Ada sapa-sapa dekat sini pernah makan mee suah? To be honest... Aku baru first time makan masa dekat Uni dulu sebab main masak-masak dekat bilik guna rice cooker.. Ada roomate aku tak silap Cik Moon budak2 ni yang buat mee suah ni...
So hari tu dah lama jugak aku pi ke Tesco.. Nak beli meggi noodles yang kosong cap tesco tu.. Senang kan nak buat meggi goreng ka apa ka kan... So nampak la mee suah ni.. Ehhh dah lama ehhhh aku tak makan ko niiiiii... So apa lagi.. Angkutla sepeket..
Macam ni la rupa mee suah tu.... Nampak macam sikit mcm gini kannnn...
Tapi dapat haa semangkuk besar ni haaaa...
Nak buat dia pun macam biasa ja macam masak rencah mee goreng.. Bihun goreng jugak.. Cumanya yang ni kena rebus dulu dengan air panas and biarkan kembang then tosskan.
Tapi takpa.. Jom la aku share cara aku buat mee suah goreng ni... Sebab simple ja aku buat ni
Bahan-bahan :
1 peket Mee suah (anggaran untuk 4 orang makan)
3 ulas bawang putih dipotong melintang biasa(ikut suka la nak buat macam mana pun boleh)
Sedikit minyak
1 sudu makan paste cili
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sis tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
Ayam bahagian dada dipotong dadu
Sebiji caroot dipotong panjang macam mancis
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa kalau suka
Sedikit gula
Daun bawang
Cili besar
Bawang goreng
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan cili paste, sos cili, sos tiram, kicap manis dan minyak bijan.
2. Kacau-kacau kesemua sos tadi sehingga sebati dan masukkan ayam, kemudian carrot dan tambahkan air.
3. Kemudian masukkan mee suah yang telah direbus dan ditoskan sebelum ini ke dalam kuah tadi.
4. Kacau serata dan gaul sehingga mee suah tadi bersalut dengan kuah yang disediakan tadi.
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (kalau suka) mengikut taste kita sendiri.
6. Dah siap.. Boleh angkat dah letak dalam pinggan or mangkuk besar..then taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili besar.....
Sedap gila makan dengan sambal kicap.
Cubalah kome makan mee suah ni.. Bila goreng memang orang ingat bihun... Sebab laki aku kata sedap bihun u buat ni. Hahhahaha
Rasa menyesal pulak beli 1 peket ja.. Patut beli 3 or 4 peket utk spare.. Kalau xlalu nak makan nasi.. Buat ni ja pun da sedap... Buat sup pun sedap mee suah ni... Buat ala2 sup mcm Chinese duk buat tu.. Letak dumpling.. Ngam2 soiiii
Ok la... Nak keluar beli nasi kandaq sat... Malas masak hari ni 😂😂😂
Boleh try ni waktu lockdown skrg ni
ReplyDeleteYasss.. Sila cuba... Sedappp wooo
DeleteTak silap khai penah makan dekat ayam shihlin tu. Tapi tekak tak leh masuk sebab dia buat sup haha overthinking pula. Sebenarnya kalau buat goreng sedap je
ReplyDeleteYa betul.. Kt situ depa buat sup kan.... Tpi akak xpernah try😜
Deletemee suah ni sedap lembut je,, tak pernah lagi goreng camni, nanti try beli boleh cuba
ReplyDeleteYa betul lembut..sedap ja... Xmuak mcm meggi sbb dia halus2 kan
Deletemacam sedap je... tapi kan.. dulu pernah makan mee suah sup..kali pertama makan... masa tu menyusu baby.. time lunch keluar mkn order ni.. kawan cakap mee ni byk kan susu... tau x sebelum keluar dr cafe basah baju.. kenangan betul..
ReplyDeleteWah ya ka... Baru tau... Nnt kalau ada baby lagi boleh la jadi milkbooster kan
Deleteoo tak pernah makan lagi mee suah ni..boleh try nanti..thanks sharing
ReplyDeleteTry2 jangan tak try... Best jugak mee suah ni... Dia mcm bihun tapi version bihun gandum
Deletetak pernah makan pulak mee suah ni. rasa dia sama ke dengan yee mee?
ReplyDeleteTak pernah cuba pun masak mee Suah ni dengar pun ni lah pertama kali kita dengar nama mee ni hehehehe.. Tengok bila dah masak tu sedap ya amat.... Boleh lah cuba lepas ni gantikan Bihun dan juga mee kuningkan hehehehehe nak ubah selera katanya..
ReplyDeleteWahhh interesting ya mee suah goreng! boleh try ni.. dulu makan mee suah time birthday celebration jer.. :P now boleh try ni pulak la...
ReplyDeletewow, this is the first time i am seeing mee suah being fried malay style! it looks so delicious and i cannot wait to try this!
ReplyDeleteKalau balik kampung kat Perak, memang dapat beli Mee Suah utk restock bahan dapur. Tapi dah takleh merentas ni. Dah lama juga tak beli. Akak buat mike rinduuuuuuu mee suah.
ReplyDelete