Ada yang suka makan dumpling tak dekat sini? Kalau korea diorang panggil mandu..kalau japan panggil gyoza.. Aku memang suka sangat makan dumpling ni...kalau makan dekat kedau 3 ketul dah berapa dah... Kalau beli yang frozen pun.. Mahal jugakkk... Hahhahaha...



Nak puas. Memang buat sendiri la cerita dia. Boleh buat banyakkkk siap pakej boleh frozenkan lagi....

Aku suka buat guna isi udang and isi ayam. sedap betul rasa dia...jom tengok bahan-bahan dia... 

Bahan-bahan:


Isi ayam yang dicincang

Isi udang yang dicincang

Daun bawang dicincang halus

1 biji telur

3 ulas bawang putih dicincang

1 sudu tepung jagung

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Sedikit minyak bijan

Kulit wantan




Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas shingga serata. 

2. Basahkan si sepanjang hujung kulit wantan, letakkan isi di tengah-tengah kulit wantan jangan letak terlampau banyak... Takut nanti pecah terburai pulak. 

3. Kelim kulit wantan kemas-kemas supaya tak dumpling kita tak terburai. Boleh refer utube untum tengok cara kelim dumpling.. Senang ja. 

4. Repeat la proses 2 dan 3 di atas sampai la isi dumpling semua habis. 

5. Untuk masak dumpling, panaskan sedikit minyak dan masukkan dumpling.. Letak bontot dia dekat bawah and masukkan air sedikit. Kemudian tutup pan dengan penutup dan biarkan dumpling kita masak. 

6. Selepas 5 minit, boleh la angkat dumpling tu and sejukkan. Kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak makan dengan sup pun best gilaaa... 


Tadaaaa.. Siap 35 ketul semuanya... 


Makan dengan suhun sup... 


Letak chilies oil pulak.... Sedapnyaaa 


Ni buat simpan stock frozen untuk kecemasan nanti... 

Selamat mencuba korang.... 
Kalau beli 8 ketul yang frozen tak silap aku harga dia rm8-10 jugak..ikut tempat... Menda boleh jimat.. Kita buat la sendiri sekali sekala kan... 












SHARE 10 comments

Add your comment

  1. sedapnya... xde idea nk mask apa bgs gk ni dumpling

    ReplyDelete
  2. sedapnya..suka makan tapi xpndai nak buat. nanti boleh la try buat sendiri

    ReplyDelete
  3. memang mahal beli dumpling ni huhu. Buat sendiri lebih jimatkan

    ReplyDelete
  4. pandainye sis bt dumpling sendiri...rajin ye masak2..ehehe

    ReplyDelete
  5. akak pernah buat 2-3 kali. akak guna isi ayam aje, alia. sebab laki bini elergi udang.
    with udang, inti nyer sure lagi sedap.
    aduhai. ni yg nak buat sekali lagi ni. nak kena korek freezer, ada tak lebih kulit wantan. mcm da abis.
    buat sendiri ni lebih muai kita makan ramai2. seronok pun seronok time membuatnya tu kan.
    Ijat memang suka la join. akak ajak je dia join buat wantan tu.
    just yg dia da gomol-gomol tu akak tak amik la :) ha ha ha ha geli dik oii! comot! ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  6. Tengok gamba pun tau sedap.. Nanti bebila nak cuba. TQ share resepinya.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, lama pulak rasa tak makan dumpling sejak pandemik..kalau tak slalu beli sebab tak mahir buat. Pasni boleh try buat sendiri jela.

    ReplyDelete
  8. Sedapnye Alia, hadoii lama tak buat dumpling, dahlah sejenis pantang tengok makanan mudah teringin... buat dengan sup makan dengan cili kicap paduuuu kan!

    ReplyDelete
  9. Pebret kita tapi xpandai buat😂.Nasib baik ada yang dah jual frozen..Tapi sesekali ada jugak rasa nak buat sendiri

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Dapat makan dengan wantan mee kicap lagi syok nih..

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS