Tanda-tanda Ovulasi

by Alia Farhan, 10:26 AM

Sebagai seorang perempuan, kita semestinya ada fasa-fasa perubahan pada badan kita yang kita sedar terutama yang berkisarkan tentang kitar haid /menstrual kita.

Kadang-kadang perubahan hormon di dalam badan kaum wanita ni menyebabkan kaum wanita ni jadi cepat emosi cepat hangin satu badan... Cepat rasa nak penampaq orang dan sebagainya. 

To be honest, kadang-kadang bukan time period ja perempuan tu boleh moody.. Time ovulasi pun boleh mnyebabkan mood swing ok. 

So tak semestinya time moody tu times pms nk period or time period ja.. Boleh jadi banyak faktor-faktor lain lagi yang menyebabkan kaum wanita ni cepat emosi jadi tak menentu. 

Sebelum tu... Kena tau dulu kitar haid /menstrual seorang wanita.... And yes... Woman is complicated.. Kami sendiri pun kadang-kadang tak paham dengan badan kami sendiri. Hahahahha. 



Menstrual cycles. 

Tanda-tanda Ovulasi




1. Perubahan Lendir Serviks

Biasanya time ovulasi ni lendir dari serviks ni bersifat jernih seperti putih telur kerana time ni badan wanita tengah tinggi hormon estrogen. Keadaan lendir yang jernih dan lebih "watery" ni membantu sperma berenang ke sel ovum semasa telur dibebaskan dari ovari. 


Penting untuk mereka yang merancang untuk mengandung tau dan alert dengan cycle period masing-masing. Kadang-kadang ada orang period dia tak menantu... So you need to do your own judgment based on your servical mucus. Atau kalau nak senang, beli ovulation test kit. 


2. Deria bau sensitif. 

Time ovulation ni biasanya kaum hawa ni deria bau dia agak sensitif. Biasanya dia detect bau2 jantan la. Sebab tu tarikan nak mating orang kata. 



Time ni bau busuk pun cepat tangkap jugak. 😂😂😂
 

3. Sakit /Ngilu pada breast /payu dara. 

Ni memang tanda-tanda yang selalu terjadi la. Tiba-tiba ja rasa mengilu time-time tengah duk memasak la.. Tengah drive la. Dia punya ngilu and sakit tu kadang-kadang tak boleh bawak berbincang ya. 





4. Mittelschmerz atau sakit di bahagian bawah perut atau pinggul. 

Kadang-kadang out of nowhere mula2 sakit tek... Lepas tu diikuti dengan sakit pulak dibahagian bawah perut. Kompem2 lah ovulasi sedang berlaku. 

5. Terasa Sexy dan tertarik dengan pasangan. 

Biasa lah.. Time ovulasi ni... Adalah time dimana hormon estrogen memuncak. Time ni la nampak pasangan macam Chris Hemsworth... Kahkahhh... Tiberrr rasa semacam... Haaa... Time ni memang pantang dicuit la orang cakap ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

6. Berasa mual-mual dan muntah. 

Ada sesetengah orang ada symptoms macam ni ya. Ada sesetengah tak rasa benda-benda ni. Macam aku kalau PMS tu ada potential jugak nak mual-mual dan muntah.. Mula la pikiaq eh mengandung ke...  ðŸ˜…😅😅


So dont get confused with our body.. But sometimes hell yeah we do.... 

Untuk yang plan nak mengandung, kena ambil tahu pasal waktu ovulasi ni. Penting untuk kita tau time subur kita ni ya. Bagi yang cuba mendapatkan zuriat dengan mengetahui tanda-tanda ovulasi ni... Aku doakan hampa dikurniakan zuriat yang sihat satu hari nanti. Aminnnnnn... 

All pictures credit to Google. 









SHARE 3 comments

Add your comment

  1. waaa bukan senang nak jadi mom ! hehe kena ambik tau semua facts kan !

    ReplyDelete
  2. terlebih subur pun susah, yg tak subur pun susah jugak.. apa pun kena tau dgn bdn sendiri, bila ovulasi etc.

    dr sekolah rasanya dh diajar benda2 ni

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS