Homemade Sandwich

in , by Alia Farhan, 2:48 AM

Kat rumah ni buat sandwich macam ni laju skit habis. 


Sandwich teloq for d kids. No lettuce la kan... 


Ni special skit sebab grill chicken.. Leftover chicken yang ayamas punya... Ricik2 skit then letak sesame dressing kewpie... Lepas tu yang ni double cheese and torch kan skit dengan torch lighter tu... Yang ni tak potong 4 sebab laki cakap potong dua ja... 

Paling senang buat sandwich ni sebab kita  boleh letak apa yang kita nak.. Ikut apa yang kita suka mana. Lepas ni ingat nak try buat wanpaku sandwich pulak. Paling senang sekali buat sandwich teloq la... Rebus ja teloq dalam 4 biji macam tu... Then kupas hancurkan and masuk mayo and white pepper atau black pepper .. Mayo jangan berkira. Letak banyak lagi sedap... Another one yang aku suka sandwich crab mayo... Sedap gila okeh... 




Buat ja 2 layer... Guna 3 keping roti... Utk lapisan kedua tu boleh la letak cheese untuk bagi lagi umphh...then nk potong memang kena guna bread knife la kan.. Kalau tak.. Tak cantik and benyek sanwich kita.. Huduhhhhh pianggggg... 😂😂😂




Dah buat banyak2 macam ni letak ja dalam chiller.. Bangun pagi.. Da siap ada bfast... Kalau suami kelam kabut pun dah boleh letak dalam satu bekas asing... Untuk dia on the go makan dekat office. Dah senang hidup tak payah nak susah2 musim pandemik nak kena pi kedai beli makanan pulak. 

Seronok pulak lately ni buat sandwich dengan husband ikut tekak nak makan apa... Aku memang jenis kurang suka jenis2 french toast ka or jenis2 celup telur goreng th.. Sebab ntah rasa berminyak and aku kurang favor sangat the taste. That why aku lagi suka buat sandwich macam ni.. Sedap bila musim panas macam lani kan.. Makan sandwich sejuk2 dengan teh o ice... Da bommmm sangatttt.  

Huuu hari ni tak pekena lagi teh o ice... Nak kena pekena dulu candu.. Baru la segar.. Ye dokkk







SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Yeah.. Get idea.. Esok nak buat sandwich je lah untuk sarapan...

    ReplyDelete
  2. sama lah..kat rumah akak pun kalau buat sandwich laju je abis. roti pun tak membazir.

    ReplyDelete
  3. haiyo sedapnya wak. Kalao dekat nak order. hehe. Semalam teringin gak nak makan sandwich tp takdak bahan. Beli sebuku roti banyak tak makan2 akhirnya buat roti telur. Hehehe. Jadilahhhh.

    ReplyDelete
  4. Macam tau-tau jer ada stok roti dekat rumah nih... singgah sini waktu malam, hadoi terliur kita tengok memalam ni tau

    ReplyDelete
  5. sedapnya Alia buat sandwich.
    bagus juga idea Alia ni, buat mcm ni banyak2 letak dalam peti sejuk
    bila nak makan, just grab begitu saja.
    jimat masa.

    ReplyDelete
  6. So yummy kena lg waktu ptg mkn ni..buat2 byk2 me time bole mkn sorg2 hahaha..meriah susu bdn hihi..gud idea

    ReplyDelete
  7. mudah dan cepat kan...kalau saya ni, buat jer terus habis tak sempat disimpan hehe

    ReplyDelete
  8. inti telur hancur & mayo, feveret anak2 akak. laju aje makannya.
    nowadays, sandwich pun ramai da buat jual tapi inti amat premium.
    pelbagai, kan. akak suka la beli. later tiru and buat sendiri, alia.
    muai skit anak-anak makan :)

    ReplyDelete
  9. Jap. Kalau nak potong, kita potong roti dulu, atau lepas letak bahan2 baru potong. Selalunya memang Syu buay jadi huduh sepang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak bahan2 dlu.. Kena pakai pisau utk roti baru boleh.. Yg mata dia mcm gergaji tu.. Pastu nak potong pun kena buat ala2 gergaji tolak ke depan ke belakang😉

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS