Assalamualaikum

Kali ni nak cerita pasal shirt getaway kami... Masih dalam Penang jugak. Janji tepi pantai.. Janji view laut.. Janji mandi pool.. Janji ada bath tub.. Haaa gitewww

Kebetulan last week hari Isnin sekolah Adriana cuti peristiwa. Peristiwa apa aku tak sure la kan. Tapi cuti peristiwa. Cikgu announced ja terus aku cari bilik.. Kahkah. Teruk sangat. Mak ka anak yang beria ni. Mek ni asyik cakap mama bukan Sayang kakak pun.. Mama Sayang Aishah ja.. Kes selalu dia kena marah kalau asyik memekak bergaduh dengan adik dia. Aduiii sakit kepala mama dengan kakak ni. Kalau la dia tau.. Macam mana mak dia ni Sayang kat dia kan...

So macam biasa la bila ambil hari Ahad n check out hari Isnin biasanya rate dia murah skit. Aku ni pulak kalau hotel mesti akan booked dekat Agoda. Sebab aku suka kumpul coin untuk redeem. Lepas tu boleh Dapat cash back kat ShopBack kan. Lagi la syiok kan.

Actually da be berapa kali aku mai duk yang ni. Cuma kali ni aku berpeluang untuk duk kat bilik yang family room tu. Bilik ni special skit sebab ada View laut depan Muka. Lepas tu ada Bath tub. Ini paling penting ya.... Read my lips... BATH TUB🛀🛀🛀. PERIOD!

So as Agoda VVIP aku Dapat rate bilik ni special la skit dalam RM120 mcm tu. Bila campoq tax ada kot dalam RM130+.  So aku ada Agoda cash back dekat dalam acc aku dalam RM500+... And ada cash yang akan expired ujung tahun ni. Maka marilah kita spend tang sini. Total aku kena bayaq cuma lah RM80+

OK jimat di situ. Mama belanja la stay dekat sini. Kahkah. Nak duk Hard Rock Hotel mintak kat papa ya.

Hari Ahad tu lepas ja lunch dekat Tomyam Udang Jelutong, aku pun terus la ke hotel untuk check in. Husband aku mai asing sebab esok Pagi2 dia nk kena pi jumpa orang dah. Penang ni nak sennag rempit ja.

Masa sampai tu biasa la... Hotel tak ramai orang sebab Ahad kot. Mesti orang da check out kan sebab esok ya dah keja n sekolah. Tapi Ya Rabbi... Lobby dia panassss. Depa tak bukak aircond. And agak gelap sebab tak pasang lampu. Yes aku paham la depa cut cost kot. Tapi jangan la sampai panas macam tu kan. Ketibas weiii.

Dapat ja kunci bilik terus aku naik atas untuk check in. Bila da mask bilik... Ehhh pasal bilik ni takda bath tub pun.. Aku tengok dalam gmbaq kemain lagi ber bath tub bagaikan... Ahhh xleh jadi. Kol receptionist tak angkat. Last2 aku turun pi complaints awat bilik tu xdak bath tub.

Aku agree untuk check in situ sebab description gmbaq n details kata ada bath tub bagaikan. So depa agreed untuk tukaq kan aku ke bilik yang ada bath tub. See... So terpaksa la kami keluaq dari blik tu pi ke lobby hat hangat tu balik before amik kunci bilik baru.

Bila Dapat kunci bilik baru... Yeayyy mari lah kita check in ke bilik tuuu... Jom la tengok biliknyaaa


From entrance 


OK la ada sofa bagai. Kat sini la me lantak nasi goreng kampung tapau dari Tomyam Udang Jelutong tu anak beranak. 


Basic ahh kan. 


Yeayyyyy2


Boleh berkubang Sambil melepas kan bath bomb dalam ni


Yeay2 Dapat bath tub.. Hahaha. Ciwi


Basic. OK la. 


King size bed. Fit four of us


Modern look. 


Open concept wardrobe 


Comel plak Meja bujoq ni


OK la cun gak la bilik dia overall


View depan bilik.. Nahhh haiiii laaaa... Hilang dah jerebu time ni


Fuhhhh lawanya aaa.... 


Selak curtain belakang TV nampak view ni wei.. Subhanallah. 
Lawa gilos. 


Jom tengok kat swimming pool dia plak. 


Bagi aku swimming pool dia kecik ja. Tapi kalau mai mcm kami ni tarak hal la. Takda orang pun.. So still OK lagi la. 


Yang tersayang dah Berendam dah. 


Cantik sebab depan tu direct nampak laut. Taknak mandi pool boleh ja pi mandi laut kat depan tu terus Haa. 


Amazing view. Subhanallah


Time ni nak hujan pulekkk


Dulu nama dia Hotel Naza. Under Naza Group la kan. Lani dah nama lain.. Under management lain... Hotel Sentra Seaview. 


Overall :

Bagi aku... Kalau hampa memang on tight budget and nak duk tepi pantai.. Janji bukan time weekn or peak season sudehhh. Boleh la consider duk kat sini. Nak pi Town pun tak la jauh sangat. Lepas tu dia dah revamp semua bilik2 dia. And jadi modern look. Bangunan still lama la kan. Nak wat macam mana.

Hampa boleh compare harga weekend dengan bukan weekend lari jauh gila. 

Ni untuk bila biasa yang standard tu



Ni harga weekdays


Ni harga weekn.. Aiyomaa pengsan sudehhhh.. 

Ni bilik yang aku stay baru2 ni


Murah kannnn


Nah haiiiihhhh.. Pitammmm.. Hrga duk HRH time weekdays.. Kahkah



 Breakfast dia bagi aku biasher2 aja bak kata najib. So lani dia da ada competitor dekat sebelah dia Hotel Hompton tu. And aku tengok dekat lobby dia tu ada promotion room as low as RM55. Yang tu aku tak pasti la TNC dia macam mana kan. Overall bagi aku hotel ni OK sangat.. Cuma annoying part lobby dia hangat la. Ketibasss weiiii. Tolong lah.. Bukak la aircond skit.. Lepas tu buh la perfume wangi skit macam dekat Lexis dengan Copthorne Orchid tu Haa. 

Kalau hampa nak tengok bilik dia yang biasa tu boleh tengok dekat SINI. Aku pernah stay dekat sini dulu. 

Hujung bulan depan bday Ecah.. Nak bawak pot2 ni stay tang mana ntahhhhh Haihhhhh... Bagi cadangan skit plisss











SHARE 3 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS