Assalamualaikum

Ada peminat sup Ekor dak dekat sini? Hampa yang suka tu selalu makan sup ekoq dekat kedai Siam kan. Aku pun suka yang version kedai Siam tu.. Tpi baru2 ni bukak posa teringin pulak nak try yang jenis berempah tu.

Kebetulan pulak kat rumah ni ada rempah Sup Meletop dari Brand Adni ni kat rumah. So apa la lagi mari lah kita try buat sendiri. Kalau yang siam tu senang ja nak buatnya. Kalau yang selalu tak terbuat sebab duk pikiaq tak reti la nak masuk rempah2 dia tu.

Nasib baik la ada rempah Sup Meletop dari Brand Adni ni. Nak buat pun simple ja tau. Memang senang sangat. Tumis segala bawang blend semua tu..pastu masukkan rempah Sup Meletop Brand Adni ni lepas tu set ja Philip Pressure cooker.

Tapi meh la kita cerita details skit bahan-bahan dan cara-cara masak menggunakan rempah Sup Meletop Brand Adni dan Philip pressure cooker ni.



Untuk bahan-bahan... Meh kita tengok ya.

Bahan-bahan

1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari(separuh potong utk tumis.. Separuh untuk blend)
Rempah 3 serangkai ( bunga lawang, cinnamon, clover)
Ekor
Kentang* aku terlupa nak letak
Tomato
Rempah Sup Meletop Brand Adni
Garam
Kiub daging
Minyak untuk menumis.

Cara-cara aku masak menggunakan Philip Pressure Cooker:

1. Blend bawang besar, bawang putih n halia.
2. Dalam Philip Pressure Cooker panas kan minyak. On mode Bake (Chicken), tunggu minyak panas, masukkan bahan-bahan blend, halia yang dipotong dan rempah 3 serangkai.
3. Masukkan Rempah Sup Meletop Brand Adni dan biarkan bergorenh dengan minyak sat sampai naik bau.
4. Then masukkan Ekor kacau-kacau sat and tambah air. Air biar se level  dengan Ekor saja ya. Kalau tak lambat nanti nak start pressurise dekat dalam Ppc sebab kena kerja lebih untuk eliminate air dari dalam tu.
5. Off BAKE Mode. Then set and tekan dekat TENDON, lepas tu tekan keep pressure and set ke 45 minit or 1 jam. Jangan lupa pulas knob ke tengah(SEAL).
6. Lepas 45 minit or 1 jam, depend berapa lama hampa set masa... Hampa dah boleh tolak knob tu ke VENT(belah kanan). Dinasihatkan masa nak pulas knob tu. Tolak la Guna sudu ka Guna senduk ka.. Sebab takut nanti wap panas keluar kena jari/tangan hampa plak. Mau melecur wei. Tak pun kalau takut boleh ja biar dia VENT sendiri dalam 20 minit macam tu.
7. Bila da habis timer tadi. Dia akan auto pi ke WARM mode. Hampa tekan kat WARM mode tu untuk off kan Warm mode tu.
8. Tekan dekat CHICKEN dekat mode BAKE tu, time ni boleh masukkan Kentang. And tutup tudung periuk. Time ni tak payah pulas knob tu pi ke seal ya.
9. Dekat hujung2 boleh perasaan dengan garam dan kiub daging and letak tomato. Macam aku terlupa letak Kentang.. So lagi kurang la masa penyediaan.

Dah siap. Boleh dah hidang. Tabur bawang goreng and daun ketumbar dekat atas tu. Dah boleh makan...


Ni makan bersama lauk lain masa buka posa hari Khamis lepas 

Sedap wei guna Rempah Sup Meletop Brand Adni ni. Rasa rempah dia memang umphhh untuk aku. 

Hampa kalau nak Dapat kan Rempah Sup Meletop Brand Adni boleh la dapatkan dari

Khalil
0132525179



SHARE 8 comments

Add your comment

  1. tak tau sani jenis kerekah tulang atau dak.. hehehe tp nampak sedap kak masak

    ReplyDelete
  2. Lambat lagi akak nak habis pantang ni..tak sabarnya nak masak macam- macam...cepat la 30hb

    ReplyDelete
  3. Sedapnya... mmg tengok hidangan ni nampak sedap betul 🥰🥰🥰 kalau
    Makan dengan nasi panas2 atau roti memangbterbaik

    ReplyDelete
  4. Mudah kalau ada rempah siap pek macam ni. Kalau Qiss susah nak sediakan bahan. Nanti Qiss boleh cuba rempah ni. Dah lama tak makan sup ekor ni. Terliur la pulak.

    ReplyDelete
  5. Kejapnya masak pakai pressure cooker. Saya masak atas dapur makan masa 5-6 jm.hahaha

    ReplyDelete
  6. Ni kalau tiba hari raya aidiladha, kena rujuk balik resepi ni hehe. Masa tu je selalu ada ekor dan dimasak sup. Saya tak minat sangat sup ekor. Hirup sup nye je lah.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Tak pernah jumpa rempah sup ni. Nak try cari la nanti

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS