Sepinggan chicken chop yang sedap boleh membuatkan kita rasa happy. Lagi-lagi jika makan bersama yang tersayang, keluarga dan teman-teman. Dan untuk mencari menu chicken chop yang lengkap dengan side dish berserta kuah gravy yang meletup di KL & Selangor bukanlah satu kerja yang susah. Ini kerana terdapat banyak tempat makan chicken chop yang best area KL Selangor untuk di cuba.
Chicken Chop ini juga boleh dianggap sebagai salah satu hidangan yang digemari ramai di sini. Terdapat banyak jenis chicken chop yang disediakan oleh peniaga, antaranya ada chicken chop gaya hainan, telur masin, lada hitam dan sebagainya. Yang pasti semuanya ada kelebihan rasa yang tersendiri dan sedap!
Antara 5 tempat makan untuk Chicken Chop yang sering mendapat kunjungan ramai di KL & Selangor ini adalah seperti yang di bawah.
#1 - M Cafe
Hainanese Chicken Chop di M Cafe pastinya tidak boleh dilupakan. Di sini anda boleh menikmati sepotong paha ayam yang lembut, digoreng hingga garing dan kemudian dicurahkan sos masam manis di atasnya. Ia turut dihidangkan bersama brokoli dan kentang goreng sebagai satu menu chicken chop yang lengkap.
Alamat : 47, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#2 - The Gravy Factory
The Gravy Factory dikatakan memperoleh dan menyempurnakan resipi kuah yang diturunkan oleh tukang masak utama dalam gaya Hainan semasa Zaman Tanah Melayu Britain lagi.
Dengan menggunakan resipi turun temurun itu, restoran ini sering mendapat perhatian ramai yang suka dengan chicken chop. Di sini, paha ayam yang lembut dilapisi adunan ringan dan digoreng hingga garing. Kemudian ia dihidangkan dengan sos Hainan manis dan masam yang akan memberikan rasa unik pada potongan ayam tersebut. Setiap pinggan turut dilengkapi dengan salad dan juga kentang.
Alamat : L5.05, Level 5, Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
#3 - Warisan @ Nu Sentral
Nama betul-betul mencerminkan restoran melayu tetapi Warisan juga berjaya menawarkan menu Chicken Chop yang enak dan berjus. Ayam yang dibanjiri dengan sosnya yang tersendiri benar-benar akan menggoda selera dengan rasanya yang kuat dan sedap.
Alamat : LG 17, Nu Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, 50470, Brickfields, Kuala Lumpur
#4 - Moon’s Kitchen
Untuk pengetahuan, restoran ini sudah lama dan ianya telah berjaya berkembang dari sebuah gerai kecil kepada sebuah restoran. Hebat bukan? Dan Moon’s Kitchen ini diusahakan oleh ahli keluarga pemiliknya sendiri secara bersama-sama.
Suasana restoran ini walaupun tampak ringkas tetapi ada unsur elemen comel dan ceria di situ. Dekorasi dinding dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti patung Liberty, Menara Eiffel, Big Ben, dan banyak lagi. Ini menjadikannya semakin cozy untuk duduk dan nikmati makanan. Rasa dan harganya juga sangat berbaloi. Tak hairanlah kenapa restoran ini berjaya mendapat review yang baik dari para pelanggan mereka.
Alamat : Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur
#5 - Paksu Chicken Chop
Aroma memenuhi udara ketika melangkah masuk ke Paksu Chicken Chop. Di sini, ayam digoreng sehingga rangup untuk memberikan kepuasan saat menikmatinya dalam gaya yang paling simple. Restoran yang penuh dengan citarasa ini turut mengambil kira pada pembuatan sosnya yang agak baik.
Paling penting, ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin berjimat kerana hidangan yang ringkas ini dijual dengan harga yang agak murah. Harga yang ditawarkan hanya sekitar RM6.90 sepinggan dan dek kerana harga inilah ia berjaya mendapat tempat di hati para pelanggan.
Di restoran Paksu Chicken Chop ini juga turut menawarkan makanan ala barat yang lain seperti spageti dan juga penkek. Restoran ini juga sangat selesa dan untuk yang beragama Islam, boleh rasa lapang dan tak perlu terkejar dek masa kerana Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas benar-benar berada di depannya untuk solat.
Alamat : 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur
Tak Ada Masa? Boleh Order Chicken Chop Secara Atas Talian Dengan Foodpanda!
Benar! Waktu ini, nak makan tak perlu lagi susah payah untuk pergi sendiri, beratur dan sebagainya. Lagi-lagi dalam situasi ujian wabak Covid19 yang ada. Duduk saja di rumah dan jika rasa teringin nak makan menu makanan barat seperti chicken chop dan lain-lain, guna saja servis western food delivery dari team Foodpanda.
Melalui website Foodpanda, boleh pilih chicken chop mana yang ingin di makaN. Nak cari chicken chop Halal area KL & Selangor juga senang. Secara tak langsung, jika benar-benar ingin rehat boleh buat pesanan berserta dengan penghantaran dengan cara ini.
tiba tiba terasa craving chicken cop plak, dah la tgh diet ni huhuhu
ReplyDeletenasib baik dah ada team panda sekarang, sangat membantu musim2 pandemik, semoga rider2 selamat semuanya sewaktu bekerja
ReplyDeletefood panda ada, memang sonang hehehe
ReplyDeletedlm food panda mcm2 ada... sampai tak tau nk order apa
ReplyDelete