Ehhhh dah macam blog chef pulak.. Asyik update resipi ja kan... Alang2 mood da mari kannnn....belasah ja lahhhh... 

Kelmarin balik Juru as usual la singgah kedai Aceh nak beli skit ikan topup stock dalam freeser.. Walaupun freeser 500L ku dah penuh macam apa ja.. Tapi xpa lah... Musim2 covid 19 ni seeloknya takyah la nak pi kedai or merket hari2 kan.... 


So dekat Juru semalam beli la 3 ketul besar ikan seludu/pelotan yang da dipotong.. 3 ketul besar isi ikan jenahak. Untuk seludu/pelotan.. Isi yang da siap dipotong RM20/kg... Jenahak pulak RM28/kg... Murah kannn.... So balik2 rumah terus potong2 sebab ketulan tu kan besaq... 

Ni la ikan seludu/pelotan. 

Dalam pada masa duk bersiang2 and cuci2 bagi bersih tu duk terpikiaq la sebab hari ni janji nak lepak dengan bff aku acik moonah kat kedai nasi daun pisang.. Tapi bila laporan Covid 19 yang membimbangkan lately ni.. Aku amik keputusan untuk lepak kat rumah aku and masak ja. 

So dalan otak ni ligat la duk pikiaq nak masak apa kannnn... Dah ada seludu ni kita buat masak asam la kan. Aku kalau seludu ni suka buat masak asam ja. Kari ka apa ka aku kurengggg kalau ikan ni. And nak buat masak asam ni senang ja wei... Tapi bila buat malam ni makan esok lagi umphhh jadinyaa.. Sebab kuah tu dah meresap ke dalam isi ikan. 

So apa lagi..moh lerr kita buat masak asam kata Alia kepada Farhan. Ehhhh... 


Masak asam macam gini lah diaaaaa 😜😜😜

Kalau nak tau.. Nak buat dia pun simple gila ja... Jom lah tengok bahan-bahan dan cara-cara dia. 


Bahan-bahan:

ketul isi ikan seludu /pelotan
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih
Cabai besar yang dipotong serong
Cili padi(ikut la nak banyak mana.. Takyah potong pun xpa) 

Cara:

1. Goreng ketulan isi ikan selidu/pelotan dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi. 
6. Tutup api. Dah siap! Nak makan terus pun ok.. Tapi aku suka makan selepas semalaman... Lagi umphhh.

Masak asam ni buat ikan apa pun sedap sebab kuah dia tu buat sedap.. Jadi la sedap dia. Aku suka taste masam2 manis dia tu.. Umphhhh... 

Lauk pauk hari ni nak menjamu kawan baik kami... 

Sebelum dia sampai.. Kita jejai dulu.... 

Balance kuah kari keli semalam ada banyak.. So kita lepas lagi isi keli and ikan apa ntah untuk buat satu lauk hari ni... Cubaan nk diet hancusss.. Suka makan nasi weiiii😭😭😭 buat masa lani kena tukaq la nasi biasa dengan nasi parboiled /steam basmathi sebab basmathi ada low GI compared to beras lain. Nak pulak amik yang parboiled or steam.. Lesa guilty skit🤣🤣🤣

Cita2 nak kurus.. Tapi hobi suka makan.. Macam mana nak buat tu🤔😅

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. masak asam ni paling senang..sedap..fav ni

    ReplyDelete
  2. Oh! Ada nama lain ikan ni... ikan duri. Terima kasih. Dapat tambah info, ikan duri sama dengan ikan seludu atau pelotan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ikan duri lebih kecik n duduk dekat tepi2 laut skit.. Kalau seludu pelotan ni dekat tengah2 laut skit and kureng hanyir berbanding dengan ikan duri.. Tpi dari keluarga yg sama gak

      Delete
  3. Ouhh ni la ikan pelotan. Mem kt rumah dok masak tp tak penah kisah. Laki xmakan ikan ni 😅

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS