Weekn lepas kami repeat stay dekat Chalet Latip D'Ayee Hitam Batu Kurau lagi. Hari tu pi kan husband aku tak ikut. Kali ni sajia la nak retreat dekat situ balik.
Kalau hari tu kami stay dekat cottage.. Kali ni kami amik bilik deluxe sajia la yang bertentangan dengan cottage hari tu.
Aku pernah cerita pasal aku stay dekat cottage tu dekat SINI.
Bilik deluxe ni xla besar mana ya. Ada katil queen.. Meja makan yang tak besar sangat. Kami prefer makan dekat beranda dia lagi best. Jom la kita tengok dulu gambar dalam bilik ya.
Ok la.. Selesa la jugak.
Tak besar mana.. Just nice.
Ni toilet dia. Pun ok. Tak la sempit macam dekat cottage. Dekat cottage tu sempit... Aku dah la claustrophobia 😂
Ni dekat beranda dia. Luas.. Seronok lepak makan-makan dekat sini. He2hew
Bekal bawak dari rumah... Of course la masak sendiri kan. Terpaksa rajin sebab anak2 jenis suka makan mama depa masak. Sekali sekala ok la makan dekat luaq depa ni. Bawak bekal dari rumah ayam berlado, kueytiaw goreng, nugget and nasi putih. Sampai-sampai letak barang terus la serbu nak makan dulu.
Papa n anak2 turun rasmikan dulu. Mama amik mood sat. Hahaha.. Sebenaqnya mama nk kemas yang lepas2 makan sebelum tu.
Ni mencekik kali kedua lepas mandi. Lepas tu budak2 ajak mandi lagi. Waktu 2nd round mandi tu naik pun dah nak dekat 6.40 rasanya. Memang nak gelap dah. Masing2 muka lapaq ja. Suruh makan nasi taknak.. Nak makan meggi la bagai.
Nasib la dekat luaq beranda ni ada plug point.. So boleh la mama masak2 n feeling2 dekat holiday park dekat oversea sambil tengok2 jeram n dengar air mengalir. Aku n suami syak tokey tempat ni mesti kaki travel ni... Sebab ideas2 dia kt tempat ni memang walahhh sangat. Ok la masak kat sini dari masak dalam bilik berbau pulak kan.
View malam dekat sini.
Meriah tak? Ayam bbq n jagung bakaq tu.. Makcik chalet sebelah bagi... Depa buat bbq... Seronok juga tgk orang pakat2 buat bbq kt sini.
Meanwhile selepas makan... Aku da pump queen air bed ni... Nasib muat letak kat ruang tepi katil ni. Seronok pulak tengok Ecah lena dekat atas tu.
I wake up to this ♥️♥️♥️
Lepas mandi pagi tu... Masing2 dah lapaq ok.. Aku xmasak heavy2 pun.. Sebab ada lagi balance ayam berlado.. Pastu ada lagi ayam bbq.. Just masak nasi skit tambah.. And then buat teloq dadar kosong untuk budak2.. N teloq dadar meriah untuk kami laki bini. Dah licin semua wei.
Dan tibalah masa untuk kami balik....
See u again next time. This will be our fav spot after this.
Sapa2 nak stay sini.. Boleh la contact untuk booking dekat number2 di atas ni.
Personally kalau tanya aku prefer bilik yang deluxe ni ka cottage tu? Aku prefer deluxe lagi. Sebab ada beranda with plug point.. Sennag aku nak masak nasi/meggi dekat situ.. Hihi.... Ni personal preference la kan. Tapi best jugak cottage dia tu... Pengalaman baru. Hampa kalau nak try stay cottage pun okja. Kalau bajet tak berapa nak ada n umat ramai boleh ja amik deluxe tu dua bilik.. Still affordable lagi aku rasa. Lepas tu kalau ramai2 tu buat la bbq.. Bestnya.. Kalau nak buat bbq depa ada bbq pit depa. Boleh tnya kena sewa ka apa ka aku xsure.
Ok lah... Chowwww
view dia mmg A++ kan, bestnyaa... duduk sniri.. teringin sngt nak pergi tapi covid ni buat semua tersekat
ReplyDeletemenarik...tak pernah tahu tempat ni
ReplyDeletebulan ni nk pi sana... company taja kahkah
ReplyDelete