Yasss sebab MCO... boring2 maka kita susun la mana yang boleh susun. Dah tunasyik sebut boringgg ja padahal banyak ja keja boleh buat.. Tpi biasalah.. Aku insan biasa yang tak lari dari kemalasan yang menyelebungi diriku ini.


Peti sejuk aku jenis freeser /beku dia dekat bawah and chiller dia dekat atas. Disebabkan rumah aku ni rumah burung ja.. Memang aku tak plan nak beli bulky sangat yang jenis bukak kiri kanan tu. Cukup la ada compartment atas bawah 500L..cukup untuk kami simpan stock makanan-makanan kami tambah2 musim Covid 19 ni kena minimum kan keluar nak beli barang basah apa bagai.


So jom tengok cara aku susun. Still not perfect method but it works well for me.


Ni bahagian atas kat chiller tu. Bawah tu memang letak ja dalam tu sebab mostly ada dalam bekas /plastic dia sendiri. Buat masa sekarang xdan lagi nak cari bekas yang sesuai sebab MCO ni nak cari barang yang sesuai pun payah jugak. 


Ni cara aku simpan bawang aku. Memang best sebab bawang tak rosak langsung . Kalau tak ada ja bawang yang benyek semua tu. Bekas bawang yang boleh tarik2 tu beli dekat Eco Shop ja. Senang bila nak guna just tarik ja. 


Freeser aku jenis ada drawer and boleh pull out. So ni cara aku simpan ikan, ayam, daging, udang etc. Kalau beli dari kedai /supermarket yang ada letak macam bekas hitam tu.. Aku terus susun masuk dalam freeser ja. 


Sebelum ni pernah simpan dalam tupperware freesermate tu. Tapi memandangkan freeser aku jenis pull out macam ni... Maka akan makan space and jadi susah gila nak susun freeser aku nanti. So the best way aku guna plastic ziplock dari Ikea ni. Ada macam-macam size actually. Masa nak frozen kan tu aku baringkan leper dulu. Lepas dah frozen baru aku susun menegak macam tu. Macam aku buat zaman simpan susu ebm Adriana dulu. Hahahah


Ni pulak bahagian jajan frozen food. Yang ni nak kena letam dalam plastic ziploc kecik2 skit baru nampak semenggah tapi disebabkan lani ikea online tak buat sampai habis MCO 14 April ni.. Maka bersabar sat lah tengok serabut dia tu. 


Ni pun satu lagi drawer yang nak kena letak dalan plastic ziplock. 

Setakat ni memang memudahkan kerja aku bila pakai plastic ziplock macam ni sebab dapat save space.. Lepas tu nak maintain pun senang jugak. Plastic ziploack ikea tu aku reuse ja balik sampai la nampak lunyai baru aku pakai yang baru. 
So far memang aku suka buat macam ni. 

Aku memang respect  dengan orang yang siap buat stickers bagai. Memang kagum. But that one tak practical dengna aku. Sebab aku beli barang ikut mood. Ada time ada udang.. Ada time ada sotong... Ada time ada daging la apa la. Jadi bila ada stickers ni agak tak practical untuk orang macam aku. Kang jenuh kena tukaq2 stickers bagai.

So hampa susun atur freeser hampa macam mana? Jom share kot2 la dapat bagi idea kat mak2 or kawan2 dekat luaq sana.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. wahh rajinnya.. nampak kemas gitu.. yg letak sticker memang sistematik snagat

    ReplyDelete
  2. pergh ....penuh peti ais. nikmat tengok. hehe

    ReplyDelete
  3. now that is cool. seronoknya bila bukak peti ada banyak makann

    ReplyDelete
  4. menarik.. pastu satu lagi kan fridge ni biar sorang ja yang control. kite x suka banyak2 tangan hahaa.. kadang da letak ni tempatnya tngk2 haihhhh berteraboq balik. mula nak hangin..

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS