Assalamualaikum

Sejak dua mejak ni busy skit jadi reporter utk Channel Awatnii. Penat nak kejaq cerita pasai politik negara. Kahkah. Penat dah sampai rasa takmau amik tau langsung. Aduhaiiii.

Tapi tu la sebelum mereput dan blog bersawang elok lah kita lepak2 sini sepatah dua kata...

Nak cerita hari tu ada buat pasta... Anak2 and laki nak makan pasta bolognese. Mak nya pulak kureng skit dengan bolognese ni.. Muak.. So kita pun dapat la akai utk buat spaghetti masak lemak daging salai ni.. Fushion style gitohhhhh haaa.


Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia.. Sennag ja... 

Bahan-bahan:

*Cili padi 3 biji
*Bawang kecil 3 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Kunyit hidup sikit
Asam keping setengah/kecil
Santan
Serbuk kunyit (kalau perlu.. Kalau dah suka warna kunyit hidup tak perlu masukkan dah serbuk kunyit) 
Daging salai
Daun selasih/thai basils
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Blend bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Masukkan kan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam periuk/belanga.. Tak kesah la suka hati hampa. 
3. Masukkan asam keping. Kalau warna tak berapa nk kuning masukkan serbuk kunyit. Tapi aku tak letak pun. 
4. Tambah air dan biarkan bahan-bahan menggelegak. 
5. Masukkan santan dan kacau-kacau jangan biar sampai pecah minyak. 


6. Masukkan daging salai, dan daun selasih dan perasakan masakan ikut taste kita. 
7. Lastly masukkan spaghetti yang dah direbus. 

8. Dah boleh hidang cantik2 dah. 


Allahu tengok gambaq ni dan2 rasa nak pi buat lagi sekali. 


Done... Senang sajaaa kannnnn.. Tapi sumpah sedap gilaaa





Ada sapa2 yang plan nak mai bercuti ke Penang bulan 3 nanti? Kalau ada.. Meh kita nak suggest kan satu tempat ni...

Prangin Canal atau Sia Boey atau nama penuh dia Sia Boey Urban Archaeological Park yang terletak di tengah-tengah Georgetown ni.

Baru-baru ni kami sempat singgah lepas dinner di luaq. Selama ni selalu passed by ja sebab naik kereta agak susah nak parking. Masa kami pi malam kan.. So lagi cantik sebab ada lantern warna warni dekat situ.

Ajommmm la tengok dulu gambaq2 yang kami captured malam tu ya. 


Time ni baru lepas hujan. Kalau mai siang-siang dekat kawasan ni agak banyak kereta and susah gila nak parking. And kalau mai time siang.. Memang hangittt laaa. 


Shantikkkk kannnn... 


Ada juga taman permainan untuk budak2 main. 


Cantik tempat ni. Kat depan tu ada satu pokok besaq gila. Tapi aku tak berani la nak lalu pi ke situ sebab malam kan. Tapi serious kalau siang mesti lawa dekat pokok tu sebab dja besaq2 and macam redup-redup gitu ha. 


Credit to travel2penang.org

Cantik kan pokok tu... Tapi bila mlam takut la jugak. Hahhahaha


Cantik kan. Dengan banggunan ala2 herritage kat depan tu.



Kalau malam minggu ni mesti penuh kan. 


Ecah spotted there. 



Port melepak. 



Ni la canal  yang ada ikan kap tu. 



Cantik sangat. 



 (credit to Foursquare) 

Ni la antara tapak peninggalan yang tua di Penang ni. Hence the name is Sia Boey Urban Archaeological Park. 

Serious hampa kena mai tang sini...sebab lawa gila. Yang suka tangkap2 gambaq ni.. Aku suggest hampa mai dekat2 senja. Rasa shoot time tu lawa gak. Boleh capture time siang nak ke malam. Kalau mai tengah2 hari tu ketibas bhaiii. 

Kepada yang nak mai ke sini.. Sila la waze ke:


Sia Boey Urban Archaeological Park

50, Jalan Dr Lim Chwee Leong,
 George Town,
 10100 George Town, 
Pulau Pinang






Assalamualaikum and Haluuuuuu semuaaa....sehat ke tu? Minggu ni tak berapa banyak update blog... Rasa kelam kabut skit sebab asyik ke sana ke mari nak setelkan urusan pindah rumah. Kemas barang dekat rumah Juru.. Then angkut bawak skit2 pi ke rumah baru. Nampak mcm ni ja.. Tapi ampun penat Ya Allah.

Ok tapi sebenaqnya bukan nak cerita pasal pindah rumah. Ni nak cerita pasal satu buffet baru dekat Golden Sands Resort Penang, Kampung Buffet nama diberi. Serious masa lalu dekat makanan2 buffet ni memang duk beristigfar banyak2 sebab bau dia auwww. Tengok pun menggiurkan.

Sebelum start sesi review, kami geng2 blogger ada satu sesi tying sarung /batik. Sesuai la dengan theme Buffet Kampung kan. And sebagai seorang peminat kain batik.. Of course la aku sangat teruja kan.


Aku ikat batik aku cenggini ja lah.. Takkan nak angkat baju and ikat depan2 orang dengan nampak perut kan. Hahahhah. Buruk sangat aih perangaiiiiii. 


Siap kena cat walk lagi. Model plus size.. Jangan carut ok. Ashley Graham tu mcm aku la 😉


Dengan pemenang nya Oppa Barry Teh. 


Lepas tu kita tengok demo masak asam pedas ikan merah by our Chef Rizal. Aduh menjejes air lioq aku time ni. Lepas ja habis demo memasak dari Chef Rizal, maka bermula lah sesi tangkap gambaq makanan-makanan.

Jom lah kita tengok makanan-makanan yang disediakan. 


Nasi beriyani udang. 


Nasi tomato


Nasi kukus daun pandan. 


Stir fried beef with celery



Itik masak hijau




Asam pedas ikan pari dan bendi. 



Mee goreng basah bersama makanan laut 


Udang Masak lemak cili padi bersama nenas


Roast lamb stew with garlic and rosemary. 



Ayam rendang minang. 


Sayur goreng campur dan cendawan kembang. 


Cold items | salad. 


Varieties of salads dressing. 


Kerabu - kerabu sotong, kerabu ikan bilis, kerabu taugeh. 
Sambal belacan | budu | cencalok


Ikan masin 


Keropok


Noodles section. 


Pasemboq corner


And jom kita tengok part desserts pulak. 


Sedapnya. 


Pudding. Dah macam sabun2 yang aku buat dah


Aneka kuih muih


Cheese cake


Kuih sagu.. My favourite 


ABC corner / cendol corner. 



Fruit corner

And dekat bahagian luaq Garden Cafe ni.. Ada disediakan juga hidangan2 bakar / grill macam kambing guling /golek, ayam pasu, ikan bakar, grill seafood. 


Chef Rizal bersama kambing guling nya. 


Ikan bakar nyum2


Ayam pasu... Sedap! 


Selain daripada tu.. Kalau hampa stay dekar hotel ni.. Or makan dekat sini... Kalau hampa jumpa Pak Cik ni.. Boleh la mintak kacang dekat pakcik ni.. Free of charge saja. 


Selain tu.. Boleh jugak ambil angin laut bila mai sini.. Tengok2 kawasan sekitar resort ni. Best.. Pool dia semua best and kids friendly sangat. Tak tau la bila nak boleh stay dekat sini and do review bout staying at this hotel. 


Last but not least... Bergambaq dengan Chef Rizal. 


Untuk hampa yang nak cuba Kampung Buffet yang berteraskan sajian dari Kedah ni.. Jangan lupa mai makan dekat sini ok. 

Harga dan details adalah seperti berikut :

Dewasa : RM119

Kanak-kanak : RM59

Hari : Setiap Hari Jumaat

Masa : 6.30pm-10.30pm

Untuk tempahan jangan lupa untuk buat tempahan directly kepada Golden Sands Resort Penang di +6048861911


**************

Kelaparan terus lepas habis update pasal review ni. Teringat dekat ayam pasu dia... Masak lemak udang dia.. Aduhhhhh lapaqqqq

Thank you Golden Sands Resort Penang for inviting me to review this awesome buffet. 























© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS