Disebabkan baru ja tuai bayam brazil dekat depan rumah (koridor) ni. Kebetulan lani menumpang sat rumah arwah fil aku.. Koridor dia memang mnghadap matahari... So memang meriah gila la kalau letam pokok depan tu.. Direct sunlight.


Meriah tak bayam brazil dalam pasu kecil2 tu. Ada 4 pasu semuanya. Sekarang ni aku biakkan lagi sebab nak banyakkan lagi sebab aku memang suka makan bayam brazil ni. Nak biakkan pun senang ja. Kalau nak tau macam mana boleh tengok SINI ya. 


Ni hasil dari 4 pasu tu ya. Banyak tak? Aku start dengan satu pasu ja dulu... Bila cantas buat ulam. Makan daun ja. Batang dia aku biakkan balik dekat pasu lain.


Tapi bila dah masak.. Jadi banyak ni ja. Hee cukup lah untuk sekali makan kan. 

Nak buat macam ni pun senang ja. Bukan susah pun. Macam mana hampa duk buat kangkung goreng belacan. Macam tu la buat dia.. 


Tapi takpa la.. Nak share jugak kannnn. Hahhahahah

Jom tengok bahan-bahan dan cara kami buat. 

Bahan-bahan:

 Daun Bayam brazil
Bawang kecil
Bawang putih
Sambal belacan
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar. 
2. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air. 
3. Then masukkan daun bayam brazil. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu boleh tutup api... 
4. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan. 

Fuhhh makan nasi dengan ikan goreng dengan bayam brazil goreng belacan ni pun dah sedap. Terangkat oiii. 

Seronok bila tanam pokok sendiri ni. Dapat la jugak jimat duit belanja dapoq untuk sayoq ni. Lagi best bila timr tanam pokok ka siram pokok ka.. Ajak anak2 join sekali.. Memang depa suka la. Lagi2 bila time nak tuai hasil tu. Happy sangat depa pun tengok pokok hat depa jaga tu jadi hasil and boleh makan. 





SHARE 19 comments

Add your comment

  1. bayam brazil ni makin famous orang tanam sendiri kan.. akak jenis tangan tanam apa idop xpa..
    cer cheq hahaha.. hancoq semua..

    ReplyDelete
  2. Alia nanti letak udang kertas yang kecik2 tu..lagi sedap..bertambah manis dia...

    ReplyDelete
  3. Teringin jugak nak tanam sendiri sebab orang cakap bayam brazil ni senang nak tanam kan. Walaupun tak ada balkoni hehehe

    ReplyDelete
  4. tanam jugak bayam brazil ni dekat rumah. Naik kemain meriah tapi kita malas nak makan hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap wei. Resipi pun mudah nak disediakan. Nanti nak cari jugak bayam brazil lah macam ni.

    ReplyDelete
  6. Bagi Rawlins apa sahaja sayur goreng belacan memang terbaik. Haha. Nanti nak minta Mak tanam gak la bayam brazil sebab senang je kan

    ReplyDelete
  7. bayam brazil lah sayur paling senang nak tanam.. saya sampai tak termakan da.. banyak sangat dan subur.. saya suka masak mcm sis buat tu.. kalau dimakan mentah atau buat kerabu saya tak berapa suka.

    anak-anak saya suka bayam brazil goreng tepung.

    ReplyDelete
  8. Saya pun ada tanam tapi belum pernah masak lagi, terima kasih resepi yang dikongsikan bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  9. teringin jugak nak tanam bayam ni. bolehlah try nanti. terima kasih jugak untuk resepi tu :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak. nak kena cuba ni nanti. terliur kita baca article ni memalam macam ni. nampak gaya esok nak kena p cari bayam la kot. huhu

    ReplyDelete
  11. Lately ni ramai betul masukkan resepi atau posting sayur bayam brazil ni, geram plak Sis..nak tanam tapi dah takde tempat..ermmmm tapi tak kira, nak jugalah tanam!

    ReplyDelete
  12. Ya Allah gemuk-gemuk pokok bayam Alia tu.. Nak juga tanam buat makan-maka sendiri tapi tak jumpa lagi yang orang jual pun. nak cari jugak la nanti sebab suka makan salad mentah dari sayur yang dimasak. so bayam brazil ni kira ok la

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaaa..dulu sebelum famous bayam brazil ni, kat Temerloh dah byk org jual. Memang sedappp

    ReplyDelete
  14. Simple dan sedap. Mmy fab kita sayur ni..kita bolehnmakan meratah mcm tu jer

    ReplyDelete
  15. Segar2 nampak bayam brazil tu. Puas hati kan kalau masak hasil dari tanaman sendiri. Tambah plak bayam brazil ni, sedap dan senang nak jaga.

    ReplyDelete
  16. Kita pun ada bayam brazil ni... Dah banyak nanti nak bikin gini jugak laaa. Nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  17. oo guan sambal belacan erk..selalu blend sekali bawang putih, bawng merah, cili padi dan belacan dan ikan bilis..hehee..sedap ni..tapi tak pernh rasa bayam brazil

    ReplyDelete
  18. Amboi macam menarik betul tengok bayam tu. Boleh try ni.huhuhu

    ReplyDelete
  19. maciam pernah jumpa bayam ni
    kat tesco dgn giant ada koottt
    daun eh jenih kecik2 eh alia??
    kalau nak compare dgn byam kg kita ni laaaa

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS