Ada ja keja dia. Ada time hari2 masak nasi guna Philip Pressuee Cooker. Ni sejak aku malas nak guna philip rice cooker tu. Aku guna ja Philip Pressure Cooker ni untuk masak nasi hari-hari. 7 minit nasi dah siap masak. Tapi kalau tekan setting RICE.. lepas 14 minit da siap. Kalau rushing memang aku set time untuk 7 minit ja. DONE.. nasi siap.
Ni haa tetiba laki aku nak makan pulut kuning bagai kan. Dia tak tau bini dia seumor idup tak pernah lagi tanak pulut. Hahhahaha. Ni la first time aku buat pulut kuning guna Philip Pressure Cooker ni. Cepat pun cepat. Sennag tak payah nak rendam-rendam dah pulut tu ha.
Jom lah tengok cara aku buat pulut kuning dan kari daging guna Philip Pressure Cooker ni...
Untuk Kari Daging
Bahan-bahan
Daging 300g (dipotong untuk masak kari)
Serbuk kari ayam /daging Adni
Rempah 4 serangkai (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
Bawang besar dan bawang putih yang diblend
Air asam jawa
Daun kari
Kentang dipotong dadu
Santan
Gula
Meggi cukup rasa
Cara-caranya:
1. Dengan menggunakan Philip Pressure Cooker, masukkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam pot. Tekan dekat BAKE, CHICKEN mode. Bila minyak da panas, tumiskan daun kari dan rempah empat sekawan.
2. Bila naik bau masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau-kacau bagi naik bau dan masukkan serbuk kari daging/ayam Adni.
3. Bila bahan-bahan tadi nampak mula garing masukkan daging n air asam jawa. Tambah sedikit air. Air jangan banyak, kurang skit dari separas daging pun xpa.
4. Then ambil penutup. Off kan Mode Bake tu.
5. Pulas tombol ke SEAL. Boleh tekan MODE BEEF. tapi aku taknak guna mode BEEF sebab mode beef dalam 30 minutes and lambat sangat. And kadang daging jadi terlampau lembut and hancur (relai gituh) So aku prefer guna mode STEAM/SOUP... Kedua2 mode ni dalam 20 minutes sahaja.
6. So after bunyi beep2 dah boleh releasekan pressure dengan pulas knob ke arah venting. OFF kan button KEEP WARM.
Ni after da relase pressure ya.
7. Then, boleh tekan Button BAKE tu and biar setting dekat CHICKEN. Time ni korang boleh tambah kentang, aku tak masuk awal2 tadi sebab taknak kentang aku hancoq. Time ni boleh perasakan and letak santan.
8. Bila kuah dah pekat ikut taste korang, time jindah boleh offkan Philip Pressure Cooker korang and prepare untuk masak pulut kuning pulak.
Perfecto!
Macam aku ada 2 inner pot.. So agak mudah kerja aku di situ ya. For those yang ada satu inner pot saja be extra careful when handling hot pot ya.
Part kari daging da siap. Ni mai tang part pulut kuning. Jom kita check it out ya.
Untuk Pulut Kuning
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu minyak masak
Serbuk kunyit
Daun pandan
Cara-cara:
1. Cuci beras pulut dan tosskan.
2. Masukkan beras pulut ke dalam pot Philip Pressure Cooker.
3. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan pekat, garam, gula, minyak masak, serbuk kunyit dan daun pandan.
Campak semua dalam ni. See ya in d nest 7 minutes.
5. Tekan mode STEAM , dan tekan KEEP PRESSURE dan tekan MIN sehingga ke 7 minutes. Nak guna mode RICE pun boleh, tapi masa memasak akan jadi 14 minutes. Ikut mana hampa nak.
6. After dah bunyi beep2... Boleh pulas Knob ke VENT setting. Time ni boleh bau semerbak dah pulut kuning hampa.
7. Buka penutup dan kacau-kacau pulut kuning hampa tu.
Dah siap dah... Boleh hidang makan dengan kari daging ka kari ayam ka. Aku rajin terlebih.. Pi buat sambal tumis ikan bilis and goreng ikan masin.
Boleh la untuk first timer boleh buat macam ni kan.... There is room to improve lagi. Dari segi rasa. Next time nak cuba buat santan 1 and half cup.. Air half cup. 🤣
Baru la lemak berkerimmmm gitohhh kan...
So roughly tak sampai sejam pun aku buat pulut kuning siap kari daging.. Sambal ikan bilis and ikan masin tu ya. Ikan masin pun buat sendiri zaman2 MCO ni. Ko hado?
Zaman2 MCO ni memang skil aku bertambah betul lah... Cuma mnjahit stil benggong semula jadi. Xdapek nak nolonggg.
wah. super fast!
ReplyDeleteari tu hari ke 3 PKP aida buat pulut kuning jugak, alia. kukus.
first time :) ha ha ha ha... jadik. tapi tak brape jadik la.
nak try lagi nanti in shaa Allah. esok nak buat kuih seri muka dulu.
therafter baru buat pulut kuning semula.
pulut tu tak perlu rendam dulu ke?
Tak payah rendam dah aida.. Tpi kena guna pressure cooker la.. Kalau nk tanak guna rice cooker or steam kena rendam dlu
Delete