Resipi Pajeri Rebung Sedap

in , by Alia Farhan, 2:33 AM


Ada yang suka makan rebung tak dekat sini? Aku memang suka gila makan rebung especially rebung madu. Ya Allah sedapnya rebung madu tu. Husband aku tak makan rebung, dia kata rebung bau busuk. Tapi yang dia makan bau busuk tu rebung beting yang besar-besar tu. Aku ok ja rebung mana-mana pun janji nama rebung memang aku suka. Tapi hari tu dia baru try rebung madu dia cakap eh yang ni ok x masam and takdak bau macam rebung beting yang dia pernah makan masa dekat Melaka dulu. 

Tapi biasanya kalau dekat belah utara ni especially Kedah banyak orang jual rebung madu yang kecil-kecil comel tu. 

Ni lah rebung madu. Kalau aku yang fresh-fresh tu kalau lepas rebus suka buat ulam... Cicah dengan sambal belacan. Wowww sangat. 

Nak tau tak banyak rupanya khasiat rebung ni antaranya, dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada Air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya. Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan. Kajian juga mendapati selain kalium, Rebung juga sangat kaya dengan serat (Fiber) iaitu sebanyak 2.56%. 

Banyak kan khasiat rebung ni. Khasiat rebung dah cerita. Aahhh jom lah aku share salah satu resipi favourite aku untuk rebung ni.... Tak lain tak bukan.. Pajeri rebung. Nyumssss... 

Kecur air liur tengok gambar ni. Aduhaaiiiii. 


Bahan-bahan:

Rebung yang dah direbus
* 1 biji bawang besar(sederhana besar) 
* 4 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari ayam /daging
Rempah herba 4 serangkai(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
Minyak untuk menumis
1 peket kecil Kerisik
Santan
Garam
Gula

Cara-cara

1. Blendkan bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, dan tumis rempah herba 4 serangkai tu, dah naik bau tumuskan pulak bahan-bahan yang dible d tadi. 
3. Kacau sampai naik bau dan agak garing sedikit, lepas tu masukkan serbuk kari ayam /daging. 
4. Kacau-kacau serbuk kari tu bagi rata dan masukkan air.
5. Bila dah mendidih, masukkan kerisik dan santan. 
6. Biarkan mendidih lagi, boleh tambah air 
kalau terlampau pekat. 
7. Masukkan rebung yang dah direbus terlebih dahulu. Masak dalam 5-7 minit macam tu bagi rebung tu masak. 
8. Lastly, perasakan dengan garam dan gula. Gula kena lebihkan ya sebab pajeri kena rasa manis-manis baru sedap ya. 

Nyumeeehhhhh. Sedapnya. Laki aku yang sebelum2 ni tak makan rebung pun dah jatuh chenta dengan rebung yang aku buat pajeri ni. Licin woooo. Sedappp kannnn... 

So korang... Selain buat pejari, gulai dan masak lemak dengan rebung.. Masak apa lagi yang sedap eh? 



SHARE 1 comment

Add your comment

  1. sedapnya, reti mkn je rebung ni tapi xpenah msak sendri lagi, haha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS