Khamis lepas, setelah berapa lama stop review di hotel semenjak PKP berakhir... Maka aku menerima jemputan review di The Prestige Hotel. Antara hotel kegemaran aku dalam bab penyediaan makanan, dekorasi menarik dan seni "heritage" yang ada di hotel ini.

Kali ni, The Prestige Hotel menawarkan promosi kaw2 yang menarik. Antara promosi yang ditawarkan adalah :


Afternoon Affair untuk minum petang. 
Boleh order start dari pukul 3.00pm - 6.00pm.


Meriahkan.. 




Ni kat 1st layer.. Ada macam ala2 sandwich set dekat sini. Yg mcm ala2 steam bun tu.. Sedap gila ok.. Sebab dalam dia ada honey smoked duck... Fav! 



Ni more to pemanis mulut... Aku suka macaroons dia.. X manis leceh sangat mcm sesetengah orang buat. I kenot manis2 ni. 


Ni pulak scones... Sebut betui2.. Jangan duk sekonesss mcm Mona Kampung People pulak🤣🤣🤣



Ni pulak Mixed Platter. 
Boleh start order dari pukul 3.00pm - 10.00pm.

Jom kita tengok apa yang ada dalam Mixed Platter set ni... 


Ada macam2 weiiiiiii.. Sumpah dengan harga RM80 ni memang murah sangat2 Mixed Platter set dia ni. 


Dia bukan ada ayam daging lembu and kambing ja... Dia ada sotong.. Udang.. Fish fillet... Pastu chicken wings.. Pastu kebab daging lembu... Dengan pita isi kambing..... Memang selambak wei.. Sumpah puas hati gila... Tak tau nak describ puas hati dia tu macam mana tau sebab memang puas hati la... Tak dapat weiii dekat tempat lain RM80 macam ni... Kawan2 aku kat KL tengok gambaq ni kt ig pakat komen kata murah... In fact restaurants fames pun Mixed Platter depa mmg biasanya RM100+ kot. So memang berbaloi i tell you lah... 


Meriahhhhhhh takkkk... 

Tengok balik gambar ni.. Aduhhh terlioq teruk weiiiii.... 


So apa lagi jom orang Penang kita belanja family kita makan dekat Glasshouse, The Prestige Hotel ni. Dijamin puas hati dengan makanan2 dia. 

Harga bagi aku standard sama macam restaurants dekat luaq tu. Tak la harga mencekik darah sangat macam certain  restaurants dekat hotels tu. 

And sempena Halloween pada 31st October nanti... Depa ada buat promotion untuk Halloween 


So sapa2 yang nak pi sambut Halloween tu boleh la mai dinner tang ni.. 

Untuk reservations and details boleh;

Glasshouse, 
The Prestige Hotel, 
13, Church St Ghaut, Georgetown, 
10200 George Town, 
Penang
04-217 5888
















Dah 2020 kan... Takkan la ada lagi yang tak suka online shopping kan. Ehhhh... Lagi2 kalau ada smart phone kan. Semua di hujung jari saja. Tambah-tambah di musim pandemic Covid 19 ni. Aku lebih memilih untuk stay home dan membuat pembelian di atas talian. Reduce the risk tu yang paling penting buat masa sekarang. Actually kami sekeluarga pun dah lama x lepak-lepak mall macam sebelum MCO hari tu. Kalau masuk mall tu kadang-kadang untuk makan atau mengopi.. Lepas tu balik.. No more la nak shopping2 macam dulu dah.

Shopping or window shop dekat mall can be quite hassle nowadays. Nak kena scan itu ini every time nak enter different shops which i find quite irritating. Online shopping senang ja. Semua di hujung jari gituh. No need nak kena scan apa2 pulak😜

Pembelian atas talian ni lagi mudah pada aku. Tak perlu nak bersesak2... Tak perlu nak keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk cari menda yang kita nak. Tak perlu ya. Survey2 mana yang kenan.. Then masuk dalam cart. Pikir panjang skit.. Tarik nafas dalam2 then bayaq kalau dah berkenan... Esok lusa tunggu la abg poslaju ka abg jnt ka mai hantaq parcel uols.

And yang paling best bila shopping online ni banyakkkkkkk gila discount yang hampa boleh dapat berbanding shopping di kedai. Salah satu platform online shopping yang aku suka adalah PGMall. Dah lama juga aku duk mnyoping dekat PGMall ni sebab PGMall ni da bertapak dari 2017 lagi. And paling penting proudly local ya. And kalau hampa nak tau.. Macam-macam ya ada jual dekat PGMall ni.




Kalau hampa semak dekat iPrice.. PGMall terletak dalam ranking 3 teratas tau.. Which is trusted lakiranya kan. Kira memang ramai la Malaysians duk nyopping dekat PGMall ni ya. Aku paling suka sini sebab dekat PGMall dia accept banyak gila jenis e-wallet and payment gets away dia ada macam2 jenis. Haaa mudah kannnnnn... 


Ni dah nak masuk November ni. Nanti ada 11.11 sales pulak kome oiiii. Aterrr takkan nak tengok ajaaa ye dak. 

And paling best... Bila shopping minimum RM11.. Ada 11% discount. Memang ada ong betul 11.11 ni ya. Kalau yang nak shopping 11.11 nanti jangan lupa guna DISCOUNT CODE : 1111 ya. Selain daripada tu.. Ada jugak FREE SHIPPING cap at RM4 tau.

Selain dari sales 11.11 nanti... PGMall ada buat kempen PROUDLY LOCAL yang bermula dari July - December 2020. 



And yang paling best bagi aku sales dia memang tak masuk akal wei. Dengan min spend RM50... Dapat RM20 OFF... and kalau hampa shopping sebanyak RM100.. Hampa entitled dapar RM30 OFF. tak ke banyak tu weiiii

Antara barang-barang yang hampa boleh beli under Proudly Local ni adalah home essentials products , grocerries, kids and baby, health and beauty, automotive and sports, electronics appliances and fashion. So memang banyak pilihan la yang hampa boleh shopping kan dengan potongan harga kaw2. 

Antara local store yang join dalam kempen Proudly Local ni adalah. ; 

-Hoe Hup
-Hexa
- Hasani Bookstore
-Mizu
Dan macam2 lagi








Selain dari Kempen Proudly Local, PGMall ada juga buat Pay Week Bonanza yang bermula dari 25 October sehingga 5 November ni. Apa yang menarik dalam kempen ni, korang nak cari duit lebih boleh la jadi dealer. Sesuai la untuk collectors Emas yang suka beli emas membeli dekat PGMall ni... Bukan apa.. Dekat sini.. Kita tay dah under Public Gold Jewel and memang trusted kan. Korang boleh refer gambar dekat bawah ni in details. Siap boleh dapat wealth card yang bernilai RM200 lagi haa. 




Bagi peminat emas, selain Public Gold Jewellery... Dekat PGMall ni ada gak kedai emas lain iaitu Tai Fook. Harga sempena sales ni pun murah gak wei. Sangat-sangat berbaloi. Rugi kalau tak grab kan...offer bermula dari 25 Oct sehingga 5 Nov ni korang.... Siap ada discount RM30 OFF with minimum purchase of RM100. 


Murahkan. Mana nak dapat RM235/g  wei sekrang ni. Siap free postage wei... 
 

And for Swarovski lovers... Berita baik untuk hampa... PGMall turut ada discount untuk hampa para peminat Swarovski. 


This 24K Gold Plated Swarovski Dinar Casing Pendant ni open for booking for early bird which only apply for the first 500 pcs . Tengok lah harga dia dari RM1088 tinggai RM648 saja. Beza banyak kan. Sangat-sangat penjimatan tu. Jom check out sekarang 



So korang tunggu apa lagi? Jom shopping SEKARANG!!! KLIK >>> 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dibawah :
Website :  

Facebook:

Instagram :

Telegram :

#PGMall #PGJewel #taifook #stayhome #PGGoldMuseum #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplaform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1111Sale #bonanzapayweek













 Weekn lepas kami repeat stay dekat Chalet Latip D'Ayee Hitam Batu Kurau lagi. Hari tu pi kan husband aku tak ikut. Kali ni sajia la nak retreat dekat situ balik.

Kalau hari tu kami stay dekat cottage.. Kali ni kami amik bilik deluxe sajia la yang bertentangan dengan cottage hari tu.


Aku pernah cerita pasal aku stay dekat cottage tu dekat SINI

Bilik deluxe ni xla besar mana ya. Ada katil queen.. Meja makan yang tak besar sangat. Kami prefer makan dekat beranda dia lagi best. Jom la kita tengok dulu gambar dalam bilik ya.



Ok la.. Selesa la jugak. 

Tak besar mana.. Just nice. 


Ni toilet dia. Pun ok. Tak la sempit macam dekat cottage. Dekat cottage tu sempit... Aku dah la claustrophobia 😂


Ni dekat beranda dia. Luas.. Seronok lepak makan-makan dekat sini. He2hew


Bekal bawak dari rumah... Of course la masak sendiri kan. Terpaksa rajin sebab anak2 jenis suka makan mama depa masak. Sekali sekala ok la makan dekat luaq depa ni. Bawak bekal dari rumah ayam berlado, kueytiaw goreng, nugget and nasi putih. Sampai-sampai letak barang terus la serbu nak makan dulu. 


Papa n anak2 turun rasmikan dulu. Mama amik mood sat. Hahaha.. Sebenaqnya mama nk kemas yang lepas2 makan sebelum tu.


Ni mencekik kali kedua lepas mandi. Lepas tu budak2 ajak mandi lagi. Waktu 2nd round mandi tu naik pun dah nak dekat 6.40 rasanya. Memang nak gelap dah. Masing2 muka lapaq ja. Suruh makan nasi taknak.. Nak makan meggi la bagai. 


Nasib la dekat luaq beranda ni ada plug point.. So boleh la mama masak2 n feeling2 dekat holiday park dekat oversea sambil tengok2 jeram n dengar air mengalir. Aku n suami syak tokey tempat ni mesti kaki travel ni... Sebab ideas2 dia kt tempat ni memang walahhh sangat. Ok la masak kat sini dari masak dalam bilik berbau pulak kan. 


View malam dekat sini. 


Meriah tak? Ayam bbq n jagung bakaq tu.. Makcik chalet sebelah bagi... Depa buat bbq... Seronok juga tgk orang pakat2 buat bbq kt sini. 


Meanwhile selepas makan... Aku da pump queen air bed ni... Nasib muat letak kat ruang tepi katil ni. Seronok pulak tengok Ecah lena dekat atas tu. 


I wake up to this ♥️♥️♥️


Lepas mandi pagi tu... Masing2 dah lapaq ok.. Aku xmasak heavy2 pun.. Sebab ada lagi balance ayam berlado.. Pastu ada lagi ayam bbq.. Just masak nasi skit tambah.. And then buat teloq dadar kosong untuk budak2.. N teloq dadar meriah untuk kami laki bini. Dah licin semua wei. 

Dan tibalah masa untuk kami balik.... 



See u again  next time. This will be our fav spot after this. 


Sapa2 nak stay sini.. Boleh la contact untuk booking dekat number2 di atas ni. 

Personally kalau tanya aku prefer bilik yang deluxe ni ka cottage tu? Aku prefer deluxe lagi. Sebab ada beranda with plug point.. Sennag aku nak masak nasi/meggi dekat situ.. Hihi.... Ni personal preference la kan. Tapi best jugak cottage dia tu... Pengalaman baru. Hampa kalau nak try stay cottage pun okja. Kalau bajet tak berapa nak ada n umat ramai boleh ja amik deluxe tu dua bilik.. Still affordable lagi aku rasa. Lepas tu kalau ramai2 tu buat la bbq.. Bestnya.. Kalau nak buat bbq depa ada bbq pit depa. Boleh tnya kena sewa ka apa ka aku xsure. 

Ok lah... Chowwww























Sepinggan chicken chop yang sedap boleh membuatkan kita rasa happy. Lagi-lagi jika makan bersama yang tersayang, keluarga dan teman-teman. Dan untuk mencari menu chicken chop yang lengkap dengan side dish berserta kuah gravy yang meletup di KL & Selangor bukanlah satu kerja yang susah. Ini kerana terdapat banyak tempat makan chicken chop yang best area KL Selangor untuk di cuba.


Chicken Chop ini juga boleh dianggap sebagai salah satu hidangan yang digemari ramai di sini. Terdapat banyak jenis chicken chop yang disediakan oleh peniaga, antaranya ada chicken chop gaya hainan, telur masin, lada hitam dan sebagainya. Yang pasti semuanya ada kelebihan rasa yang tersendiri dan sedap! 


Antara 5 tempat makan untuk Chicken Chop yang sering mendapat kunjungan ramai di KL & Selangor ini adalah seperti yang di bawah. 



#1 - M Cafe


Hainanese Chicken Chop di M Cafe pastinya tidak boleh dilupakan. Di sini anda boleh menikmati sepotong paha ayam yang lembut, digoreng hingga garing dan kemudian dicurahkan sos masam manis di atasnya. Ia turut dihidangkan bersama brokoli dan kentang goreng sebagai satu menu chicken chop yang lengkap. 


Alamat : 47, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



#2 - The Gravy Factory 


The Gravy Factory dikatakan memperoleh dan menyempurnakan resipi kuah yang diturunkan oleh tukang masak utama dalam gaya Hainan semasa Zaman Tanah Melayu Britain lagi. 


Dengan menggunakan resipi turun temurun itu, restoran ini sering mendapat perhatian ramai yang suka dengan chicken chop. Di sini, paha ayam yang lembut dilapisi adunan ringan dan digoreng hingga garing. Kemudian ia dihidangkan dengan sos Hainan manis dan masam yang akan memberikan rasa unik pada potongan ayam tersebut. Setiap pinggan turut dilengkapi dengan salad dan juga kentang.


Alamat : L5.05, Level 5, Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur



#3 - Warisan @ Nu Sentral


Nama betul-betul mencerminkan restoran melayu tetapi Warisan juga berjaya menawarkan menu Chicken Chop yang enak dan berjus. Ayam yang dibanjiri dengan sosnya yang tersendiri benar-benar akan menggoda selera dengan rasanya yang kuat dan sedap. 


Alamat : LG 17, Nu Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, 50470, Brickfields, Kuala Lumpur



#4 - Moon’s Kitchen


Untuk pengetahuan, restoran ini sudah lama dan ianya telah berjaya berkembang dari sebuah gerai kecil kepada sebuah restoran. Hebat bukan? Dan Moon’s Kitchen ini diusahakan oleh ahli keluarga pemiliknya sendiri secara bersama-sama. 


Suasana restoran ini walaupun tampak ringkas tetapi ada unsur elemen comel dan ceria di situ. Dekorasi dinding dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti patung Liberty, Menara Eiffel, Big Ben, dan banyak lagi. Ini menjadikannya semakin cozy untuk duduk dan nikmati makanan. Rasa dan harganya juga sangat berbaloi. Tak hairanlah kenapa restoran ini berjaya mendapat review yang baik dari para pelanggan mereka. 


Alamat : Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur



#5 - Paksu Chicken Chop


Aroma memenuhi udara ketika melangkah masuk ke Paksu Chicken Chop. Di sini, ayam digoreng sehingga rangup untuk memberikan kepuasan saat menikmatinya dalam gaya yang paling simple. Restoran yang penuh dengan citarasa ini turut mengambil kira pada pembuatan sosnya yang agak baik. 


Paling penting, ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin berjimat kerana hidangan yang ringkas ini dijual dengan harga yang agak murah. Harga yang ditawarkan hanya sekitar RM6.90 sepinggan dan dek kerana harga inilah ia berjaya mendapat tempat di hati para pelanggan.


Di restoran Paksu Chicken Chop ini juga turut menawarkan makanan ala barat yang lain seperti spageti dan juga penkek. Restoran ini juga sangat selesa dan untuk yang beragama Islam, boleh rasa lapang dan tak perlu terkejar dek masa kerana Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas benar-benar berada di depannya untuk solat. 


Alamat : 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur



Tak Ada Masa? Boleh Order Chicken Chop Secara Atas Talian Dengan Foodpanda!



Benar! Waktu ini, nak makan tak perlu lagi susah payah untuk pergi sendiri, beratur dan sebagainya. Lagi-lagi dalam situasi ujian wabak Covid19 yang ada. Duduk saja di rumah dan jika rasa teringin nak makan menu makanan barat seperti chicken chop dan lain-lain, guna saja servis western food delivery dari team Foodpanda. 


Melalui website Foodpanda, boleh pilih chicken chop mana yang ingin di makaN. Nak cari chicken chop Halal area KL & Selangor juga senang. Secara tak langsung, jika benar-benar ingin rehat boleh buat pesanan berserta dengan penghantaran dengan cara ini. 



Sebab hari Jumaat hari tu ada share pasal buat whole grilled chicken... Ramai pulak tertarik nak tau resipi aku buat kan... Ok la kali ni nak share ni resipi aku... Grilled Peri Chicken... In Sha Allah gerenti sedap... Cuma bahan-bahan perapan ni harap maklum pakai banyak bahan.... Sebab tu dia complicated tapi sedap.. Hahahaha.... 





Jom lah aku share Bahan-bahan and cara-cara nak buat ya

Bahan-bahan:


Seekor ayam.. Size kecil dalam 1kg+ lebih skit ja tau. (cuci la dalam tu elok2 ya) 

Air perahan lemon

Bawang holland dipotong bulat2 

Bawang putih

Lemon dipotong bulat2

Rosemary 

Cabai besar dibuang tangkai

Sedikit minyak masak

Untuk Peri Seasoning pulak, guna bahan-bahan dekat bawah ni haa... 

  • Sugar
  • Paprika
  • Onion Powder
  • Garlic Powder
  • Ground Coriander
  • Salt
  • Dried Oregano
  • Dried Parsley
  • Ground Ginger
  • Ground Cardamon
  • Smoked Paprika
  • Cayenne Pepper
Cara-cara :

1. Cuci ayam bersih-bersih dan tosskan ayam. Biar kering skit.. Kalau lambat sangat amik ja kitchen towel paper tu dab2 utk keringkan dia. 
2. Satukan bahan-bahan untuk buat Peri Seasoning tu... Then lumurkan dekat ayam... 
3. Pastikan lumur keseluruhan ayam tadi.. Then pernah skit lemon and titiskan Sedikit minyak masak ke dalam perapan ayam tadi. 
4. Marinate la ayam tu at least 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus. 
5. Time nak bakar tu.. Boleh la guna air fryer atau oven.. Aku guna AF ja... Setting kan AF/oven korang dengan menda2 alah dekat bawah ni... 


Boleh bakar jap... Dalam 5 minit guna suhu 160deg C

6. Then boleh la bawak masuk ayam letak atas menda2 ni. 


Mula-mula aku bakar pada suhu 160  degree C dalam 15 minit. Lepas 15 minit aku setting pulak 180 deg C untuk 10 minit. Untuk effect kulit dia garing2 skit. 

7. Untuk yang pakai AF ni heat source dia dekat atas ja tau. So hampa kena la kalih ayam tu ya untuk msak dekat another side pulak ya. Goreng nugget boleh la xyah kalih2 dalam AF ni. 


Haa ni sebelum kalih dia... Sexy sangat aihhh. Repeat la step tadi nah.. Kena jaga2 and bukak tengok sama la. Kalau nampak dah ok... Dah boleh la angkat ayam tu. 

8. Lepas ayam da masak and boleh angkat..aku teruskan grilled lagi bawang holland.. Lemon.. Bawng putih and rosemary dekat dalam tu selama 7-8 minit lebih kurang macam tu la.. Jangan lebih dari 10 minit na... Lepas tu.. Hampa buh la dekat atas ayam tadi.. Susun2 la bagi nampak menarik macam makan dekat Hotel 5 🌟 kan...gravvy /kuah/pati yang collected dekat bahagian bawah bahagian grill AF tu hampa boleh la tuang dekat atas ayam tadi. 




Amboi2...dan2 teringat tauuuu.. Gerammm ngat aihhh.. 


Makan pulak dengan aglio olio pasta.. Memang merecik hawau..resipi aglio olio dah banyak kali share dah... Sapa nak cari resipi aglio olio boleh click SINI na.. 

As for the chicken.. Everyone love this. Rasa dia macam Nandos skit sebab ada rasa masam2 lemon tu... But hubs said this one is way sedap than Nandos u... Hakhak.. Kembang la bini yang sedia kembang ni haaa... 

So total damage masak sendiri dekat rumah modal tak sampai pun RM15 ya... Ayam tu sekor dalam 1.2kg.. Ada la RM7+.. Spaghetti tu berapa ja... And aku pakai isi ayam bahagian dada sebagai umpan.. Cherry tomatoes...  Sweet Basils amik dekat balcony... N mesti buat aglio olio ni kena banyak garlic ya. Bayangkan kalau makan dekat kedai.. Busuk2 dish like this kalau dekat Nandos...luak la RM100+ ya. 


And at rumah ni peminat aglio olio ramai. Sebab tu aku suka buat aglio olio ni.. Sebab dia versatile and boleh buat macam2 gaya. Be it vege.. Beefy stail.. Chicken or seafood.. Semua kena.. Yang penting rasa tu mesti sedap. Our kids love this... Adriana memang prefer bolognese kalau makan dekat kedai. But she never say NO to my aglio because she knows her mom's aglio is definitely delicious. Hee perasan nya mama dia. 

Part Peri seasoning tu la renyah skit nak beli bahan-bahan dry herbs powder tu.. Other than that senang ja. Nak tak kalau aku jual Peri Seasoning ready to use? 😉😉😉

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS