Alhamdulillah. Dah dapat dos pertama Astra Zaneca. Setakat ni rasa penat and lenguh badan sikit. Yang paling terasa cepat lapaq. Ni dah 3x makan berat-berat. Apooooo 🤣🤣🤣
So sebelum pi ke pusat PPV tu... Hampa kena la prepare apa yang patut ya. Aku masa sebelum pi tadi tiba-tiba kena migraine... Berdenyut-denyut pulak sebelah kepala aku ni... Dah tak pasal-pasal kena telan actifast dulu nak bagi reda... Ada la 3 kot sebelum kena vaksin tadi. Ada orang kata jangan makan any panadol before kena vaksin.. Tapi dalam kes aku ni nak buek camno kan.. Terpaksa gitu haa...
Antara persediaan nak amik vaksin ni korang kena la prepare jugak mental korang ya. Ya lah... Macam-macam kan benda duk lalu lalang dekat timelines Facebook la instagram la.. Macam-macam jelmaaan pakcik makcik cengkih menjelma time-time ni. Yas kita paham masing-masing ada hak masing-masing. Tapi aku percaya sebagai orang Islam aku kena buat fardhu kifayah ni untuk kemaslahatan ummah dekat sini untuk membentuk herd immunity, untuk anak-anak kita yang masih belum boleh divaksin.
Dan ni tanggungjawab dan amanah untuk aku divaksin. Kesian tengok frontliners wei dah burnt out tapi kita dekat sini sedap-sedap membawang jadi pakcik makcik cengkih. Ya wak kita ni buta perut tak tau Freemason tu apa wak.. Kita tau Mason Jar ja haaa...
Ok la da melalut pulak nak cita kan... Selain dari mental.. Fizikal pun haruslah sihat masa nak terima vaksin ni. Kalau masa hari nak terima vaksin tu demam ka apa ka.. Rasanya boleh cancel untuk terima vaksin hari tu.. Nanti MySejahtera akan atur date baru. Tapi takut lamberttt la pulak kan nak tunggu balik.
Untuk yang lain-lain pemakaian baju untuk kaum wanita Muslimah ni kena amik tau gak apa yang sesuai apa yang tak. Ya lah.. Kalau kau pakai coverall or jenis baju yang ketat dekat lengan korang tu nanti payah la nak cucuk kan... Dah takkan nak bukak baju pulak kot. Bare in mind sesetengah bilik vaksinasi tu mungkin dikongsi untuk 2 orang dalam satu-satu masa. So yo play safe,pakai la tshirt lengan pendek dan cardigan. Bukak lengan cardigan sebelah ja boleh terus selak tshirt untuk cucuk. Setel!
Selain daripada tu.. Jangan lupa.. Ic kena sentiasa ada dekat tangan.. So bawak lah sling bag yang memudahkan. Tak payah la bawak beg2 besar yang dalam dia macam dunia khayalan yang ada macam-macam tu kan...
And please... Sila lah bawak pen korang sendiri ya. Sebab nanti akan kena isi borang bla bla bla.
Tu ja lah setakat ni aku rasa yang penting untuk orang2 yang nak divaksin ni kena alert.
Kepada yang belum dapat tu... Aku harap korang pun akan dapat as soon as possible. Kita nak cepat-cepat bentuk herd immunity kan. Kesian dekat anak2 kita tu. Kepada makcik n pakcik cengkih..stop la sebarkan dakyah-dakyah yang tak betul ni. Seriously hampa ni tak kesian ka tengok angka kematian makin meningkat.. Frontliners burn out semua tu? 😢
samalah tarikh kita, Kajang ramai dapat Sinovac, hehe esok2 ni boleh kot cakap mandarin dah haha. BTW, ada gak jiran sini tak mohon vaksin, siap bgtau pd anak2 kami. nt dalam masa 40 hari mak bapa kau akan mati. Erm, ajal maut tu di tgn Allah, kalau yg bervaksin mati cpt. Abeh ko yang tak vaksin tu boleh hidup 200 thn ke apooo? hihi angin lak kita
ReplyDeleteAlhamdulillah kak lia dah dapat vaksin :)
ReplyDeletetahniah dah dapat vaksin
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt vaksin. Masih menunggu
ReplyDelete