Wajib merancang dan menghadkan jumlah anak jika:
1. Anda tak mampu nak sediakan bilik yg cukup dan selesa untuk anak². mengasingkan anak² lelaki dan perempuan.
2. Anda tak mampu nak beli pakaian yang elok² untuk anak² anda.
3. Anda tak mampu beli makanan yang berkhasiat dan elok² untuk anak² anda. (real food)
4. Duit bersalin isteri pun tak mampu nak bayar. Tiada kenderaan yang selesa dan selamat untuk bawa semua anak.
5. Kerja anda main Game siang malam pagi petang
6. Anda tak boleh nak redhakan emosi anak anda yang paling kecik untuk terima adik baru. Semua bini buat, laki buat donno, menangislah anak itu minta didukung dan anda tak mampu nak dukung sebab berpantang dan dilarang oleh orang tua.
7. Anda tak mampu beri pendidikan terbaik untuk anak². Anak² minta beli pencel colour 26 batang pun tak mampu. Nak kertas warna pun tak mampu.
8. Hari-hari gaduh laki bini pasal duit
9. Kerap sangat pinjam duit mak bapak/mertua/adik beradik/kawan² sampai org dah nampak true color laki bini
10. Emosi ke laut, asyik.jadi rimau je dengan anak² 😂
11. Hubungan dengan Tuhan berantakan
Hak merancang dan menghad bilangan anak adalah HAK ISTERI. Ustaz pernah pesan, tak perlu minta izin suami pun kalau suami memang sejenis tak membantu dan selfish, sampai biarkan bini pregnant setahun 2x sebab isteri yang membawa perut ke sana ke mari, pertaruhkan nyawa, risiko mati, tumpah darah dan banyak lagi.
Belum masuk bab menyusukan, bab penjagaan pantang, emosi dan financial. Bagilah mereka berehat selama yang mereka mahu sehingga mereka bersedia. Suami perlu dimaklumkan dan tolong bersetuju. Positif dan empati.
Lahirkanlah anak² yang berkualiti. Bukan semata² bangga dengan kuantiti tapi anak lepas kat mak bapa dan mertua suruh jaga. Jangan kerana anak ramai berderet, menyebabkan depress. Anak² jadi mangsa marah² hingga tercalar emosinya kerana anak tu tak minta lahir ke dunia. Anda dah buat tolonglah jaga amanah tu sebaiknya!
Siapa yang penyabar dan mampu untuk menyediakan kelengkapan di atas, teruskanlah punya anak² yang ramai. Kepada yang tidak mampu, janganlah membawang mereka. Keluarga mereka, hak mereka. Tak perlu campurtangan hal keluarga mereka. Rancanglah jumlah keluarga masing². Jangan sibuk plankan keluarga orang lain.m
Ingat, anak-anak bukan semata-mata rezeki tetapi AMANAH. Rezeki pun bukan turun dari langit terus tetapi perlu dicari, di ikhtiar. Stop serahkan semua konon ketentuan tetapi tak ada usaha untuk perbaiki kualiti dan ekonomi hidup.
Sumber: Nurul Fitriah
good sharing ni .. sblm nak tambah2 apa2... fikir la dulu
ReplyDelete