Hari tu ada up and puji diri sendiri buat nasi kari sedap dari Nasi beriyani hameediyah.. Matilamaknakkkk puji diri sendiri oiii... Tapi serius la kalau hampa rasa teringin nak makan nasi beriyani ka apa ka.. Apa kata hampa try la buat nasi kari hampa sendiri... Bahan2 pun dah tentu ada kat rumah.. Tak payah nak beli rempah kari bagai wei... Dan yang pasti sedap gilaaaaaa... Hahahhahah


Sebab ramai duk suruh aku up resipi ni.. Maka aku up la satu kali dekat sini ya.... 



Sedapppp kannnnnn nampakkkk diaaaa. Hahhahahah

Aaaa jom lah kita tengok bahan-bahan yang kita perlukan... 


Bahan-bahan :

1. Rempah Kari Daging Adni (rempah dia piauuuu elokkkk)

2.  2 pot beras basmathi (nak pakai beras biasa pun ok)

3. Rempah 3 serangkai untuk menumis

4. 2 tangkai daun kari

5. 1 biji Bawang besar dipotong

6. 3 ulas Bawang putih dipotong

7. Minyak untuk menumis

8. Telur rebus / ayam /daging lembu /daging kambing.

9. 1 biji tomato dipotong

10. Daun pudina(ada boleh letak bagi wangi.. Xdak tak payah) 

11. Garam

12. Maggi cukup rasa


Cara-caranya:

Guna rice cooker /periuk nasi biasa




1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, rempah 3 serangkai dan daun kari. 

2. Bila dah naik bau.. Masukkan rempah kari.. Kacau2 dalam minyak tu and tambah air.... 

3. Bila dah nampak pekat masukkan sedikit air... Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... Kalau nak masukkan ayam, boleh masukkan ayam dan masak ayam separa masak... Jangan lupa tambah air...and bagi air kering skit baru masukkan beras... Tomato.. Daun pudina dan telur rebus and biarkan beras masak. Sukatan kena ikut jenis beras yang kita pakai. 

Aku guna cast iron pot ja... So memang kejap ja nasi dah masak and cantik kejadian dia... 


Masak guna Philip Pressure cooker


1. Untuk Philip Pressure Cooker... Macam biasa la kalau nak buat nasi yang berperasa dalam ni... Panaskan minyak.. Tumis la follow la step yang sama dengan kat atas tadi tu. 
2. Aku suggest kalau nak buat yang guna daging lembu or daging kambing ni elok la guna pressure cooker sebab jimat masa hampa... Mula2 aku masak dulu kambing tu.. Set dekat mutton, pastu keep pressure time dia tu kepada 20 minutes... 
3. Lepas 20 minutes + mcm tu aku release pressure dia.. And then bukak tengok kari kambing aku tu... Perasakan apa yang patut... 
4. Lepas tu aku masukkan la beras aku... And set pulak dekat rice... Dalam 14 minutes + mcm tu ready la nasi kari kambing aku tu. 


Cantik kan kejadian nasi dia tu.. Nak lawo panjang2 tu sila lah pakai basmathi ya... In Sha Allah lawo la kejadian dia... 


Ni yang aku buat Ahad hari tu. Makan dengan kurma kambing and salad ja.. Ya Rabbi sedap nak matiiiii okehhh... 


Sumpah aku yang terliur sekarang ni... 
Okla hampa.. Selamat mencuba yaaaaaa.... 












SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Waduh sedap bangat ni.. mudah je ye resepinya, kalau rajin mood nak cuba gak laa.. tapi i takde piuk love hahahaha

    ReplyDelete
  2. thank you sharing resepi!!!!! sedap ni

    ReplyDelete
  3. perghh sedap juga. boleh cuba ni. nice sharing :)

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS