Actually dah lama juga aku pakai cast iron pot ni. Rasa macam dah dekat 3 tahun dah. Kira sebelum fames makcik2 kiah bising periuk mahal bagai ni. 

Baru-baru ni masa MCO, meletop dengan Le Creuset ni kan. Le Creuset ni salah satu top and fames brand la untuk cast iron cookware. Selain dari Le Creuset.. Staub pun fames jugak. Aku pakai yang mana? Aku pakai yang biasa-biasa ja. Bukan Le Creuset nor Staub. 

Aku pakai brand tak fames pun. Ada yang oem brand.. Ada yang Utopia brand.. Ada M cooker cookware n etc la cita dia. Nak beli LC belum betul2 kaya lagi. Tapi kalau husband nak hadiahkan apa salahnya kan. Hahhahahah

Basically utk cast iron cookware ni ada 2 jenis.. Satu yang dekat surface nak masak dia warna hitam (non enamel coated) abd satu lagi warna putih(yang ni enamel coated). Macam aku... Aku prefer yang warna hitam tu sebab senang skit nak jaga. Bukan nak kata yang putih tak tahan ka apa ka. Tahan ja.. Kena pandai jaga and do some study first before beli apa2 untuk tau keadah penjagaan n etc. 

The reason aku suka pakai yang warna hitam tu sebab dia macam senang.. Hitam2 gitu ja.. Kalau kotoq pun xnampak.. Ehhhh... 



Haaa ni contoh yang jenis2 aku cakap tadi. Shape tak yah cakap la ada macam-macam bentuk haa. 


So masing-masing ada pro n contra masing-masing. 


Ok la nak kata hard to clean tu tak la sangat. Cumanya.. Lepas basuh tu kena keringkan terus. Sebabnya dia iron /besi kan... So kalau tak kering nanti boleh karat. Kalau karat pun boleh ja pakai as long as koranh seasoned la balik cast iron korang tu betul-betul balik dengan minyak.. Eady peasy. 
Yang pasal marginally non stick tu aku rasa dia mmg la xdak la non stick gila2 macam Tefal yang aku pakai.. But it works la as non stick medium jugak. Untuk cast iron pot/pan ni kalau makin lama korang pakai.. Makin non stick jadinya sebabnya bila kita masak and guna minyak...cast iron kita makin seasoned. 


Ni collection aku awal-awal dulu. Sekaranf dah bertambah lagi tiga. Semua ni pakai ya bukan buat pameran tau. Aku memang suka gila masak guna cast iron ni sebab senang ok. Paling bagus bab retain heat dia tu. Dah tutup sejam pun masih hot lagi makanan2 kita. 


Lagi satu keistimewaan guna cast iron pot/pan ni... Kita akan dapat khasiat zat besi /iron/Fe dalam makanan kita. Anak aku Ecah ni ada satu deficiency iaitu Iron /Fe masa dia kena warded dulu2. Dua kali masuk ward 2 kali gak Dr cakap test darah dia.. Iron tak cukup... So dis is the way la kan kami amik untuk provide Iron /Fe dalam makanan untuk dia. Nak suruh telan bayam memang nanti duk ewww disgusting dia tu... Eiii gerammmm okkk. 


Buat laksa siam hari tu pakai cast iron pot warna merah. Yang cast iron pot pink tu acah2 ja hidang bihun rebus utk makan as laksa siam. 


Ni masa raya hari tu. Guna cast iron pot untuk buat mee bandung. And hidang mee. 


Ni masa puasa hari tu. Buat sup siam dalam cast iron pot biru and masak nasi dalam cast iron pot pink. 


Ni pulak masak nasi goreng guna  cast iron pink. 


Ni collection bukan latest.. Sebab tak termasuk yang pink love tu kan. Semua ni memang berguna sangat-sangat sebab semua guna. 


Aku rasa kekurangan dia yang paling obvious adalah sebab berat la kan. Kalau sapa yang ada carpal tunnel syndromes macam aku kena dulu waktu preggy Adriana memang menangis la nak angkat dia ni kan.

Lagi satu sifat cast iron pot ni dia sangat lah tahan lasak wei. Sebab tu orang cakap boleh simpan dekat anak-anak cucu-cucu cicit-cicit. Ehhh. Janji kena pandai jaga and seasons dia la kan. Kalau malas takyah sembang jauh2 la cita dia๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Ni sedikit guide lines la untuk hampa yang nak beli cast iron pot.. Kang duk tertanya2 berapa Litre bagaikan. 





Geram pulak tengok yang sekali dengan steamer ni. Aduhaiii.... 
Alahhhh kasimmmm... 


Warna kuning ni pun mengancam jiwa raga ni... 
Lawa sangat ni haaa


Hampa kalau nak beli cast iron pot lawa-lawa boleh pi dekat SINI. Kat sini juai cast iron pot lawa-lawa weiii... Gerammmm betul lahh



Ok lah berangan sat mana tauuuu.. Lepas ni dapat yang warna kuning tu ka.. Warna purple tu ka.. Ehhhh๐Ÿ˜‰

Next time aku akan ajar pulak cara-cara nak season cast iron pot ni. Stay tune naa









SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Memang saje jer lia share piyuk mahal ni kan....eeee..jahat tau....

    ReplyDelete
  2. Rambang biji mata tengok Alia jual. Kalau lah dapat seketui pun jadi dah buat pakai lasak2 kat dapur hehe

    ReplyDelete
  3. Nak hidangkan terus pun cantek ni

    ReplyDelete
  4. After few years pakai, my enamel pop up masa tunggu minyak panas. Sedih sebab memang ini yang sentiasa diguna. Tak boleh buat apa kan, so buat tenggek pasu bunga je nampaknya ๐Ÿฅฒ

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS