Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.


Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

So kalaulah  jadi apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga. Lagi senang setiap ahli keluarga ada sorang satu BOB bag ni.. bukan apa..biar lebih dari tak cukup.




Antara barang-barang yang perlu ada dalam beg kecemasan adalah:

  1. Beg Waterproof (harus supaya barang-barang tidak basah-boleh dapatkan di SINI )
  2. Lampu Suluh
  3. Document Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)
  4. Emergency Kit (dapatkan di SINI )
  5. Wisel
  6. Makanan Tahan Lama, contohnya:
    • Energy Bar 
    • Biskut 
    • Susu tepung anak
    • Makanan segera / 
    • dalam tin (MRTE)
  7. Mineral Water
  8. Power Bank & Phone (beli jenis solar lagi bagus—beli SINI)
  9. Kit Kebersihan 
  10. Mini Radio  (boleh beli di SINI )
  11. Sedikit Wang Saku
  12. 1 set pakaian
Selain daripada itu,eloklah kita sediakan dalam kereta in case of emergency  blanket, emergency glow stick dan multi purpose knife untuk kegunaan masa terdesak . We never know rite.

Apa pun, kita kena bersedia setiap masa. Semalam tengok kejadian tanah mendap di Serdang and kejadian banjir besar December lepas tu betul-betul rasa terkesan. Truth to be told, aku sendiri pun banyak lagi tak bersedia kalau diuji dengan keadaan-keadaan getir macam ni. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT 





SHARE 3 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS