. Harga pun reasonable and portion pun banyak gila. Macam laksa, mee kari, nasi lemak, chicken chop n chicken parmigiana tu memang portion dia termonyeh-monyeh nak habiskan la cita dia.
So hampa kalau tengah buntu nak makan kat mana dengan family hampa or yang tengah JJCM cafe-cafe best kat Penang ni sila lah ke ;
Aroma Eatery,
28, 30 Jalan Pintal Tali,
10100 Georgetown,
Penang
0177362421
Nampak sedap2 belaka
ReplyDeleteEntah bila la sampai sini....kena tunggu kereta dania keluar la dulu ni...pas tu baru bleh mama bonding...cuma dania dh kerja...susah skit nak gerak...dah la cuti sehari je....
ReplyDeletefuhhhh sedapnya tengok aglio olio dia. Semua menu nampak menarik, plating pun cantik. memang berbaloi la makan dekat sini
ReplyDelete