Frozen Food For Ramadan

by Alia Farhan, 1:12 AM

 Assalamualaikum 

Hari ni dah 1st of April. Tinggal satu hari ja lagi nak sambut ramadan. Can’t wait . Rasa excited sangat.

Seminggu ni rasa lemau sangat sebab malasnya lah nak pi beli n restock bahan untuk memasak kan. Allah ja tau lemau tu macam mana.. tapi gagah jugak la ke market n ke lotus untuk beli apa yang patut.


Dekat market(pasar), ada la beli tulang rusuk pastu urat keting dengan daging sikit. Total bagi RM50 dapat la balik RM3. 🥲 keras nya harga barang sekarang ni. Ada jugak beli ayam 2 ketul whole leg chicken dengan 1 ketul bahagian dada+ sayap tu dalam RM11.50 Lepas tu beli pulak ikan sembilang dalam 1.1kg(bonus ada telur) …satu kila RM30…so bayar la dalam RM33 macam tu. Total beli skit ni ja dah RM91.50😅  kerassssss kerasssss

Then ke Lotus pulak untuk beli barang-barang rumah yang memang dah nak habis. Niat asal nak beli barang-barang untuk masak ja. Tapi bila nampak pencuci glo yg besar tu offer amik la 3 ketul buat stock..sama la bila nampak pencuci jamban 2pcs in 1 pack tu offer beli la 2 packs kan..last2 haaa banyak la jugak kan dalam troli tu. 


Satu trolley yang tak penuh ni hampa rasa berapa?
Total ni RM245+ ya…fuhhhh terasa betul kerasss dia. 


Walaupun keras rakya Malaysia ni kita kan kuat ja nak menghadap benda2 ni while ada orang yg gaji sehari RM200k tapi yg executors kat bawah2 tu struggle everyday untuk survive from pay to pay. Fuhhh life is hard. Xpa, Allah ada. Kuat lah untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Dah membebel pulak…macam aku bila bulan puasa ja aku penat betul nak duk kat dapoq lama2 sumpah aku tak suka ok. Nampak ja Alia ni konon2 rajin masak..sebenarnya tak ta. Aku paling malas n tak suka nk duk dapoq lama2. Aku paling tak suka nk kupas2 bawang nk prep utk masak tu. Sumpah aku tak suka part tu..tu belum lagi mengrmas lepas tu..triple the penat. So ni dah alang2 dapoq bersepah dengan bahan-bahan yang beli tu why not blend and masak terus ja apa yang patut. 

Sambil-sambil blend bawang, sambil2 panas minyak dalam pressure cooker. Oh lupa nak cakap tahap malas aku, sebab aku malas nak kupas2 bawang utk blend buat masak kelmarin aku beli ja bawang besaq n bawang putih yang da kopek..tinggal blend ja sampai rumah. Senang skit keja aku. At least aku da skip one of the annoying part kan.

Bila masak dengan pressure cooker ni senang skit and cepat..masak kari ikan..aku buat ja kuah kari based tu lebih..lepas tu kuah yang sama aku boleh guna juga utk buat kari udang. For kari ikan dari masa tumis tu and letak bawang blend and rempah kari n masukkan ikan aku set and pressurised dalam 7 minutes macam tu tak silap aku. Ikan pun guna sembilang yang baru beli tu.. lepas dah angkat ikan sembilang and bahagi kepada 2 bekas aku lepas ja udang utk remaining kuah kari tu…

next tu aku buat kuah kari lain pulak for kari ayam..aku set dalam 10 minutes mcm tu ..masa buat kari ayam ni boleh masukkan kentang sekali terus sebab masa nak masak ayam ni kejap ja. Lepas tu buat kurma kambing..ini xsilap aku dalam 20 minit aku pressurised kambing tu then vent out the pressure lepas tu msukkan kentang and pressurised another 7 minutes. Jangan masukkan kentang tu awak2 takut nanti lembik sangat. 

Next sup siam tulang rusuk and keting tu lah yang lama pun sebabnya urat keting tu nak kembang mau sejam lebih jugak. As usual aku pressurised dulu urat keting tu sejam. Then after sejam baru aku letak tulang rusuk tu..bila masuk tulang rusuk tu baru aku pressurised another 30 minutes..da siap semua baru la letak tomato,cabai and batang saderi tu… buat masak lemak ayam paling senang sebab blend bahan2 terus masuk kunyit,masak ayam, kentang n daun kunyit. Lepas tu dah set la pressure utk 10 minutes. Lepas da vent out pressure boleh la masukkan santan and perasakan. Dah setel.




Semua buat guna pressure cooker ja. Kalau nak bagi cepat from warming up to heating to pressurised tu boleh la gunakan ayaq hangat utk kuah2 yang hampa buat tu..so save da masa dekat situ.  Da siap semua boleh la freeze kan kat tempat frozen korang tu. Kalau nak makan minggu depan boleh ja letak dekat bahagian fridge tu.




Masa puasa nanti bawak ja keluaq mana2 lauk yang nak masuk dalm microwave n panaskan. Setel. Kalau tak da mircowave sebelum pi kerja tu keluarkan ja letak dekat luar. Korang balik nanti da fully thawed and panaskan ja dalam kuali ka peyuk ka ikut suka korang. Yang penting family dapat makan makanan yang korang masak. Kualiti forzen food and nutrition dia sama ja macam masak fresh. Alah macam la rak biasa makan frozen food dekat Secret Recipe semua tu kan.

Kalau ada yang merempan cakap eiii frozen food tak sedap la suami saya ak makan frozen food la saya tak lalu ka apa ka..kau abakkan ja jenis2 ni. Dah hidup tahun 2022 puntak reti finction peti ice tu apa selain simpan ikan n ayam tu or maybe jenis xreti food technology ni apa ke benda ka..abailan ja maknusia zaman flinstone ni okeh🤭🤭🤭

Akhir kata, selamat menyambut Ramadan Al Mubarak. Cant wait❤️











SHARE 1 comment

Add your comment

  1. hahahaha ha'ah weekend nanti pun nak buat lagu ni. Toksah dok kalut dah bab sahur. Selamat berpuasa kak lia :)

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS