Tapi nak cerita jugak la dekat sini buat kenangan.. Ya lah.. 1st time raya sendiri... 1st raya dekat rumah sendiri. 1st time lah semuanya. Wakakak...
Macam biasa la nak raya kena la buat rendang bagaikan.. Being utara-rians... Mesti lah ketupat palas. Orang utara mcm aku ni mana makan ketupat nasi. 😬😬😬. Tapi cerita dia aku memang lah tak reti nak buat ketupat palas ni. So solution dia.. Beli lahhhh. Nasib my former maths lecturer ada buat and jual. So aku beli ja lah dari Madam.
And untuk buat rendang.. Of course la awal2 lagi aku dah beli daging semua tu. Aku pi market dalam hari Ahad minggu sebelum minggu puasa last tu.. And then pi topup balik beli barang2 untuk raya hari khamis tu. Heee tak sanggup lah aku nak pi hari Jumaat Sabtu wei. Dah tau la orang pakat2 bersesak time tu nak beli barang untuk raya kan. And nasib baik lah jugak freeser rumah ni besaq... Setakat nak buat stock 3 minggu bahan makan - freeser boleh sumbat lagi.
Sebelum pi market tu memang dah listkan siap2 la kan nak beli apa. Laki aku nak rendang daging.. Aku as usual la rendang kena rendang ayam. So buat la dua-dua senang cerita nya. Kuah rendang buat ja dulu seperiuk guna Philip Pressure Cooker.. And then masa nak masak lauk tu.. Bahagi2 portion.. Siap la dapat untuk buat paste segera lagi...
As Kedahan pulak.. Kami biasanya hari last puasa akan buat sup gearbox. And masa raya 1st ada la menu bihun sup ka laksa ka apa ka. Biasanya family aku.. Kami nnt biat bihun sup. And kalau petang2 tu rajin2 buat la mee bandung untuk makan. Semuanya amik dari sup gearbox tu. So untuk raya kat Penang ni aku buat mee bandung derived from sup gearbox ni la. Sedap oii.. Puji diri sendiri ok! Nanti aku share resipi naa
Pagi2 macam biasa la kita hidang makan ketupat rendang semua lah kan.
Hari Raya First
Menu pagi raya. Yang dalam cast iron pot biru tu sup siam yang balance makan buka puasa hari last tu. |
Kami Raya first Rendang Ayam, Rendang Kerang & Nasi Impit jer.
ReplyDeleteRaya kedua buat mee kari,
Raya ketiga buat Nasi Lemak je..
Pastu dah start ganti puasa
juadah raya confirm ada rendang ayam, lemang, ketupat palas. rendang ayam dan lemang, benda wajib.
ReplyDeleteselamat hari raya #317
ReplyDelete