Assalamualaikum....

Kali ni nak sharing pasal kongsi rezeki ni... Kongsi rezeki tak semestinya konsep dia kita sedekahkan duit dekat orang semata-mata.

Kongsi rezeki sekarang ni korang boleh buat macam-macam. Sama ada korang share post promote jualan small business owners ka... Support kawan-kawan meniaga ka dalam masa sekarang yang kita semua tau.. Banyak orang tengah struggle kan...

Aku ni ada satu perangai kalau aku masak.. Aku memang tend untuk masak dalam kuantiti yang banyak. Kalau aku tak plan nak frozenkan benda tu.. Aku akan hantar dekat jiran sebelah. Ya lah.. Kadang-kadang tu buat bihun tu kadang-kadang berlebih-lebih. So sebelum nak makan tu.. Letak satu portion untuk jiran sebelah.

Ni macam sekarang malas gila nak masak.. Aku order ja dekat orang-orang yang buat food delivery. Dari situ pun da kira kongsi rezeki dengan orang lain kan.







Ni hari minggu lepas aku memang malas gila nak masak... So aku order ja dekat 34 Bishop... Aku pernah review cafe ni. Memang aku suka gila makanan dekat 34 Bishop ni... Hampa kalau suka makanan Western.. Aku rekemen order la kt depa... Chicken Chop Honey Stung depa another level of chicken chop... Memang not your average chicken chop la... 

And semalam pun aku malas gila nak masak.. Hahahha.. So aku order ja malam sebelum tu Nasi Kenduri Padu dari fb Shikin.. Memang nampak mengiurkan... Thanks to kawan fb aku wani yang rekemen Nasi Kenduri Padu ni.. Hilang rasa rindu nak makan nasi kenduri woiiii... Nasi Kenduri dia pun serius memang padu gila woiiii 😘😘😘

Memang padu nasi kenduri depa wei.. Aku amik 3 lauk yang berlainan.. Kurma kambing.. Ayam masak merah n daging pakistan apa ntah nama dia... Memang terbaik sungguh rasa dia.. Siap dapat ayaq sirap lagi... Menyesal pulak order 3 bungkus ja.. In Sha Allah next time akan repeat balik... 







Lepas ni boleh try yang ayam sos chiang mai tu pulak.... 

Hampa yang dekat Penang tu kalau rasa malas nak masak and rindu nak makan Nasi Kenduri Padu.... Jangan lupa click sini untuk order ya... 


Ni food yang aku rekemen sebab sedap dan berbaloi la dengan harga dia... It's not a sponsored post pun.. Aku beli guna duit aku sendiri...so this is one of the way #supportlocalbusiness nad kongsi rezeki with the others. 

For those small business owner yang nak aku tolong share hampa punya business kindly email me at : aliafarhansaid@gmail.com 













SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Menariknya set nasi dengan pelbagai pilihan lauk-pauk. Harganya pun sangat berpautan.

    ReplyDelete
  2. murah gila dia punya harga... boleh tryyy la

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS