Baked Chilies Chicken & Garlic

in , , by Alia Farhan, 12:31 AM

 


Nyummehhhh 

Nak buat dia pun senang ja..aku letak dalam oven ja…
Ni pun buat masa balik my hometown hari tu untuk makan ramai-ramai

Unplanned Trip to Perak-Lumut& Teluk Intan

by Alia Farhan, 10:42 AM

Bulan 11 hari tu kami buat unplanned trip ke Perak. Hari Khamis ajak suami jalan-jalan weekend tu sebab kami semua macam da tepu tak ke mana-mana sebab suami asyik busy dengan project nya. Khamis tu masih taktau nak ke mana..hari jumaat kami decide untuk stay di Lumut.. 

Dah lama tak ke Lumut , tak ingat last bila ke sana. Yang pasti lama la jugak kan. So unplanned trip ni trip yg santai2 ja bawak kereta pun santai2 ja..yalah ikut jalan lama kan dari Changkat Jering sampai  ke Manjong and Lumut.


Tajuk tak boleh blah langsung kan

Acah2 mee kari sedap la sangat kan.. tapi ehh memang sedap pun laki cakap…hahhaha… so maksudnya sedapnl tu kan sebab laki den ni punya tekak the pun another level gak tu 😅😅😅

Actually nak buat mee kari tu senang ja..cuma malas aku part nak kena celur jap sawi la potong segala mak nenek condiments tu la…nyampehhh makkk

KinKin Changloon Masakan Siam Sedap

in , by Alia Farhan, 6:39 PM

 Hi hampa semua…

Lamanya aku tak update blog kan…

Huhuhu teruknya lahaiiiii

Tapi xpa kali ni nak cerita pasal port makan makanan Siam yang best dekat Changloon. Dia macam bukan kedai makan Siam yang biasa tu tau tapi kat sini almost jual makanan2 fames dekat Siam sana nun macam daging bakaq…mee celop…kengsom and macam2 lagi

Kenapa Kena Pilih Telco Yoodo

in , by Alia Farhan, 9:52 AM



 Ada yang tengah cara mobile coverage yang affordable n berbaloi tak? Korang pernah dengae pasal Yoodo tak?! Kalau nak tau Yoodo ni salah satu service provider untuk telekomunikasi macam Celcom semua tu jugak la. 

Setiap orang pun cara komunikasi and penggunaan data dia pun tak sama kan…so apa yang menariknya dengan Yoodo ni kita boleh mix n match kan ikut jenis penggunaan kita.

Homecook Western Food

by Alia Farhan, 9:14 AM

 Kadang-kadang malas nak masak tapi paksa diri juga untuk masal sebab nanti kang larat la nak makan luar ja..dah la sekarang ni semua benda mahal gila. Ntah la rasa tak sampai hati nak ajak laki makan dekat luar selalu sangat kan. Sekali makan tu kalau busuk-busuk memang habis la RM50..Tu kalau kedai biasa kan .. kalau Western tak kurang la RM100 kalau kedai yang cafe2 n cosy ni kan…

 Assalamualaikum 


Dah lama tak berupdate blog ni . Dah bersawang dah . Ntah apa yang busy sangat pun tak tau lah kan.  Biasa la mood up and down tu mesti ada punya dalam hidup ini. Tapi kena segera kembali ke daratan and jangan ke laut sangat.

Tapi takpa la since dah lama tak ber update blog ni aku nak cerita pasal double chin ni.. Ya lah makin me jadi 2 pulak double chin ni sebab bila usia makin kertu ni makin sagging la kan kulit2 tu... Bahagian yang akan nampak ketara adalah bahagian bawah dagu dengan bawah mata... Fuhhh tak suka betul kalau dari sisi tepu tu nampak double chin!!! Adeh sakit hati tengok nya ok... 

Birthday Treat

by Alia Farhan, 7:02 AM

 Assalamualaikum…

It’s been along tak update blog…busy apa pun tak tau lah kan..benci betul dengan diri sendiri sbb lemahhhhhh nak update blog ni selalu. Lemahhhhhh 🤪🤪🤪

But since November is a special month for me sebab 28th November semalam la birthday my second precious thing in the world..baby boo Aishah Arissa ..she is now 5 years old.


My Ecah pot2
Time ni sedap ja nak uli2 n gomoi-gomoi☺️☺️☺️

Resipi Ayam Negro

in , , by Alia Farhan, 3:07 AM

 


Ayam negro nama di beri negro


Assalamualaikum.. Lama dah tak share resipi kan kat blog ni.. Rindu pulak nak masak2 semua tapi tu lah haiii malasnya. 
Tapi bila buat menu macam ayam negro ni sedap ja. Menu ringkas tapi semua orang suka... 

 Holaaa... Dah lama duk delay nak cerita pasal satu port Halal Chinese Food/ Dimsum dekat Penang ni. Paling best sebab dekat gia dengan rumah aku... Hahhahah.. Kentut pun dengaqqqq 😝😝😝

Of course la tujuan utama ke sini untuk menikmati Dimsum/dumpling dia kan, lepas tu shrimp chee cheong fun dia pun harus lah kena cuba kannnn

Hai semua… 


Kali ni aku nak kongsikan sebuah kisah kejayaan seorang ibu kepada 5 orang anak yang berjaya buat hasil jualan lebih RM9 juta tanpa perlu jadi founder produk. 


Aku harap kisah kejayaan ini boleh berikan sumber inspirasi kepada korang yang tercari-cari peluang untuk ubah hidup. Lagi2 pada waktu Covid-19 ni. Ramai yang hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan macam2 lagi la.

 Sebut Hard Rock Hotel semua orang tau kan.. Ada 2ja pun kat Malaysia ni.. Satu dekat Penang.. Satu lagi yang dekat Desaru Johor tu.



Ni adalah 2nd time aku stay dekat Hard Rock Hotel ni. Dulu 1st time masa honeymoon, so this around anak 2 baru la mai stay sini. Hahahahahha

Homemade Wetfood Untuk Kucing

by Alia Farhan, 11:45 PM

 Assalamualaikum

Ada yang bela Kucing dekat sini? Aku actually ni first time la bela Kucing. Memang suka meow2 ni tapi xpernah bela sebab aku xreti.



Amik dulu konet ja... Sekarang da panjang dah... 


Tapi tu la jodoh kan dengan Ivy ni sebab dia datang mnyendeng2 kat aku masa kat Garden bawah tu. Allah hantar Ivy ni utk kita orang jaga dia. Ajar erti kesabaran dalam bela Kucing uiiii... Memang bukan senang nak bela Kucing ni ya. Macam bela anak kecik jugak la cita dia bila bela cat ni.



Assalamualaikum

Sihat ke tu? Dah setel balik kampung ke tu? Aku jugak tak balik-balik lagi kampung yang tak kampung tu sebab mak aku tak balik-balik lagi ke Semenanjung ni haaa... Huhuhu.. Sadis nauuuu....

Tapi takpa... Jangan lah bermuram durja. Marilah kita ke tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia ni. So Sabtu kelmarin aku n family adik ipaq aku kami telah last minutes plan ke Taiping. Biasa kami ni memang jenis otak seminit ja... Baju sentiasa kena standby dalam boot kereta.. Takut kang ada la tiba2 nk check in ke mana2 last minutes. 🤭🤭🤭

 Assalamualaikum semua. Korang da start balik kampung or cuti-cuti Malaysia ke?


Aku so far masih setia di Penang sebab husband sibuk skit. Kejar dateline kerja kan. Mak aku pulak stil dekat Tawau so for the time being nak balik kampung pun tak balik-balik lagi. Actually tak kampung la sangat sebab rumah taman kan... 😂😂😂

 Sebab ada yg tanya aku Hotel apa yg best dekat Penang ni.. Meh aku list kan berdasarkan pengalaman aku. List aku ni belah2 Tanjung Bungah- Batu Ferringhi lah ya... Tempat lain aku x syiok sgt.. So aku x la syorkan.. 


Tanjung Tokong /Tanjung Bungah


Sentral Seaview Hotel



 Alhamdulillah... Kerajaan dah umum kan pergerakan rentas antara negeri dah dibuka bermula hari ni kan. Aku pasti Penang akan kembali busy dengan kereta play luar. Hahahhaha....

Motel Makeover Exclusively on Netflix

by Alia Farhan, 1:05 AM



Siri make over baru dekat @netflix ni baru main ujung bulan lepas rasanya... Cerita pasal dua org BFF, April Brown and Sarah Sklash ni depa beli Motel lama dekat Sauble Beach, Canada and make over motel tu... Kiranya from zero to Hero la kan... 

 Hai semua....

Nak tanya. Ada tak kawan-kawan dekat sini rambut banyak gugur, kering dan gatal-gatal kulit kepala? Biasanya ni adalah 3 masalah utama rambut kita kan. Lagi pulak kalau bertudung.. Terpekup jaaa kulit kepala tu.. Memang buat gatal-gatal and tak selesa kan.. Tapi lagi tak best bila tengok rambut pun gugur sekali.. Arghhh tension gila... Tak suka hokeyyyy

So baru-baru ni duk lalu lalang cerita pasal masalah rambut ni dekat time line fb semua... So aku ada la terbaca pasal satu product haircare ni... Nama dia Lavoo Hair Care. So aku pun mencuba la mana tau product ni sesuai dengan aku ka kan.... Lagipun product ni langkap dari shampoo, conditioner, mask treatment sampai ke tonic kot. Tak payah nak pikiaq beli asing-asing dah.


Yang di tunggu-tunggu dah sampai.. Yeayyyy 


STAY TECH & WELLNESS CONNECTED WITH THE LATEST ADDITIONS OF THE REALME AIOT FAMILY-realme TechLife expands its tech ecosystem with the launch of smart home appliances

PETALING JAYA, 7 October 2021 — realme Malaysia today launched its newest line of AIoT devices via livestream on realme Malaysia’s Facebook page. The Dare to Leap brand introduced a total of eight devices including smart home appliances that further diversified their range of AIoT products. realme Malaysia showcased the realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner, realme TechLife Air Purifier, realme TechLife Robot Vacuum, realme Hair Dryer, and realme Beard Trimmer Plus during its launch earlier. Malaysian fans were also introduced to three other smartphone and laptop accessories. 

 


StaySurance personal accident coverage is made available at no additional charge and includes daily hospital cash benefit of up to USD 100 per day in the event of a positive diagnosis for infectious diseases such as COVID-19

MALAYSIA, 22 September 2021 – The Shangri-La Group’s seven hotels in Malaysia are going the extra mile to provide staycation guests with added confidence now that intrastate tourism has resumed for states that have transitioned to phase 2 of the National Recovery Plan.

First Outing...

in , by Alia Farhan, 1:55 AM

 Rasa macam feel dia lain pulak bila dapat bawak anak-anak ke mall. Alhamdulillah rasa da macam dulu-dulu... Accept the crowd was less crowded. Mall yang kami pi pun tak ramai orang.. Alhamdulillah.

Kalau dulu pantang weekend ja asyik beria dah dekat dalam mall.. Habis satu mall tu kami tawaf... Hahahha... Hari Sabtu lepas masa ajak husband lepak-lepak.. Husband tanya nak ke Queensbay ka ke mana.. Cepat-cepat jawab nak ke Gurney. Sebab hari sebelumnya aku dengan husband dah ke Queensbay untuk groceries shopping... Hari Jumaat pun macam ramai orang dekat Gurney tu...

So to play safe ajak la dia ke belah-belah Gurney sana... Bila nak naik ke tempat parking tu nampak parking banyak kosong... Legaaaa aa tak ramai orang. Kalau sebelum Covid tu hmmm ja lah nak cari parking kalau weekend tu kan... But rezeki la tak ramai pun orang time tu. .... Syukur....


Awal-awal da janji nak belanja ice cream kan.. So kena la belanja kan... 

Cerita dia hari ni keluar groceries shopping dekat Queensbay dengan husband... So alang2 da keluar.. Tapau la lunch sekali kan... So plannya nak tapau Manhattan Fish Market. Last makan masa bukak puasa hari tu sebelum semua kena gari takleh balik beraya tu... Hahahah...

Tapi masa lalu nak ke Manhatan Queensbay tu akan lalu dulu The Little Nyonya tu. Aduh nampak gambar Udang Petai dia.. Mngundang betul lah... Sedapnya duk terbayang sambil-sambil tu jeles sebab tengok orang dine in.. Tapi xpa.. Tunggu sikit hari ja lagi suami aku dah kuning status vaccine nya boleh la bawak anak2 sekali dine in kan... Rumah dengan Queensbay pun xjauh mana kot....


 Assalamualaikum.... 


Dah lama tak update blog. Sebenarnya dua tiga menjak ni ada satu perasaan "down" bila tengok jumlah jangkitan Covid di Malaysia ni. Tambah lagi kadang-kadang lalu lalang cerita kematian orang-orang yang terdekat. Hati ni rasa pedih dan sedih. Susah nak gambar kan perasaan tu. Tapi Allah Maha Kuasa kan. He knows what the best for us

Dalam Islam pun ajar kita kepentingan menjaga nyawa kita. Salah satu Ikhtiar yang Allah bagi untuk kita adalah vaksinasi. Vaksinasi ni bukan cerita baru ya. Vaksin ni dah bermula dari zaman kerajaan Turki Uthmaniyah lagi. 


Islam dan Asal Usul Kaedah Vaksinisasi



Di Negara Barat pada ketika Wabak Smallpox sedang mengganas meragut nyawa, lain halnya dengan Dunia Islam dibawah kepimpinan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kaedah “Inoculation”, kata lain yang merujuk kepada kaedah Vaksinasi telah meluas digunakan dan dianggap sebagai satu tradisi turun temurun dimana setiap warga menormalisasikan kaedah tersebut untuk melawan jangkitan wabak pembunuh. Kaedah tersebut sangat popular samada di Palestin, mahupun di Afrika Utara yang telah menggunakan kaedah “Inoculation” sebelum tahun 1700 lagi, lama sebelum Negara Barat mengenali kaedah ini.

Sumber The Diagnosa

Selain dari Ikhtiar dengan vaksin, Allah pun dah cakap tidak ada penyakit yang tiada penawarnya.




TIDAK ADA PENYAKIT TIADA PENAWAR




WQS. Yunus Ayat 57

 

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ


57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.



QS. An-Nahl Ayat 69

 

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ


69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" 

(Riwayat Muslim dan Ahmad) 

Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.  

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga: 

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)” 

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 

Inilah patut dicari oleh manusia dengan anugerah mindanya kerana tak semestinya penawar itu diberikan secara bulat, nyata dan jelas macam tu sahaja. 

Bayangkan tumbuhan hutan semulajadi yang menjadi khazanah berharga dan hanya tumbuh di lantai hutan. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh dari titisan susu harimau? 

Di sini lah saintis berperanan mengaji dan menghasilkan ubat-ubatan mahupun supplement yang memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrakkan bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet.

Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.

Dalam berdepan dengan wabak Covid 19 ni, selain berikthiar dengan vaksin untuk mencapai imuniti berkelompok, aku juga mengambil makanan tambahan atau supplements yang kaya dengan Vitamin C untuk menyokong immune system badan aku ni. Latest ni aku mencuba Diffenz keluaran Eskayie™. Eskayvie Diffenz ni diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.





And untuk pengetahuan korang, Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Part ni kena pilih betul-betul ya.




Jom tengok apa yang Bestnya tentang Diffenz ni

Diffenz Membantu:

  • Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  • Meningkatkan Sistem Imun Badan
  • Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  • Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  • Menyokong Kesihatan Sendi
  • Menyihatkan Jantung
  • Memberikan Tenaga
  • Mengawal Gula di Dalam Darah
  • Mencantikan Kulit
  • Anti Kanser & Anti Virus











And 4 Kelebihan Diffenz adalah :


1. Kaya dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.


2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.


3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri,


4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.




Testimoni Pengguna Eskayvie







Bagaimana covid telah mengorbankan seorang insan yang bernama Ibu - Erin



 
 
Hakim yang telah pulih dari Covid


 


Bagi yang berminat nak mencuba supplement Eskayvie Diffenz ni... Boleh la Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Boleh juga hubungi 03-5511 1050 /60 19-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

 

Untuk info lanjut boleh layari:

 

Website: www.diffenz.com 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/ 

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita


 Assalamualaikum...

Sihat ke tu? Aku Alhamdulillah sejak2 dua menjak ni rasa happy la skit bila tengok angka2 jangkitan Covid 19 da nampak trend menurun.. Alhamdulillah rasa syukur sangat. Semoga Allah jaga kita semua kan.

Semalam ada la survey-survey 1 ekor ayam.. Mak2 boleh masak berapa kali. So macam-macam la jawapan yang aku dapat. Ada yang sekor ayam sekali makan... Ada yang sekor ayam dua kali makan... Ada yang boleh 4 kali makan... Wowwww sangat... Macam aku ni... Memang selalunya kalau nak masak ayam ni memang biasanya akan masak kalau potong 12 tu... 10 ketul tu buat masak untuk dua kali makan. Kadang-kadang kalau budak2 ni repeat makan nasi masa petang tu sebab lapar.. Ada chance malam tu ayam dah habis and kena goreng ikan untuk makan malam tu.

Tu baru dua orang anak makan lauk.. Fuhhhh... Memang boleh tahan la.. Lauk beli tu sat ja luak dalam peti sejuk tu. Ayam pulak sekarang ni makin mahal.. Ikan lagi la tak payah cakap.. Sama naik ja dengan harga daging 😂😂😂

Ok la... Dah habis bab tu... Aku nak share satu resipi yang best. Ayam Masak Chiangmai nama diberi.  Actually ni aku pernah makan masakan ni masa order food delivery yang buat Nasi Kenduri.. Lauk2 dia semua ala2 nasi kenduri. Salah satu menu dia Ayam Chiangmai ni lah... Sedap pulokkk rasa dia. Nak buat pun senang ja.. Tak susah mana pun... Tapi sedap! Tu yang penting!

 Ada kat sini penggemar laksa tak? Laksa ni kan sinonim la dengan masyarakat kita ni.. Ada macam-macam laksa kat Malaysia ni..Laksa Kedah Laksa Penang/Asam Laksa, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya, Laksa Ganu n macam-macam lagi. 

Kalau tanya aku terpaling favourite aku adalah laksa Sarawak dan laksa Siam. Yang lain tu makan ja.. Tapi takda lah macam craving selalu nak makan macam sesetengah orang tu kan... 

Kalau laksa Siam ni aku suka sebab laksa depa ni kita makan dengan macam-macam jenis ulam. And aku pulak kan sejenis hantu ulam... Memang onz sangat lah kan.... 

And kalau aku pi sana.. Especially kalau bawak mak aku.. Kami akan ke area Pak Bara/ Satun semua tu sebab mak aku dah boring nak layan Hatyai... Dia kata Hatyai bersepah2 dengan orang Malaysia lepas tu mahallllll.... Kalau kat Pak Bara ni best.. Makanan dia murah2 kalau nak compared dengan Hatyai... N mak aku pun paling enjoy kalau pi sini... Boleh la pelepas dia rindu nak bercakap dengan geng2 dia.. Meru Meru check auuuu😂😂😂

And lagi satu yang aku suka pasai Laksa Siam ni banyak dekat sana pakai laksa halus tu atau pakai bihun ja as laksa depa.. Aku kurenggg skit laksa2 yg guna laksa gemuk2 tu.. Ehhh orang Kedah kan suka makan bihun goreng kuah laksa 😂😂😂

 Assalamualaikum... 

It's a good day today. Senyummm ja sebab ya lah... Anak2 kan cuti pdpr... Dapat la mak nya ni relax sikit. Sebab kan cuti sekolah kita bagi la free pass untuk diorang bangun lewat skit. Sambil tu mak nya me time dekat dapur masak maggi goreng seafood,and makan sorang-sorang. 



To be honest, dulu masa kecik2 jarang makan dekat kedai... And tak tau pun ada menu maggi goreng /sup dekat kedai 😂😂😂Sebab mak aku ni jenis berjimat cermat amalan mulia... Dan dia sangat lah suka masak untuk kami adik beradik makan. Maggi ni jarang lah kan dapat makan. Ya lah... Taboo kan dari dulu maggi ni tak elok. Bila masuk SBP... Maggi ni pulak wajib ada untuk alas perut bila masa makan dekat DM tu lambat lagi.. Especially time hari cuti tu. Sebab tu la aku anti betul dengan maggi rendam ayaq panas ni. 😅😅😅.. Kalau nak...kena masak betol2.. Or tak pun makan maggi cup yang kecik tu. 

And ada satu time tu.. Aku pi ke rumah kawan aku masa weekn.. Time tu aku tak balik ke rumah.. Tapi aku ikut balik ke rumah kawan aku yang dekat la jugak dengan sekolah time tu. And kawan aku ada tapau maggi goreng & kuah untuk aku makan.. Mak aih.. Ada rupanya menu maggi goreng n kuah ni dekat kedai ya. Aku ingatkan tu menu2 budak hostel ja. Hahahha. Tapi sedap betol ingat-ingat balik time tu... Huhuhu... 

Untuk maggi goreng seafood aku ni... Aku buat pun simple ja... Xyah nak try hard buat yg payah2 pun... Yang penting rasa dia Onzzzz.. Meh aku share kan cara aku buat Maggi Goreng Seafood Simple tapi sedap cara aku... 

Bahan-bahan:

1 keping maggi kering direbpppus dan ditoss
1 biji telur
3 ekor udang
1 ekor sotong dipotong bulat 
2 biji bawang merah dipotong nipis 
3 ulas bawang putih dipotong nipis/diketuk
1 biji tomato
Sedikit carrot dipotong panjang 
Daun bawang dipotong panjang
Minyak secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan pecah kan telur ke dalam kuali. Biarkan telur masak sedikit kemudian kacau dan hancurkan telur yang digoreng tadi. Jangan hancurkan kecil sangat... Sebab kita nak texture telur goreng tu ya. Ketepikan telur goreng tadi ke sisi kuali. 
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali... Kalau minyak kurang boleh tambah sedikit minyak. Bila dah naik bau.. Masukkan carrot dan maggi yang di rebus tadi. 
3. Masukkan satu sudu ibu sambal, tomato, udang dan sotong ke dalam kuali dan kacau sehingga rata ke seluruh maggi tadi. 
4. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit perasan. Goreng dan kacau sehingga semua rasa sebati dan boleh lah masukkan daun bawang. Aku suka goreng kering2 and ada rasa char sikit... Baru best... Bila da nampak semua ok boleh la tutup api... 


Nampak tak texture telur tu... Haaa mcm gini baru la besttt hampaaa... Sedap sangattt... 



Lagi satu nak share...aku guna maggi kering yang banyak2 tu.. Beli cap Tesco ja.. Guna cap Tesco meggi kering ni best sebab megi dia halus ja tapi springy😜😜😜 kalau buat goreng best.. Buat steamboat pun best.. Rasa satu peket besar tu rm3+ something ja... Amik yg packaging hitam bukan yg clear tu.. Dia ada 2 jenis.. 1 yg rm2+.. Satu lagi yang ni...kalau tak percaya hampa try la beli yang cap Tesco/Lotus ni... Untuk Masak macam ni... Guna yang maggi kering kosong macam ni dah la.. Xpayah la beli maggi goreng yg packing ada perisa tu... Boleh jimat skit... Biasa la apa-apa kena berjimat kan... 












 Dek sebab rindu nak makan Siakap Tiga Rasa ni.. Maka kena la buat sendiri ja kat rumah.. Nak dine in tak boleh lagi.. Almaklumlah x fully vaccinated lagi...biasa ka geng2 #oxfordclan ni memang lain dari yang lain kan😂😂😂


Nak buat Siakap Tiga Rasa ni bukannya susah pun.. Balance kan rasa masam manis pedas tu jadi la 3 rasanya. 

The tak best part kalau aku adalah nak goreng siakap ni ja lah... Nak kena guna belanga besaq gila and kena guna minyak yang banyak untuk deep fried kan.. Kalau tak deep fried memang tak best la Siakap Tiga Rasa tu. 

Jom tengok cara aku buat Siakap Tiga Rasa... 

Bahan-bahan: 

Untuk Ikan

Seekor ikan siakap dicuci bersih
Tepung beras
Garam

Untuk kuah Tiga Rasa:

2 sudu makan ibu sambal
1 biji bawang besar saiz sederhana besar*
5 ulas bawang putih*
 3 biji Cabai melaka merah*
5 biji cabai melaka hijau*
Sos tiram
Air limau/cuka
Sos cili
1 biji tomato besar dipotong dadu
2 helai daun limau purut
Gula
Garam
Maggi cukup rasa /ajinomoto
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Untuk ikan

1. Masukkan minyak yang banyak ke dalam belanga/kuali yang besar untuk meggoreng ikan siakap. 
2. Lumurkan garam ke seluruh ikan siakap. Kemudian lumurkan tepung beras ke seluruh ikan siakap itu. 
3. Tunggu hingga minyak panas dan masukkan ikan siakap tadi ke dalam kuali. 
4. Goreng sehingga garing. Dah siap angkatkan dan letak ke dalam pinggan yang sesuai. 

Untuk kuah Tiga Rasa:

1. Blend/chop kering bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di-blend tadi bersama daun limau purut. 
3. Tumis hingga naik bau dan masukkan 2 sudu ibu sambal ke dalam kuali tadi. 
4. Kacau-kacau dan masukkan air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air limau ke dalam kuali tadi. Sambil-sambil tu selawat la kan bagi makanan lagi sedappp gituuu. 
5. Then masukkan la tomato yang dah dipotong dadu tadi and perasakan dengan garam, gula dan aji. Rasa kena bagi balance ya. 
6. Boleh pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung.. Tapi aku dah suka yang in between pekat and tak pekat sangat sebab aku nak benda ni berkuah kan.. So aku tak letak.. Sapa yang nak pekat2 tu boleh la tambah air tepung jagung skit. 

Dah siappppp... 


Menu simple ja.. Buat 2 lauk ja sebab malas... Jangan tanya kenapa malas.. Sebab memang malas lately ni.. Tapi teringin nak makan macam2... 


Now u see... 


Now u dont.... 
Ecah mintak lagi nak makan lauk ni.. Kesian dekat dia tadi tak puas agaknya sebab ikan ni laju gila habissss 😂😂😂


Esok kalau dia nak lagi.. Maka nya kena la mama ke market untuk membeli siakap lagi😂😂😂siannnn ehh anak mama sorang ni.. Tak puas makan sebab masing-masing macam pirahna serang ikan ni tadi 😅😅😅

Tak tau la kena serang sebab sedap ke.. Sebab semua rindu Siakap 3 Rasa dekat kedai tu.. Mama pun confuse.. Tapi ok la.. At least seronok masak bila semua serang macam  Pirahna kan... Nanti mama buat lagi lat Ecah ya. 

Kita yang tengok balik gambar ni pun rasa nak telan ailio ja😂😂😂











 Assalamualaikum...

Tengah tunggu makanan ni kat kedai.. boring pulak.. So sekali harung kita up satu entry dekat blog. Harap2 sempat la update satu entry sebelum makanan siap.



Rasa sebijik macam bubur ayam mekdi hampa oiii... 

Untuk bubur oat ni.. Aku guna yg rolled oats sebab kat rumah ada rolled oats ja hampa.. So kita guna la apa yang ada kan... Nak guna instant oats pun xdak masalah hampa... 


Tapi sebelum tu mai la kita habaq sikit oats ni bagus untuk kesihatan kita... Kat bawah ni ada kebaikkan oats untuk kita. 


Bagus kan oats  ni... 

Jom lah aku share macam mana aku buat bubur oats ayam ni... 

Bahan-bahan:

Oats
Ayam bahagian dada dipotong kecil-kecil
Halia dipotong panjang
Kiub ayam
Sedikit garam
Ikan bilis digoreng
Daun bawang
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang merah dipotong nipis
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Sedikit sesame oil

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan air dan kemudian masukkan oats dah ayam . 
3. Masak sehingga oats kembang.. Kalau guna rolled oats kena lama  sikit berbanding insatant oats tu ya... 
4. Bila dah nampak oats tu masak n kembang.. Masukkan kiub ayam.. Lada sulah dan sedikit garam. And juga lupa jugak sedikit sesame oil. 
5. Bila dah nampak semua sebati cantik ja... Boleh la rasa skit.. Kalau tak ckup rasa apa-apa boleh la tambah bagi berasa. 
6. Dah ok boleh la hidangkan... And  tabur la daun bawang and bilis goreng. 

Dahhhh siapppp... Boleh la makan dengan tanla rasa bersalah. Sedap pun sedap and cepat kenyang... Kenyang tu pun jenis kenyang yang lama bila makan oats ni....


Rasa macam bubur ayam McD sebiji.. Tapi yang ni guna rolled oats ja... 

So siapa-siapa yang tengah diet nak makan bubur ayam mekdi version sihat...boleh la buat ni 😜😜😜

Selamat mencuba










Bela Kucing La Pulak

by Alia Farhan, 6:35 PM

 Dah genap seminggu bela kitten... Ni pun sebab geram dia duk manja main-main dekat kaki masa pi jenguk kebun komuiniti kt bawah... Comel sangat. Geram ja tengok... Muka pulak macam cik rimau... Tapi manja meow meow 😂

Little i know how to take care of cat. Banyak benda kena belajar bila nak bela cat ni... Nasib dapat kitten yang cute dan masih senang dibentuk...

Nasib jugak ada kawan Cik Moon yang selalu bagi tips.. Siap bagi cage dengan litter bin lagi.. Maceh Cik Moon kiteeee...



Comey tak meow kita ni? Nama dia Ivy Si Anena bagi nama... Stray cat ja pun kita bela... Tapi jenis domestic long hair... Vet cakap maybe ada kacuk2 dengan parsi sebab tu bulu panjang2... Ada gak kata macam Maine Coon sebab telinga dia tu... Kita tak kenal sangat jenis-jenis kucin ni... And masa amik tu Ya Rabbi busuk.. Terus bagi mandi 😂😂😂 gamble saja


Ni da wangiiii... Tengok kemain la duk dengan Ecah... 


Ni pulak dengan Kak Nena... Comel ja dua2 ni... Kalau dengan Ecah tu dia jenis brutal sikit kesian la dekat Si Ivy tu.hhahahaha....kena buli ja... 


Kemain tau makanan... Aku syak kucin aku ni Kedah Long Hair... Sebab dia jenis kena makan wetfood gaul dengan nasi baru dia suka. Kalau kibbles tu hmmm je lah... Ehhh geram pulak aku ni haaaaa... Laki aku kata dasar perut orang Kedah... Nak kena mencekik nasi jugak macam mama hang baru nak jerap perut ya... Hahhahaha


Cage apaknya beli bukan main lagi kannnnn... 
Kelassss kau Ivyyyy.... 


Muka menyampah kena duduk dalam cage 
Macam Cik Rimau betoi 😅😅😅


Last sekali tidoq dalam buai... Alolo comelnya.... 

Actually bela kucing sebab kids dah lama minta kucing... And aku mula2 tak bagi pun bela sebab ya lah.. Aku bukan reti bela pun... Suka kucing tapi x reti bab2 nak bela ni.... Masa saja bawak naik ke atas tu sebab nak bagi diorg main ja.. Tak niat nak bela pun sebab lepas tu ingat nak letak balik dekat bawah... Tapi tu la.. Semua dah jatuh sayang dekat dia... Itu yang takleh jadi tu.. Dengan buat muka cute nya tu... Manja dia tu... Geram ja... And nasib baik lah Ivy ni jenis senang.. Nak berak dia auto tau kena pi kat pasir dia tu... Selamat la kitaorang semua... 

Ni next week nak kena pi vaksin dia... Minggu lepas jumpa vet dia ada kasi ubat cacing and ubat tambah selera and jugak ubat kurap.. Sebab ada la sikit kurap dekat telinga dia tu. Tak teruk sangat la untuk stray cat.. Ni nampak dah getting better sangat-sangat dah... 

Memang seronok tengok anak2 pun ada aktiviti lain dalam rumah. Main dengan cat diorang ni... Suka la dua2 orang tu sebab dah ada cat kan...ya lah musim2 Covid ni terperap ja dalam rumah pun kesian jugam kat depa dua... Boring ja muka masing2 tu.. Ada cat ni lain la sikit. 


Ni dah muka kakak kakak sangat dah.... Hilang dah muka omey omey dia tu. Bab bergaduh dengan orang bagi dekat dia. Perangaiiiiii pelik2 pun bagi dekat dia.. Anak number 2 la katakannnn.... 

Korang yang bela kucing tu... Macam mana ya nak buat bagi kucing kitaorang ni makan kibbles.. Pitam gak kalau nak ber wet food aja... Nasib la dah gaul2 dengan nasi. Kalau tak ka jenuh la nak angkut wetfood haa 😂😂😂




















© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS