Tajuk tak boleh blah langsung kan

Acah2 mee kari sedap la sangat kan.. tapi ehh memang sedap pun laki cakap…hahhaha… so maksudnya sedapnl tu kan sebab laki den ni punya tekak the pun another level gak tu 😅😅😅

Actually nak buat mee kari tu senang ja..cuma malas aku part nak kena celur jap sawi la potong segala mak nenek condiments tu la…nyampehhh makkk




Ya nak buat tu memang senang ja cuma aku ja malas…malas nak duk dapoq lama2


Aaa jom lah kita tengok bahan-bahan yang aku guna ya and cara aku ya.

Bahan-bahan:

(Kuah kari)
Lengkuas sebesar ibu jari*
2 biju Bawang besar*
5 ulas bawang putih*
6 sudu besar serbuk kari daging
Kaki ayam yang dipotong kukunya(jangan la tak buang pulak euwww)
Ayam yang dipotong kecil
Fish ball dipotong dua
Fish cake dipotong nipis
Tauhu kering dipotong tengah/dua
Setengah kotak kecil santan
Garam 
2 ketul Kiub ayam
Sedikit kerisik
Minyak untuk menumis
Air bancuhan asam jawa




Condiments/Mee;

Mee (of course la watak utama kan)
Sawi dicelur (potong bahagian daun dan batang)
Tomato
Kacang panjang dicelur
Cabai melaka
Cabai besar
Daun bawang
Limau kasturi
Taugeh
Telur rebus



Cara-caranya (Kuah):

1. Blend bahan-bahan yang bertanda * .( Untuk kuah ni aku masak dalam Philip pressure cooker sebab nak bagi kaki ayam tu cepat lembut.)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang diblend tadi. Then masukkan rempah kari dan kacau sebati dan masukkan air bancuhan asam jawa. Untuk pressure cooker ni aku pilih mode utk Chicken (15minit macam tu). 
3. Aku terus masukkan kerisik ,santan, kiub ayam sekali dan kaki ayam dan isi ayam. Lepas 15 minit dan pressure semua release baru aku masukkan garam dan segala fish ball,fish cake dan tauhu kering ke dalam kuah.
4. Time ni boleh rasa kalau ada kurang rasa boleh la tmabh garam ka kiub ayam ka kan.
5. Dah siap…boleh la ceduk dan masukkan dalam mangkuk untuk dihidangkan lawa-lawa.

Mak aku cakap nak makan kena la hidang lawa-lawa sebab kita nak la orang yang kita jamu tu nampak everything is neat and proper aaa gituhhh…


Hidang macam ni senang nak amik. Sapa nak taugeh lebih boleh buh sendiri..sapa xnak sayur duk situ diam2 …air sirap jangan dilupakan


Ni mama punya ..meriah dengan sayoq 🤭


Memasing pulun macam xdak hari and menambah2.. oh sambal tu tambahan ja..taknak letak sudehhh..biasa mee kari chinese diorang suka ada sambal ni..aku sebab memang ada stock ibu sambal dalam peti sejuk kan..so aku letak ja lah

So memang la puas hati masak sendiri ni sebab boleh pilih nak letak sayur banyak-bayak..pishh bolll banyak2 ka kaki ayam banyak ka..sukaati ko laaa sebab kita buat dia…lepas tu makan tak ingat dunia and tersandaq kekenyangan

Senang ja kan buat dia…kita buat dia!














SHARE 4 comments

Add your comment

  1. fuhhhh bahan dia kemain penuh pinggan! Sama la kita menyampah tang nak potong bahan lain tu la, takat nak masak kari dengan celoq mi tu apalah sangat haha

    ReplyDelete
  2. dapnyaaaa. fuhhh kuah dia nmpak pekat!

    ReplyDelete
  3. Kuah pekat tu yg best.. makan bertambah2

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS