Assalamualaikum 

Macam mana so far dah puasa 4 hari ni?ok tak semua? Hopefully everything is ok utk semua orang kan. Korang ada yang plan nak makan-makan buka puasa dengan colleagues ka family ka best friends ka? Ada tak? Kalau ada meh aku nak rekemen kan sikit satu tempat best di Penang ni.


Bertemakan Senandung Rasa By The Sea, The Tamarra By Irama Dining menyajikan hidangan-hidangan Melayu yang sangat umphhh. Kalau nak tau, The Tamarra By Irama Dining ni adalah additional members to their existing cafes/restaurants; Lagenda Cafe, Irama Dining, dan Sutera Restaurant. The Tamarra By Irama Dining ni mengetengahkan “ Malay Gastronomy” to the next level.


 

Terus terang aku cakap, aku memang teruja gila bila mendapat jemputan dari pihak Irama Dining untuk ke preview The Tamarra ni. Sumpah teruja. Knowing their taste of decor n foods…sudah tentu aku sangat-sangat teruja. 



The Tamarra By Irama Dining ni menampilkan satu konsep yang mewah dan versatile (pemilihan tempat yang wow, dah la tepi pantai and cantik sangat). Makanan dia pun buat aku teruja. Almaklumlah untuk tekak-tekak Melayu dot com dot maiii ni harus lah teruja melihat sajian makanan dekat The Tamarra ni. Sebut saja kari pun ada, masak lemak pun ada hatta asam pedas pun ada. So aterre macam mana tekak Melayu macam aku ni nak say no to The Tamarra kan…

Tapi takpa kita jamu dulu mata hampa semua dengan suasana dekat The Tamarra ni ya.





Amcam best kan suasana dekat sini. Memang best nak melayan buffet dengan keadaan tenang dekat sini. Ishkkk suka sangat tengok.

Suasana dah tengok so jom lah kita tengok pulak makanan-makanan yang ada dekat sini ok.


Belum apa2 Ecah suruh tangkap gambaq dia dulu.  Model cilik blog ni..official model🤣



Briyani kambing dia marvellous sangat. Ecah makan habis




Nasi kerabu dia pun best. Solok lada dia tu perghhh.



Nasi beringin. Sedap. Ni memang all time favourite aku kalau ke Irama Dining. Tak tau kenapa aku suka sangat nasi ni tapi memang memang fav sangat.


Dont worry nasi outih pun ada gak.

Jom kita tengok selection lauk-lauk lain yang ada ;


Asam pedas ikan pari ni sedap gilaaa




Masak lemak itik salai ni perghhhh my favourite sangat2.
Meleleh ayaw lioq tengok balik ni🥲

Selain dari lauk-lauk yang sedap, The Tamarra ada gak sediakan pelbagai jenis kerabu yang sedap-sedap. Oh my, aku ni dah la hantu kerabu😋😋😋







Semua kerabu-kerabu ni sedap ok. Meleleh lagi ayaq lioq tengok ni

So jom lah kita tengok dessert selections pulak;












Tudien banyak kan dessert dia. Memang rambang mata tak tau nak habaq cita dia

Selain daripada tu, dekat bahagian tepi pantai tu ada few stalls ;








Banyak betul selection dia kan


Kebab ayam dia… sedap and juicy..cukup rasa semua


Ni pulak kambing dia..perghhh memang sedap..kambing dia juicy and tak kering. Memang recommended sangat-sangat bagi aku.

Untuk yang bertanyakan harga…
Ni details untuk hampa ya;



For Early Bird ada special price;




For me harga dia quite reasonable untuk makanan-makanan dia sebab ada nasi beriyani kambing lah, kambing golek lah, ketam lah, udang galah la, smoked duck la, nasi kerabu lah..eh macam-macam la nak sebut sampai berbuih mulut kalau nak sebut satu-satu. Dah pulak makanan-makanan dia yang penting sedap kan.

So kepada hampa-hampa yang tenah cari tempat nak berbuka puasa dengan kawan-kawan ka dengan family ka or nak suruh boss belanja buka puasa ka boleh la mai try sini.. serius bagi aku memang puas hati gila 



"Senandung Rasa By The Sea" Buffet Ramadhan
The Tamarra By Irama Dining


RM98.00nett (adults), RM78.00 nett (senior citizen), 50% discounts (children 6-12y/o) 


Promosi Early Bird
RM88.00nett (belian sebelum 7 April 2022)


Bermula 7 April - 1 May 2022
7.00pm - 10.00pm


Untuk tempahan (call/whatsapp) 
011-12487582



Thank you The Tamarra for having us. Will definitely back again 😍


















SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Presentation food di tamarra ni memang win la alia, haishhh nak terbang ke sanalah sekarang haha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS